Booking.com

5 Aug 2017

VOLUNTEERING BLOGGER COMMUNITY

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ini zumal nak mewar-warkan sebuah komuniti blogger yang baru ditubuhkan. Komuniti ini tidak kisah anda dari group blogger mana atau pun blogger yang bebas untuk sertainya asalkan anda seorang yang meminati kerja-kerja amal. 

Komuniti ini juga tidak kisah anda adalah blogger baru mahu pun blogger terkenal. Apa yang penting anda boleh bergerak bersama kumpulan, ringan tulang dan ada semangat kesukarelawan yang tinggi. 

Bagi yang telah join group whatsapp komuniti ini, buat masa sekarang kami masih belum jalankan apa-apa aktiviti cuma dalam proses mengumpul blogger yang berminat. Anda juga boleh tolong promosi. Berikut adalah link untuk anda masuk ke group whatsapp kami https://chat.whatsapp.com/G6GrCBmP6iiGC9SlDhL2DJ

6 comments: