Booking.com
Booking.com

21 May 2017

FIDGET SPINNER BERHANTU

FIDGET SPINNER 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua, lama tak muncul tetiba muncul. Biasa la sejak bekerja ni zumal agak busy. Tapi minggu lepas tu bukan busy tapi demam. Teruk juga sebab sampai seminggu. Hmmm biarlah berlalu kan... 

Hari ni zumal nak share benda yang makin viral ni, fidget spinner. Mulanya tak tau pun apa memasangnya fidget spinner ni tapi sejak ramai post dalam facebook zumal pun berminat nak tau lebih lanjut. Rupanya fidget spinner ni untuk atasi kebosanan, stress dan seumpamanya. 

Setelah adik Fiza post dalam wechat yang dia kata kawan dia jual, zumal pun apa lagi terus nak order. Tapi stok pula tak ada. Kecewa tau. Zumal order pula dari rakan facebook. Ok ada. 

Kalau korang nak tahu, sebelum zumal terima fidget spinner yang diorder tu Zumal terjumpa lak orang jual kat sebuah hyper market kat Perlis ni masa jalan-jalan dengan Faizat, adik Fiza tu. Zumal beli je. 


Sekarang dah ada 2 fidget spinner dalam koleksi zumal.  Pada zumal fidget spinner ni macam yoyo juga. Cara main dia ikut kreativiti kita. Lepas tu amat sesuai untuk zumal yang tak ada awek ni. Hahaha. 

Nanti nak cari fidget spinner yang rupa garang sikit untuk koleksi peribadi. Kat sini ada tak yang dah terjebak dengan fidget spinner macam zumal? Main ke elok2 jangan lupa solat dah ler... 

10 comments:

  1. wah wah tak penyabor betul abang zumal kita ha ha..saya suka pusing pen jer..

    ReplyDelete
  2. Heard about it before but tak tahu apa fungsi sebenarnya.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. mama tak mau kasi syafi terjebak, nanti mak dia yg sudah hihi

    ReplyDelete
  4. Itulah Anak Mrs. A pun ada satu. Last Friday night time balik dari training silat dia tunjuk kat Mrs. A fidget spinner dia yang berlampu-lampu tu katanya kawan dia bagi

    ReplyDelete
  5. RAAI YG SUKA MAIN BENDA NI LA NI

    ReplyDelete
  6. So when you are buying them for your kids consider such options and choose the best. 10bestselect.com

    ReplyDelete
  7. A spinner ring is a type of ring which you can wear on your finger which generally comes in silver color. bestoutdoorpicks.com/

    ReplyDelete