Booking.com
Booking.com

9 Aug 2017

BOOKING.COM TERBAIK

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak Fiza nak sambung belajar di Penang hari tu, Zumal gunakan booking.com untuk dapatkan tempahan penginapan kami semua. Baru tahu booking online ni mudah. Dulu-dulu zumal ingatkan nak booking online ni kena ada kad kredit atau online banking. Ternyata semua tu tak benar pun. 

Pengalaman pertama tu zumal book Pinang Muslim Homestay. Dengan bayaran hanya RM 200.00 kami seramai 6 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak menginap sangat selesa. Sampai pun dah malam. Homestaynya bersih ada 3 bilik, 2 bilik air lengkap dengan dapur dan peralatannya di tingkat 8. Homestay ni jenis apartment ada parking dan persekitaran pun cantik. Terletak di Blok 9 Halaman Damai, Sungai Pinang, Georgetown. Kalau korang nak menginap memang zumal sangat-sangat syorkan. Booking SINI.

Image result for penang muslim homestay
Pinang Muslim Homestay
Image result for penang muslim homestay
Pinang Muslim Homestay



Untuk kali kedua, zumal booking penginapan di Rawang. Hotel bajet je, Pristine Hotel. RM50 je untuk 1 malam. Bilik selesa. Kalau 2 orang pun ok. Yang zumal kata booking.com ni terbaik tu sebab berlaku sedikit salah faham masa kat hotel tu. Dah 1 pagi zumal sampai sana. Pintu masuk pun tutup dah. Zumal menginap semalam je, tapi rupanya dalam sistem booking.com kata zumal tak check in pun situ. Pihak hotel tak sahkan penginapan zumal dalam sistem agaknya. Balik Perlis dapat email suruh bayar RM50.00 sebab booking tapi tak menginap. Yang bagusnya pihak booking.com ni tak menyalahkan kita terus, dorang tanya menginap tak. Zumal jawab menginap la, booking.com check semula dengan hotel dan betul nama zumal ada check in. Dorang siap call minta maaf. Itu la yang bagusnya booking.com ni jaga customer.

Image result for pristine hotel rawang
Hotel Pristine Rawang
                            
Hujung bulan ada cuti kan? Korang tak pergi cuti ke? Nak bercuti nanti book la penginapan dengan booking.com yer. Klik je kat iklan booking.com dalam blog zumal ni atau tengok pilihan menarik kat bawah. Selamat bercuti ok...









Booking.com

3 comments:

  1. Sebab tu SA pilih Booking.com sebab bagus...

    ReplyDelete
  2. Suka booking.com jugakkk. Kalau banyak kali book kat sini, nanti dia upgrade status

    ReplyDelete