Booking.com

11 Nov 2017

KEMBALI

Bersama adik
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alhamdulillah pukul 2.20 pagi tadi Zumal selamat sampai di bumi Perlis. Adik Zumal teman Zumal balik. Kami bertolak dari Klang dah pukul 4.00 petang. 

Dari bulan September hingga ke awal November hidup di Lembah Klang (Cyberjaya, Pulau Indah, Pendamaran, Kuala Lumpur, Shah Alam). Kononnya nak kerja di sana moga dekat dengan seseorang. Tapi lain pula jadinya. (biarlah rahsia)

Mula sampai sana menginap di Pulau Indah, rumah ayah. Zumal pergi interview di Akademi Etiqa. Dalam interview tu yakin boleh lepas, tapi bila tengok cara kerja tu kena fokus untuk dapatkan sale baru ada income rasa susah sebab baru first time. 

Dalam seminggu dapat panggilan interview di Cyberjaya sebagai kitchen helper di sebuah restoran korea. Rasa macam best dapat kerja tu. Hari pertama kerja dah kena buli dengan staf lama. Nak solat pun susah sebab boleh keluar sekali je pada time rehat. Nak p toilet pun jauh di tingkat bawah. Maklum la kaki zumal pun ada problem. Benda yang dijanji pun tak ada. Lepas bermalam bersama rakan sekerja di hostel di sebuah kondo di Cyberjaya tu, hilang la letih sikit. Esok p kerja, lepas thumb print bagitau manager yang zumal tarik diri. 

Lepas tu pergi Serdang jumpa kawan. Keluar makan-makan, malam tu pergi ke rumah adik di Pendamaran. Dalam seminggu pergi interview di sebuah kedai usedcar. Alhamdulillah dapat. Esoknya kerja. 

Masa ni dah pertengahan bulan. Sampai ke hujung bulan tu dapat la 500 lebih. Ok la 2 minggu. 

Masuk bulan Oktober, minggu pertama dah berlaku kejadian tak diinginkan. Bos bagi rehat. Minggu seterusnya masuk kerja semula. Bagi notis berhenti kerana rasa tak dapat nak kerja dalam suasana tu. Tapi tiap-tiap minggu buat ot setiap ahad. Sampai hujung bulan dapat 700 lebih ja. Rasa tertipu sangat. Duit ot tu mana? Dah la segalanya zumal buat. 

Masuk bulan 11 ni bos mula duk cari salah orang. Buat kerja lebih lagi dari bulan lepas. Siap jadi driver lagi. Bos baik selalu belanja makan. Tapi gaji tu lagi penting sebab zumal berhijrah untuk cari duit. Makan tu tak apa, sikit cara sikit. 

Adik, mama dan ayah je faham. Kereta pun uzur. Dapat gaji hari tu walaupun sikit buat untuk servis. Tak makan mewah sebab bajet nak balik Perlis. Ada kerja baru menanti. 

Itu la 10 November bertolak balik. Sebenarnya duit pun tak berapa cukup. Saja tak beritahu adik. Dia dah teman pun syukur la. Alhamdulillah macam satu keajaiban, petrol tu zumal tengok dah tinggal setengah masa kat tapah. Tapi sampai Alor Setar pun tak berubah paras meter tu. Zumal tau memang tak akan cukup tapi Alhamdulillah sampai Kangar jam 2.20 ada lagi 1 paras untuk ke E. Syukur pada Mu Ya Allah... 

Hari ni bawa adik pusing-pusing Perlis sebelum hantar adik naik ETS di Stesen DiRaja Arau pukul 7.59 malam tadi. 

Sedih sangat sebenarnya apa yang berlaku... Biar la tersimpan dalam lipatan memori ini... 


5 comments:

  1. Welcome back ZUL..ceria nampaknya tu..tahniah dan syukur ya

    ReplyDelete
  2. Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendri..
    Sabar tau zumal..
    Timm2 rasa apa yg zumal tgh rasa sekarang ni..
    Kita kuat ok!

    ReplyDelete