Booking.com

16 Jul 2017

SEBENARNYA


Sebenarnya 
Yang sebenarnya aku malu
Malu dengan diri sendiri
Malu dengan kawan-kawan
Malu dengan keluarga 
Tapi pada Allah aku doakan agar ia makbul
Tapi aku tetap malu kerana aku bukan sesiapa 
Bukan bukan insan mulia

Dengan dia
Aku tak ada apa-apa
Aku kekal macam dulu
Kekal bodoh
Melakukan sesuatu yang sia-sia
Tanpa 
Tanpa dihargai
Aku tak pernah wujud dalam hatinya
Hanya
Aku yang gila
Kekal gilakan dia
Lakukan segala agar dia bahagia 
Booking.com
Sebenarnya aku malu nak akui apa yang semua bayangkan adalah hanya kesilapan
Hanya sebuah lakonan
Agar hati ini 
Rasa selesa... 

15 Jul 2017

WARUNG BANG TEH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu kita lagi dalam blog usang Dunia Zumal yer. 

Ada orang Perlis dak? Kalau orang Perlis pasti pernah dengar pasai Warung Bang Teh. Kedai makan paling viral kat Perlis. Pasai apa? Nanti kita cerita. 

Sejak diperkenalkan oleh Cik Fiza Zainal tahun lepas, Warung Bang Teh mula menjadi port wajib untuk Zumal singgah. Paling kurang sebulan sekali. 

Menu yang glamor kat Warung Bang Teh ni adalah laksa, kuew teow sup, ABC, somtam, kerabu maggi, pulut ayam, pulut mempelam dan rojak. 





Nak tau pasai apa yang viral? Tengok harga depa, terlajak murah. Maintain ja harga tu. Hangpa tau kawan zumal Cik Fiza Zainal tu kecik ja kan tapi dek kerana sedap makan sini, dua mangkuk laksa habis dia makan. Lagi satu ayaq fevret kami ayaq stroberi, yang patut hangpa try juga. 

Dekat mana? Warung Bang Teh ni dekat jalan Padang Nyu. Tepi jalan ja. Selepas simpang ke uitm dengan kolej vokasional Arau. Hangpa boleh waze ja... Untuk maklumat lanjut boleh tengok facebook Warung Bang Teh

14 Jul 2017

7E DELIVERY PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak akhir-akhir ini, orang kita dah terbiasa order segala mak nenek hanya di hujung jari. Mudah. Kita hanya pilih secara online, bayar dan tunggu barang sampai depan pintu. 

Oleh itu, untuk orang Perlis zumal nak tawarkan perkhidmatan delivery apa saja yang anda inginkan. Lebih kurang macam foodpanda juga tapi kalau korang nak barang runcit pun zumal boleh hantarkan. 

Bagi peniaga online juga, korang boleh guna khidmat ini untuk hantar barang korang lebih mudah dan cepat. Insha Allah caj zumal tawarkan amat berpatutan. 

Untuk memesan atau maklumat lanjut boleh hubungi zumal di 01140793530. Whatsapp pun tak apa. Semoga perkhidmatan zumal memudahkan anda semua. 

10 Jul 2017

ANDAI BERJUMPA DIRIKU SENDIRI PADA USIA 12 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tak sangka boleh menulis blog lagi. Kesibukan zumal ni sukar digambarkan cuma kalau korang lalui sendiri baru korang faham. 

Hari ni zumal muncul untuk menyahut cabaran Abg Long kawasan. Hahaha. Topiknya andai dapat jumpa diri sendiri pada usia 12 tahun apa yang kita nak cakap kat kita yang 12 tahun tu?

Kalau zumal dapat kembali jumpa zumal dalam umur tu, zumal nak pesan supaya belajar rajin2 bagi full A dalam UPSR. Menyesal sebab dapat 2 A ja time tu. Maklum la zumal ni hanya tau main ja. 

Lagi satu, kalau ada la mesin masa macam doraemon guna tu teringin nak pi pesan kat diri sendiri yang berusia 12 tahun tu supaya simpan duit, jangan boros. Zumal pada usia 12 tahun tu dah mula berniaga kecil-kecilan, kalau dapat pesan suruh simpan duit sejak umur tu maybe dah buka hypermarket macam giant pada usia sekarang ni. 

Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi semua dah berlalu pergi hanya tinggal sejarah dan kenangan. 

Begitu juga kalau belajar rajin-rajin mesti dapat kerja yang bagus dan dapat balas jasa arwah tok wan dan tok. Rindu sangat kat depa. Dapat balik ke umur tu zumal nak sangat jaga depa elok-elok jangan sampai sakit itu dan ini. Mesti zumal akan dengar nasihat depa tanpa melawan. Ya Allah banyaknya dosa hambamu ini... 

8 Jul 2017

KISAH 3 SYAWAL


Assalamualaikum dan salam Syawal buat semua. Hari ni zumal menjelma sebab nak kongsi kisah raya. Maybe kisah raya zumal ni lain dari yang lain. Kenapa? Korang kena la baca sampai habis. 

Macam korang tau, zumal ni tinggal dengan tok je kat rumah. Setelah tok pergi, zumal sorang2 je. Malam raya pun sorang2. Bila teringat arwah tok dgn tok wan air mata ni berlinangan tau. 

Nasib la 1 Syawal zumal beraya di rumah Fiza. Dari pagi sampai ke malam pergi beraya dengan keluarga dia. Dah macam keluarga sendiri pun. Lagi pun jiran2 depa zumal kenal sebab kebanyakan mereka tu ahli PAWE yang zumal kerja tu. 

Jam 3.00 pagi raya pertama tu baru ayah dan mama sampai ke Perlis. Depa hantar adik beraya di Baling. Raya ketiga jemput adik untuk datang ke Perlis. 

Ceritanya bermula bila nak ke Baling. Ayah suruh zumal drive. Zumal biasa dengan kereta auto ja tapi axia ayah tu manual dan buat zumal sedikit gagap memandu. 

Dari Perlis jalan tak sibuk pun. Zumal drive macam biasa. Tak slow dan tak laju. 

Masuk ja sempadan Kedah, zumal nampak jalan sedikit sesak. Tension main cluth. Lenguh kaki. Tapi.... 

Kenapa tapi? Selalunya ikut jalan lama dari Sanglang ke Kuala Sungai zumal akan melalui jambatan kat Sanglang tu, kemudian simpang berlampu isyarat di pekan Sanglang, simpang Air Hitam, simpang Kemboja di Jerlun, simpang ke Gunung Keriang tapi, zumal hanya perasan Simpang Kuala Sungai ja. Simpang terakhir sebelum Mergong. Mana simpang lain tu? Zumal tak ambil mana-mana jalan potong pun. Macam zumal lena sepanjang memandu. Tapi tak mungkin kan? Atau melintasi zon masa dan keluar terus ke simpang Kuala Sungai tu. Pelik. Tapi itulah yang berlaku.