Booking.com
Booking.com

23 May 2017

TEKNIK BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE

RAHSIA AFFILIATE 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tak lama lagi dah nak puasa, lepas puasa dah nak raya pula. 

Di samping persiapan diri untuk bersedia berpuasa kita tak lepas juga dari kena bersedia dalam aspek kewangan untuk menghadapi Syawal. Maklum la raya setahun sekali, tentu nak keluarga kita gembira menyambutnya nanti. 

Apa persediaan anda? Zumal bekerja dan berniaga tapi sekarang zumal dah menceburi peluang menjana pendapatan lebih mudah dari pekerjaan zumal selama ini. Affiliate. Ya, zumal sertai affiliate. Kerana zumal tak perlu beli stok, tak perlu modal besar dan tak perlu keluar menjual. 

Jana income secara sambil-sambil. Buat promosi hanya dalam fb dan blog. Dan dapat hasil. Anda nak tahu rahsia seorang chef jadi jutawan hanya sejak join affiliate? Anda boleh dapatkan rahsianya DI SINI. Anda akan diajar 100% dari A hingga Z. Anda praktikkan satu demi satu dan KEJAYAAN itu pasti milik anda juga. 

Klik sekarang kita bongkar RAHSIA AFFILIATE 




21 May 2017

FIDGET SPINNER BERHANTU

FIDGET SPINNER 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua, lama tak muncul tetiba muncul. Biasa la sejak bekerja ni zumal agak busy. Tapi minggu lepas tu bukan busy tapi demam. Teruk juga sebab sampai seminggu. Hmmm biarlah berlalu kan... 

Hari ni zumal nak share benda yang makin viral ni, fidget spinner. Mulanya tak tau pun apa memasangnya fidget spinner ni tapi sejak ramai post dalam facebook zumal pun berminat nak tau lebih lanjut. Rupanya fidget spinner ni untuk atasi kebosanan, stress dan seumpamanya. 

Setelah adik Fiza post dalam wechat yang dia kata kawan dia jual, zumal pun apa lagi terus nak order. Tapi stok pula tak ada. Kecewa tau. Zumal order pula dari rakan facebook. Ok ada. 

Kalau korang nak tahu, sebelum zumal terima fidget spinner yang diorder tu Zumal terjumpa lak orang jual kat sebuah hyper market kat Perlis ni masa jalan-jalan dengan Faizat, adik Fiza tu. Zumal beli je. 


Sekarang dah ada 2 fidget spinner dalam koleksi zumal.  Pada zumal fidget spinner ni macam yoyo juga. Cara main dia ikut kreativiti kita. Lepas tu amat sesuai untuk zumal yang tak ada awek ni. Hahaha. 

Nanti nak cari fidget spinner yang rupa garang sikit untuk koleksi peribadi. Kat sini ada tak yang dah terjebak dengan fidget spinner macam zumal? Main ke elok2 jangan lupa solat dah ler... 

14 May 2017

SAPS IBU BAPA - MEMUDAHKAN IBU BAPA PANTAU ANAK


SAPS Ibu Bapa digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah seawal Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5. Tapi, tahukah anda apakah sebenarnya SAPS Ibu Bapa itu?

Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia


Dengan adanya SAPS ibu Bapa ini, ibu bapa lebih mudah memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dari semasa ke semasa hanya di hujung jari. Ia amat sesuai dengan zaman IT seperti sekarang. Kalau zaman Zumal dulu, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk mengambil kad laporan. Inilah perubahan mengikut peredaran zaman. 

Zumal rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui tentang sistem SAPS Ibu Bapa ini bukan? Berikut adalah cara untuk memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS Ibu Bapa KLIK DI SINI.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui laman web ini dan usah risau tentang masalah teknikal seperti website down atau pun laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.



Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda pada bila-bila masa di mana jua dengan sistem SAPS Ibu Bapa ini, sila terus peka tentang pendidikan mereka setiap masa. Manfaatkan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita dalam mendidik anak-anak. Insha Allah tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pembelajaran dan perkara-perkara lain yang tidak baik.

Kongsikan artikel ini bagi membantu lebih ramai ibu bapa mengetahui tentang sistem SAPS Ibu Bapa 2017 ini. Semoga bermanfaat buat semua. 

13 May 2017

AKU MENGAGUMIMU DARI JAUH SAJA - KHAI BAHAR

Sumpah aku cinta kamu
Sampai mati sayang kamu
Sungguh aku rindu
Kepadamu saja

Apakah kau juga sama
Seperti yang aku rasa
Aku mohon sangat
Kamu cinta juga

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

Jangan kau ragukan aku
Lihat kesungguhan ini
Bukalah hatimu
Hanya untuk aku

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

12 May 2017

KURMA HARGA BORONG DI PERLIS

KURMA HARGA BORONG DI PERLIS 


Bulan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi bakal menyusul. Dan tentu ada yang ingin berniaga sempena bulan mulia ini nanti. Bulan puasa yang kita rambang mata nak pilih ialah juadah berbuka puasa. Di setiap bazar Ramadan ada begitu ramai berniaga makanan kan? Anda nak berniaga apa?

Kurma. Kurma adalah menu wajib bagi umat Islam bila datangnya Ramadhan. Tahukah anda kawan zumal pada hari pertama jualan kurma di bazar Ramadan sehingga 4 angka. Dalam minggu pertama maintain 4 angka. Tak keluar modal banyak pun. Just untuk penuhkan 1 meja lipat je. Macam mana? Berminat untuk menjadi usahawan kurma?

Penat. Penat tu perkara biasa la kalau berniaga offline macam ni. Tapi hasilnya berbaloi. Buat duit raya. Di Perlis ini, ramai yang tidak tahu yang banyak pemborong kurma. Lokasi pemborong kurma untuk peniaga di Perlis ialah di Padang Besar. Sebelum anda sampai ke arked Padang Besar, ada deretan kedai sebaris 7E dan KFC ada lebih kurang 4 kedai menjual kurma di situ. Tapi anda perlu tawar menawar untuk harga yang ok. Zumal syorkan kedai Boon Hong dan Hock Seng. Dulu semasa berniaga zumal pun beli di situ. Selamat berniaga.