Booking.com

21 Oct 2017

LIRIK LAGU TERUS MENCINTAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tadi masa balik kerja anak menakan yang umur 3 tahun asyik menyanyi je. Perkataan yang paling jelas dia duk sebut 'rasa rinduku melayang-layang, mengingatkan engkau seorang' lirik sebelum dan selepas kurang jelas. Untuk nak tahu jawapannya Zumal pun google la dan timbul video klip terbaru Siti Nordiana, Terus Mencintai. Zumal open je dia terus nyanyi. Jom layan... 

Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu di sampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh, sungguh kutak bisa
menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh kutak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku

Tak bisa seluas lautan
Tak bisa seluas lautan


15 Oct 2017

RONDA RONDA KUALA LUMPUR


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam hari Sabtu, adik Zumal ajak keluar ronda-ronda KL bersama famili akak angkat dia. Lepas jemput adik kat ofis, kami ke rumah akak Jamilah. Lepas lunch nasi lemak akak Jamilah tu, kami pun berangkat ke stesen KTM Klang. 
Bergambar di Stesen KTM Klang 
Hampir setengah jam menanti tren komuter dekat Stesen KTM Klang. Dapat je train kami bertolak ke KL Sentral. Sampai Stesen KL Sentral tu dalam pukul 4.15 petang.  Selesai solat kami menunggu bas di luar. 

Tak sampai 5 minit Bas GoKL Red Line pun tiba. Bas ni free je tau. Boleh pusing-pusing 1 KL. Alhamdulillah la ada perkhidmatan begini. Perkhidmatan bas percuma ini disediakan oleh Prasarana Sdn Bhd yang juga penyedia pengangkutan Rapid KL tu. 






Zumal macam nak suggest pergi Matic untuk tengok dinosaur tapi jalan je la ikut dorang. Kami berhenti di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kat Jalan TAR pada hari Sabtu ada pasar malam. Kebetulan Depavali dah dekat, pasar Depavali pun ada. Meriah la juga. Macam-macam dijual daripada makanan, pakaian, aksesori dan mainan. 








Lepas ronda-ronda satu pasar malam tu, kami menjamu selera di salah sebuah gerai di situ. Selesai dorang shopping, dalam pukul 7.00 kami naik bas ke KL Sentral pula. 

Bukan nak balik lagi. Kami jalan-jalan menjamu mata di Nu Sentral pula. Dalam banyak-banyak shop yang ada tu kami tertarik dengan Korea Train Express KTX. Sebabnya kami nampak train KTX dari luar macam dalam cerita Train to Busan tu. Malangnya pada masa kami sampai tak boleh pula masuk dalam train tu. Train tu sebenarnya panggung mini berbentuk train yang memaparkan gambar kekonon anda berada dalam train.








Dalam galeri Korea Train Express KTX ni anda boleh tengok pelbagai info interaktif tentang sejarah train di Korea dan juga Malaysia. 

Selesai jalan-jalan kami pun beli tiket train komuter untuk pulang ke Klang. Alhamdulillah tercapai plan ronda-ronda KL. Jumpa lagi di lain siaran. 

12 Oct 2017

APAM BALIK 360

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu kembali kita dalam ruang usang Dunia Zumal ini yer. Sejak berhijrah ke Selangor ni, makanan pun dah macam-macam Zumal rasa. Kekadang cari juga makanan yang kebiasaan duk makan masa di kampung tu. 


Sejak kerja di ofis baru ni, Zumal dikenalkan dengan Apam Balik 360. Di Perlis apom  balik kami sebut. Mulanya tak teringin pun sebab makanan ni familiar sangat. Rupanya Apam Balik 360 ni special weh.

Apam balik 360 ni setiap hari orang beratur nak beli tau. Lebih baik pergi awal bila teringin tu. Order dulu melalui fon pun boleh. 




Perkara membezakan Apam Balik 360 ni dengan apam balik   biasa ialah di sini anda boleh memilih topping atau pun inti apa yang anda mahukan, ada rasa coklat, pisang, cheese,peanut butter dan lain-lain macam menu waffle. Terbaik laa...

Nak cuba? Boleh ke lokasi gerai mereka di Jalan Balung Ayam, Taman Gembira, Teluk Gadong Klang, boleh search dengan google map tau.

Untuk makluman lain mengenai mereka boleh terjah DI SINI

9 Oct 2017

TRAGEDI OKTOBER

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah sampai bulan 10. Bulan Oktober. Bulan kedua Zumal berhijrah ke Selangor ni. 

Pada 1 Oktober lalu kami sefamili berpicnic di Morib. Ni semua plan adik  perempuan Zumal. Mau tak mau tetap join. Sebenarnya Zumal berfikir juga gaji baru sejemput nanti tak lepas bajet untuk sebulan. Tapi tak pe la sebab perancangan sebenar nak buat photo shoot untuk Dashing Anytime EDT yang baru Zumal terima tu. 

Best juga berkumpul kami adik beradik dan sorang sepupu yang bernama Herry tu. Walaupun sebelum ni Zumal tak pernah kenal sepupu sebelah ayah lebih dekat. Maklumlah tak pernah balik kampung. Alhamdulillah la dapat kenal mengenal di sini. 

Masa sampai di Morib tu air dah pasang, tak dapat la main tepi pantai. Just kat tembok aje la. Morib ni memang selalu ayah bawa dari Zumal kecik lagi. Selesa la dan bersih tempatnya. 

Lepas rehat-rehat sampai pukul 3.00 petang kami pergi makan2 di medan selera di situ. Alhamdulillah kena dengan tekak. Zumal makan nasi goreng cendawan. 


Hampir pukul 5.00 petang kami pun berangkat pulang. Tercapai la juga picnic kami. Lagi 3 hari birthday adik, nak buat apa pun tak fikir lagi ni. 

Lupa nak ambil gambar kawasan persekitaran just duk selfie ja. Alahai Zumal oooi. Meh usha gambar photo shoot tak jadi lak. Bye bye... 



3 Oct 2017

KHAS UNTUK LELAKI ! SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

DASHING  Anytime EDT 


Smell Great, Anytime, Anywhere

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 


“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja. 

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki- iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.




Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, hypermarket dan farmasi di seluruh Malaysia.

Dengan harga mampu milik ini dan harumannya yang menyegarkan membuat Zumal sentiasa memilih Dashing Anytime EDT sebagai wangian harian untuk ke tempat kerja dan keluar ke mana sahaja. Nak bawa pun mudah, hanya masukkan ke dalam poket jer.


************

Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama keseluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain 

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.