22 Feb 2017

TAWAN PUNCAK BUKIT MAS KALI KEDUA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Isnin lalu zumal diajak oleh rakan blogger yang juga rakan sebumbung tempat kerja untuk hiking Bukit Mas. Orang dah ajak zumal ikut je sebab zumal boring balik keja tak tau buat apa. Lagi pun zumal memang tengah plan menurunkan berat badan ni. Alhamdulillah sejak bermula hobi baru ni, berat 89kg dah berkurang ke lingkungan 85-86kg. Syukur sangat. 







Kali ni kami hiking berdua je tak bawak geng lain. Maklum la hari kerja memang sure orang lain tak nak ikut. Rakan zumal ni dia aktif bererobik tetiap petang cuma petang tu dia ganti dengan hiking. Kami sampai kat kaki Bukit Mas sekitar 6.00 petang. Naik bukit tu dalam 15 minit ja rasanya sampai puncak dari tempat parking. Tak pernah tengok jam sebenarnya. Tapi bukit ni memang tak tinggi mana. Paling tinggi yang zumal naik hanya Bukit Laka tu. Wang Gunung tu tinggi lagi tapi tak sampai puncak. Hehe. Sampai kat puncak Bukit Mas tu kami lepak dan bergambar hampir sejam. Memang tak dak kerja betul. Dalam jam 7.10 kami turun ke bawah dan bersurai. Nanti dengar citer team Blogger Utara pun nak buat aktiviti hiking. Nak ajak kawan zumal ni join sama. Jum kalau nak kenal rakan zumal ni jejak la blog dia kat SINI. Kami ni kenal Sejak Tahun 2012 lagi cuma tak rapat tapi sejak kerja tempat baru ni ofis kami sebelah dinding ja. Ok la zumal nak sahur. Tata... 

3 comments: