Booking.com

26 Mar 2017

AL RIYAZ UTAMA - KEDAI PRODUK SUNNAH DI PERLIS

AL RIYAZ UTAMA 


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dalam tak sedar bulan Ramadhan semakin hampir tiba. Permintaan makanan sunnah seperti kurma, madu, kismis, cuka kurma semakin hari semakin meningkat. Mungkin kerana kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk sunnah itu sendiri di samping ada juga yang start berpuasa untuk membiasakan dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba. 








Hari ni zumal nak perkenalkan kedai produk sunnah di Perlis. Kedai Al Riyaz Utama terletak di No. 36, Jalan Medan Niaga, Taman Seri Firdaus, 01000 Kangar Perlis bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Sena.  Al Riyaz Utama baru menjengah usia 2 tahun, menjual pelbagai jenis kurma, kismis, buah tin, aprikot, gam Arab, madu, cuka kurma, minyak zaitun dan pelbagai jenis produk kesihatan. Al Riyaz Utama beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Al Riyaz Utama menawarkan harga berpatutan di samping mempunyai pelbagai pilihan bagi setiap produk yang ditawarkan. Kedai ini juga mudah diakses jalan utama serta ruang parking yang luas untuk para pelanggan yang datang. 

Produk yang ditawarkan di sini bukan sahaja untuk bulan puasa tapi ianya ada setiap masa. Jadi, anda tak akan terlepas untuk menghidupkan amalan pemakanan sunnah setiap hari. 


23 Mar 2017

PESTA HOREY-HOREY WINTER WIND

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal ni selalu menghilang kan? Semua kerana tugas. Apa pun zumal redha je. Kekadang hujung minggu pun bertugas. Malam nak juga isi dengan hal dunia ni, lepas balik dah penat dan terus tidur. Sebab tu aktif kat ig dan fb je sebab tak perlukan masa untuk cari idea. 

Malam ni free jadi zumal nak kongsikan pasal Pesta Horey-Horey Winter Wind yang berlangsung di Tasoh Lake Resort dari 17 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017 ini. Kat sana ada fun fair, pertunjukan pentas, buskers, pameran, jualan pelbagai makanan, minuman dan macam2 lagi. Pesta ni berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Bukan sekadar hiburan, forum perdana pun ada pada malam kedua hari tu. Sepatutnya zumal pun kena buka booth pameran kat sana tapi tak cukup kaki tangan. Bahagian OKU (PDK) je buka booth jualan kat sana. Zumal pi sana 3 kali support kawan2 berniaga. 

Tapi paling best pergi semalam jumpa Pak Cik Ghani yang sangat sporting tu. Salah seorang ahli Pusat Aktiviti Warga Emas paling aktif. Kami try macam2 permainan kat sana. Jom usha aktiviti zumal, Pak Cik Ghani dan Faizat (adik k. Chaq) kat sana. 










Permainan kat Pesta Horey-Horey ni kena bayar RM3.00 je sorang. Untuk naik ATV tu je RM5.00 . Zumal pun first time try naik ATV. Pak Cik Ghani belanja pulak tu. Korang pun belum terlambat lagi nak pergi sana tau. 

3 Mar 2017

SINGKIRKAN LEBIHAN WAX dengan HANYA 1 CUCIAN untuk RAMBUT SIHAT MENAWAN



SINGKIRKAN LEBIHAN WAX dengan HANYA 1 CUCIAN untuk RAMBUT SIHAT MENAWAN


Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini !

Justeru, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.

Ramai juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.

SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari !

Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Anti kelemumur dan Anti Rambut Gugur

Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Anti kelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen anti kelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini,  anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.

2 Mar 2017

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka


ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka


Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda !

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini. 
 
Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan !

Airy Wild hadir dalam warna jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!


Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan !

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

Zumal try Rugged Matte 

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. 

1 Mar 2017

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Syukur Alhamdulillah kerana dapat menemui anda semua lagi. Coretan kali ini zumal ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang senantiasa berkunjung ke blog Dunia Zumal ini. Alhamdulillah kini blog ini telah melebihi 600 000 view. Dan hampir 1000 view setiap hari yang zumal anggap macam tak mampu capai sebelum ni. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa anda maka tak ke mana blog ini. Bagi anda yang inginkan review perkhidmatan dan produk di blog ini bolehlah hubungi zumal di 01140793530 atau email ke zumal84@gmail.com. sekian terima kasih... 

KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO


KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO


Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.

Romano Force




ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semulajadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

Romano Unique




ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejaka berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandal wood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Zumal suka Force