Booking.com

27 Sep 2017

BERMULANYA KISAH HIDUP BARU


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Lama tak menulis sebab masa Zumal untuk menaip dah semakin kurang. Hari tu Zumal cerita bab pindah kan? Yeke? Sendiri pun dah lupa tau. 

Hari tu pindah ke Selangor nak kerja di Cyberjaya. Akhirnya hari kedua Zumal dah berhenti. Biasalah sebab tak tahan azab kerja tu. Bagi yang tahu tu tahu la kan. Tak nak cerita la. Aibkan bisnes orang nanti. Bab halal memang Zumal tengok stok bahan mentah memang halal. Alhamdulillah boleh jadi pelanggan kat situ. 

Selepas beberapa hari duduk dengan famili di Pulau Indah, Zumal pergi ke tempat yang adik Zumal syorkan. Hari ni interview esok bos panggil untuk interview kedua, tetiba bos cakap boleh la kerja terus hari tu. Alhamdulillah. 

Sekarang dah seminggu lebih kerja di D'Heaven Automobile Klang. Alhamdulillah semakin boleh menyesuaikan diri. Syarikat ni syarikat jual kereta terpakai. Zumal kena la pula mrndalami hal kereta di sini. Kerja Zumal kat sini merangkumi tugas ofis, iaitu kerja akaun dan admin, selain tu kena membantu kerja runner ke sana sini. Terkejar ke jpj, puspakom, pejabat pos, bawak kereta baru masuk ke bengkel, ke kedai cat dan sebagainya. 


Dekat syarikat ni bagi pengalaman baru untuk Zumal tau. Pengalaman apa? Di sini Zumal kena drive rangka pergi kedai cat, bengkel dan sebagainya. 

Dulu rasa seram tapi sekarang dah terbiasa. Kereta yang dijual kat sini selalunya bos ambil yang elok-elok tapi diperelokkan lagi tau. Cat lain macam baru, tambah skirt bagi cun, seat dibalut bagi cantik. Harga pun jadi cantik juga tapi sesuai la dengan kualiti kereta tu. 

Cukup la sampai di sini. Semoga dipermudahkan urusan kerja Zumal kat sini. 

10 comments:

  1. apa2 pun kerjanya selamat berjaya

    ReplyDelete
  2. Menarik la bro.. Ada info keta boleh la roger roger hahaha..

    Selamat menempuh pekerjaan baru

    ReplyDelete
  3. Yosh...leh jumpa ko slalu bro...

    ReplyDelete
  4. selamat berjaya zumal tempuh alam pekerjaan yg baru

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH ZUMAL MOGA SUKSES SBG BISNESMEN KELAK..BKRJA SMBIL BLJR

    ReplyDelete
  6. good luck zumal, sama la kita..
    cik timm pun tgh sesuaikan diri dengan kerja baru..

    ReplyDelete