Booking.com
Booking.com

10 Sep 2017

HIJRAH LAGI...


Encik Hazam (Pengarah JKM Perlis )
menyampaikan cenderahati untuk Zumal 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam warkah blog Dunia Zumal ini. Pada masa Zumal menaip entri ini, Zumal dah berada jauh dari negeri kelahiran Zumal. 

Khamis lalu Pengarah bersama Timbalan Pengarah JKM Perlis serta staff unit warga emas JKM Perlis telah mengadakan jamuan perpisahan untuk Zumal. Zumal ni sudah beberapa kali berhijrah kali ni hijrah lebih jauh. 

Kali ni Zumal berhijrah ke Selangor pula untuk mencari kerja yang lebih sesuai. Bukannya kerja lama menyusahkan tapi bayaran tu tak sesuai dengan komitmen Zumal yang banyak. 

Walau apa pun Zumal amat menghargai peluang yang telah diberikan oleh pihak JKM Perlis untuk mencari rezeki di Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis  selama setahun 4 bulan. Tak pernah lupa segala kenangan pahit manis di sana.

Kalau nak tahu, cenderahati tu baju kemeja. Zumal suka sangat. Datang interview Sabtu lepas Zumal pakai baju tu. Terus dapat kerja. Alhamdulillah.

Semoga hijrah kali ini membawa kesan positif. Lagi pun dekat Selangor ni family zumal pun dekat. Doakan Zumal berjaya di sini... 

4 Sep 2017

KORBAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari Raya Aidiladha baru berlalu. Pada tahun ni walaupun Zumal di ofis dari sebelum raya hingga ke malam hari raya tapi pada raya kedua Pak Cik Zainal invite Zumal ke majlis korban di rumah anaknya yang Zumal panggil angah. 

Untuk pertama kali Zumal diajak tolong buat kerja. Sejak dulu sekadar tolong tengok ja orang sembelih lembu dan lapah lembu. Setelah menolong depa baru tahu seksanya nak urus seekor lembu untuk dikorbankan. Nampak macam senang. Nak tumbangkan lembu pun susah rupanya. Lembu tak rela dikorban. Melawan. Berbekas tangan lawan tarik dengan lembu. Alhamdulillah setengah jam tumbang juga. Tapi tunggu putus nyawa lepas sembelih pun lama juga. 







Lepas lapah lembu tu, depa potong daging untuk masak. Rupanya depa tak rancang pun nak masak terus. Semua setuju nak buat kenduri. Siap masak masak terus buat kenduri kampung dalam pukul 1 tengah hari camtu. Sementara tengah memasak tu pun ada yang pergi memanggil jiran tetangga untuk kenduri korban. 

Bukan sekadar makan tengah hari ja. Malam pula aktiviti bakar daging dan makan lagi. Alhamdulillah selesai majlis dengan jaya. Kenyang tahap gaban depa kata. Tak ubah jadi macam lembu dah. 

Itulah pengalaman raya korban Zumal tahun ni. Dapat juga berbual dengan depa di saat akhir sebelum Zumal meninggalkan bumi Perlis. 

1 Sep 2017

NAK BAGI HADIAH DIY? PRINTCIOUS ADA SEGALANYA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa u all. Ketemu kembali kita di ruang blog Dunia Zumal ini yer. Walaupun kekadang menyepi bukan bermakna telah lupakan u all tau. Zumal nak tanya ni, pernah tak u all nak beli hadiah untuk someone tapi tak tau nak beli apa? Tak tau nak beli kat mana? Pernah kan??? Zumal pun pernah. Kekadang kita nak surprise kan penerima tu dengan hadiah yang special. Tak gitu??? Paling best kalau hadiah DIY dari hasil tangan kita kan... Jangan risau la. www.PRINTCIOUS.com ada pelbagai hadiah menarik yang boleh anda personalised kan ikut kehendak u all. Pasti someone yang terima hadiah tu senyum sampai telinga tau. Sekarang Zumal hanya memilih PRINTCIOUS je. Kenapa??? Kalau nak tau produk PRINTCIOUS bukan saja cantik dan menarik tapi ianya sangat-sangat berkualiti. 

printcious

printcious

img

Menarik dak? Gempak dak hadiah camni??? Mesti best kan kalau dapat buat sesuatu yang special untuk someone yang special. Tak gitu??? Bayangkan kalau u all hadiahkan produk PRINTCIOUS ini kepada buah hati sempena birthday, isteri sempena anniversary atau ayah bonda sempena hari-hari penting dorang pasti dorang bertambah sayang kat u all. Baru la dorang tahu betapa sayangnya u all dekat dorang. Pada Zumal, kalau u all tak bagi hadiah dari PRINTCIOUS ni maknanya u all belum cukup sayang dekat dorang tau...  Tau tak? Jadi u all wajib order la satu dekat PRINTCIOUS sebagai bukti kasih sayang tu yer. 

Dah cerita tu tak best lak kalau tak tunjuk kat mana laman webnya kan... 

kalau jumpa gambar ni kira u all dah sampai ke laman printcious


Macam mana nak order? Silalah berkunjung ke laman PRINTCIOUS ni dengan klik SINI jer. Lepas dah jumpa laman web tu u all boleh la pilih hadiah apa yang u all berkenan nak bagi kat orang yang tersayang tu kan. Macam-macam ada. 

U all boleh pilih nak TSHIRT, MUG, PILLOW, PUZZLE, FRAME, MOUSE PAD dan macam-macam lagi hadiah yang ada. Sekarang TOTE BAG pun ada... Dah berkenan tu klik ja dan u all akan sampai ke ruang untuk editing hadiah u all. Macam kat bawah ni...


Dah siap edit tu u all klik Add to Cart. Paling penting u all jangan lupa bayar. Kalau nak tau PRINTCIOUS ni kerap buat promosi. Kat atas tu selalu ada code promosi dan u all paste kat ruang order u all tu. PRINTCIOUS ni bagi diskaun kekadang sampai 70% tau. Nak bayar pun cukup mudah, just guna online banking je, kalau tak ada akaun online banking u all boleh je bank in kat Cash Deposit Mesin. Mudah kan! Tak perlu lagi keluar pergi cari kedai. Boleh jimat duit minyak, tol dan parking. Segalanya dihurung jari u all saja. Tak ada alasan lagi untuk tidak menghargai si dia atau mereka yang penting dalam hidup u all tu. Apa tunggu lagi jom la order hadiah sekarang....


Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart