Booking.com
Booking.com

28 Feb 2017

KERANA SEJAMBAK BUNGA COKLAT ITU


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita dalam coretan kali ini. Bukan tajuk sebuah puisi tapi inilah kebenaran yang telah berlaku. Zumal cuba sedaya upaya untuk mengambil hati dia. Suatu hari terfikir nak buat surprise kat dia di tempat kerja dia. 3 hari tak jadi tau. Pada hari ketiga nekad buat juga upah orang hantar jambangan bunga coklat kat dia. Malang sekali dia tak ada di tempat kerja. Tu orang lain yang pegang bunga. Orang upahan tu pun pepandai bagi terus bunga tanpa tanya zumal dulu. Serik la zumal guna perkhidmatan tu. Muka rakan Sekerja nampak ja baik, rupanya depa 'kucai' dia dalam group whatsapp sampai dia menangis dan jadi marah kat zumal. Surprise lain yang dapat. Dia makin menjauh. Dan sekarang zumal dah rasa dia membenci zumal. Untuk awak tu, saya buat semua ni kerana sayangkan awak... Saya sedih sangat bila awak buat saya begini... Adakah salah bunga viral tu? Bukan saya viralkan... Dan nama saya pun tak ada di situ... 

4 comments: