26 Apr 2017

DETIK CEMAS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam zumal sertai aktiviti bersama PDK Perlis. Dorang buat aktiviti senamrobik dekat Taman Eko Rimba Bukit Ayer. Zumal tak bersenam pun sebab zumal urusetia pengangkutan dan jaga barang-barang semasa senamrobik dijalankan. Kenapa kena jaga? Kat situ terlalu banyak monyet kelaparan yang selalu kacau barang orang. 

Zumal bukan nak cerita bab monyet atau senamrobik tu. Zumal nak cerita detik cemas yang zumal alami. Lepas senamrobik kami makan sama-sama. Selepas makan tu kami kemas barang dan nak buat aktiviti yang paling kami tunggu-tunggu. Apa tu? Mandi sungai la... Dekat Taman Eko Rimba Bukit Ayer ni ada air terjun. Lama sebenarnya menanti keizinan untuk pergi mandi tu. 

Lepas habis kemas, kami cari pot untuk mandi paling atas di Bukit Ayer tu. Penat gak menapak naik tangga di bukit tu. Sampai atas tengok keruh pulak air tu. Zumal tak tahu berenang dan was-was kalau tak nampak dasar sungai. Bagi la kawan-kawan yang pandai berenang tu turun dan test dulu. Takat bahu gak dalam air tu. Ni first time turun tempat sedalam tu. Rasa tak sedap hati juga. Tapi bila cik kecik tu ajak rasa nak gak turun sama. Zumal orang terakhir turun dalam air. Sejuk sangat. Tapi rasa takut makin menebal sebab kedalaman air tak sama. Ada lebih dalam dari bahu tu. Omg. Hampir 20 minit berendam, kaki krem tetiba. Zumal pun rasa kena naik ke atas. Zumal pun bergerak ke tepi pokok besar yang dalam gambar tu untuk berpaut dan naik ke atas. Tapi lain jadinya. Zumal tersadung akar pokok tu dan tenggelam tiba-tiba. Tak dapat gambarkan saat tu. Tenggelam timbul dah. Menggelupur dalam sungai tu. Tapi kawan-kawan jauh tak perasan kejadian tu. Tak terpanggil dah. Alhamdulillah akhirnya tercapai pokok di tebing. Selamat. Zumal dapat paut. Masa tu baru dorang perasan. Ya Allah hanya tuhan saja tahu keadaan tu. Fiza perasan zumal tengah menggigil. Zumal hanya boleh berdiri tepi tebing, tak dapat panjat kerana menggigil masa tu. Dorang pun dah naik risau. Zumal tahu tak mungkin dorang dapat bantu kalau jadi apa-apa sebab zumal ni besar dari dorang tu. Tapi zumal dah ok masa tu. Akhirnya dapat panjat naik. Masa pakai selipar pun zumal rebah. Tapi syukur dah selamat. Zumal dah serik turun semula dalam air. Zumal jadi jurugambar je la lepas tu. Itulah detik paling cemas zumal rasa. Bengkak lutut ni tak tahu kena apa. Ok la itu je nak kongsi. Apa pun thanks kawan-kawan yang sudi teman zumal. Dorang teman jalan balik sebab tinggi bukit tu nak jalan turun dengan kaki yang krem. 

23 Apr 2017

HIDUP DAN AIR MATA


f124vazm

HIDUP DAN AIR MATA

Ramadhan bakal kembali
Aku kini sendiri
Entah bagaimana hidupku ini nanti
Masih belajar untuk harunginya sendiri

Setelah nenda tercinta pergi
Hidup ini bagaikan tin yang sudah tiada isi
Setiap sepi ditemani air mata membasahi pipi
Sepi sendiri

Kerja
Dulu bertiga
Kemudian berdua
Kini aku tinggal sendiri jua
Sepi

Tapi
Aku bersyukur
Sebab antara bertiga 
Dia masih ada temani aku ini
Faham situasi ini
Tapi
Dia pun bakal berhijrah jauh
Dan aku, kekal di sini
Bersama linangan air mata


Namun
Terima kasih pada Ilahi
Kerna menghadirkan dia temani aku
Anggap bagai keluarga
Syukur masih ada yang sudi
Menjadi teman hidup yang sepi ini

Walaupun
Hati ini ada rasa
Yang anggap berbeza
Aku tahu dia tahu
Tapi
Itu dah suratan hidupku
HIDUP DAN AIR MATA...

Nukilan dari hati Dunia Zumal 

19 Apr 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

18 Apr 2017

XPDC BUKIT KACHI


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi dalam perkongsian terbaru. Nampak sekarang Zumal kongsi pasal jalan-jalan je. Macam nak tukar profession je. Tapi sebenarnya semua hal kerja jer. Semakin gembira dengan kerja sekarang. Family dan rakan-rakan ramai yang hairan sebab dengan gaji kecik, sebenarnya elaun je tapi Zumal boleh teruskan kerja ni. Kalau nak tahu kenapa, Zumal tak target gaji cuma kepuasan kerja tu yang penting. Bila kita buat sesuatu dengan setulus hati maka kita akan happy bila berjaya. 

Day 1
Ok la. Kita masuk bab yang nak dikongsikan tu. Hujung minggu lepas Zumal telah dijemput oleh Unit Komuniti JKM Perlis untuk turut serta dalam satu ekspedisi. Zumal sebenarnya tak tau pun berkaitan apa. Cuma Encik Shariman dan Encik Shahir bagi hint bukit. Zumal teruja ingat nak hiking la. Sampai pagi Sabtu 15 April 2017, tengok berderet kenderaan 4x4 kat dataran depan JKM. Baru tahu aktiviti tu bukannya hiking tapi xpdc offroad. Lagi gumbira sebenarnya sebab ini kali pertama nak join trip 4x4 masuk hutan. Aktiviti ini dinamakan Call 4 Volunteer 2017 XPDC Bukit Kachi dan dapat penajaan oleh Radix (yang kopi glamer tu u all). 




Dalam pukul 9.00 pagi team xpdc bergerak ke Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis untuk berkumpul di sana untuk majlis perlepasan (flag off). Sebelum perlepasan, peserta dibekalkan dengan cenderahati dan bekalan minuman oleh Radix. 




Dalam jam 10.00 pagi rasanya peserta xpdc dilepaskan oleh Tuan Pengarah JKM Perlis, Encik Mohammad Hazam Ismail. Dalam XPDC ni tuan pengarah pun join sekali. Setelah dilepaskan, xpdc kami berhenti di RNR Pauh untuk menjemput beberapa peserta lain yang menanti di sana.





gambar tak jelas sebab silau
Laluan masuk ke lokasi perkhemahan kami tu agak mencabar bagi Zumal (wira I confirm remuk kalau ikut dorang). Selama belajar kat uum dari 2004 hingga 2008 tak tahu pula ada lokasi offroad sebelum kolej kediaman bukit kachi tu.

Bila tiba di sana, kami mula dengan aktiviti memasak makan tengah hari. Zumal tolong sikit2 je, yang lain tugas ambil gambar je.
Shah dengan Hairy proses ayam untuk bbq

kita minum kopi radix

En Shariman memberi ucapan membuka majlis


Ucapan perasmian tuan pengarah
Lepas perasmian, makan tengah hari solat encik Hazam ajak pergi ke rumah penduduk yang ada berdekatan tapak perkhemahan kami. Zumal ikut je, Shah dengan Hairy pun join sama. Brader tu tinggal sorang2 dalam hutan Bukit Kachi ni. Rumah pun tak berbilik. Berani betul. Dia bela seekor anak mawas yang sangat jinak, diberi nama Abon. Bulu macam teddy bear je tau.

pengarah tertarik pada bangkai harimau tu


inilah Abon, dia jinak dan dengar arahan
Selepas berbual dengan brader tu, depa ajak mandi sungai pula. Dah lama tak mandi sungai. Maklum la tak jumpa geng sekepala. Air sungai kat sini nampak keruh, dorang kata sebab hujan malam sebelumnya. Yang paling best bersih dan tiada lintah. Hehe...




depa kata tak sayang phone ka duk main selfie dalam ayaq

Walaupun keruh, tapi sungai ni bersih. Pukul 7.00 lebih baru kami balik ke tempat perkhemahan. Syok sangat main air. Maklum la dah lama Zumal tak mandi sungai.

Malamnya selepas Solat Maghrib ada sedikit kuliah lepas tu Solat Isyak. Kemudian kami mula buat unggun api dan mulakan sesi bbq. Kami bakar ayam, daging lembu, kambing dan sosej. Nasi goreng pun ada. Makan sikit je dah kenyang. Sebab Zumal minum dah bergelen air tu cepat kenyang. 

Day 2
Hari kedua bermula dengan solat subuh dah kuliah subuh. Lepas sarapan, kami siapkan makanan tengah hari terus. Sebab ada agenda lain. Apa? Mandi sungai lagi la. Hahaha... Kali ni pergi pukul 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. Punya la lama berendam.Berendam sampai puas.



Ni labah-labah yang Zumal dan bos jumpa
Selasai mandi sungai, kami balik ke tapak perkhemahan. Makan tengah hari, kemudian berkemas untuk pulang. Sebelum pukul 1.00 tengah hari semua dah ready untuk balik.











Encik Din (Pengerusi persatuan 4x4) memberi cenderahati kepada tuan pengarah
Alhamdulillah dalam pukul 3.00 petang lebih kami dah sampai Perlis. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi dalam lain siaran...

4 Apr 2017

KEMBARA INTELEKTUAL EXPLORACE PDK NEGERI PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua yang masih kenal diriku ini. Hehe... Sorry sebab zumal terlalu busy dengan pelbagai event sekarang ni. Tapi sumpah zumal tak pernah lupa korang terutama yang selalu singgah dan komen kat sini. Zumal hargai sangat2. Hari Jumaat lepas zumal telah terlibat dengan Program Kembara Intelektual Explorace PDK Negeri Perlis yang diadakan di Pulau Aman, Pulau Pinang (sebetulnya dari Perlis ianya bermula) Zumal bukan peserta tapi cuma urusetia jadi gambar zumal tak banyak la kan... Padan muka I.

Day 1, Jumaat

Setelah diberitahu pukul 10.00 malam sebelumnya, Program Kembara Intelektual Explorace PDK Negeri Perlis akan bermula 7.00 pagi. Kena kumpul di Dataran 350, depan JKM tu je. Pukul 6.40 pagi zumal dah tercegat kat situ sebagai makhluk pertama yang sampai. Tipah tertipu... Dalam pukul 8.00 pagi agaknya baru bermula dengan senamrobik dan taklimat oleh urusetia. Program Kembara Intelektual Explorace PDK Negeri Perlis melibatkan 9 pasukan iaitu 8 dari PDK dan 1 daripada JKM Perlis.
Pengarah JKM memberi taklimat program

Selepas selesai taklimat peserta dilepaskan. Depa gerak dalam kumpulan masing2 dan penamat kat Pulau Aman. Setelah depa gerak ke Stesen MyBas, check point pertama. Zumal pun mula gerak. Target nak sampai ke Jeti Raja Tun Uda Pulau Pinang sebelum peserta. Kat situ peserta kena serah jawapan yang telah dijawab serta meneruskan perjuangan mereka.

Dalam 2.00 petang zumal dan Encik Azwandi duk menanti peserta di jeti. Peserta paling awal bergerak ke seberang semula adalah daripada JKM. Dalam pukul 3.00 petang. Peserta terakhir memberikan jawapan adalah daripada PDK Beseri. Selepas terima semua jawapan kami berdua bergerak ke feri untuk ke seberang semula dan terus ke Pulau Aman.

Terseksa menunggu giliran untuk naik feri. Terpaksa berjemur panas dalam kereta sebab air cond rosak. Adoi... Tapi I redha je... (Sebab tu korang yang tahu boleh agak sendiri je. HAHA)

Sampai di seberang, zumal tak tau petunjuk kat mana Pulau Aman tu. Nak menggoogle, fon zumal bateri pun dah nazak. Mujur ada powerbank Encik Azwandi kita. Tapi cukup penuhkan 30% je. Paling pening papan tanda untuk ke Pulau Aman tu sikit sangat dah macam kami berdua pula yang berexplorace, cari klu. Sesat lak. Akhirnya terbaca kat 1 blog Pulau Aman tu kat Batu Kawan, jadi kami memecut ke Batu Kawan. Sampai sana duk heran why jalan makin sunyi dan makin mendaki. Tak kan jeti duk atas bukit. Kami berdua pasrah je untuk terus ke sana.

Alhamdulillah memang betul hujung jalan tu jeti untuk ke Pulau Aman. Walaupun kami ni sesat dan ambil masa untuk ke sana, peserta sorang pun belum tiba kat situ. Maknanya kami tak terlewat. Peserta kena naik train dari jeti ke Simpang Ampat lepas tu naik uber ke jeti Pulau Aman.

Setelah 3 kumpulan berlepas ke Pulau Aman, kami pula naik bot ke Pulau Aman. Last bot pukul 7.00 malam. Sampai Pulau Aman jam 7.15, nak minum kedai dah tutup. Nak ke penginapan pun tak tahu kat mana. Sampai kami berdua dah nak merajuk dah pun. Nasiblah Hafizul dari PDK Beseri muncul masa tu, dan kami menumpang di biliknya. (sebenarnya terus duk situ sampai last day)

Kami yang penat ni lambat keluar dinner, tengok dah tinggal 'redak-redak' je untuk kami. Sampai hati depa kan. Lega sebab kata tengah malam ada lagi makan. Makan mee goreng sambil mengumpat lak tu. Peserta tak ramai pun keluar makan lewat malam tu.

Day 2, Sabtu

Pagi ni peserta akan lalui aktiviti ikhtiar hidup. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dapat sekor ayam hidup untuk diproses sampai jadi lauk. Sedihnya sebab zumal tak boleh ikuti program depa. Ada urusan lebih penting. Cari kek untuk kejutan kepada Boss kami. Zumal bergerak keluar dari pulau selepas senaman dan sarapan. Tak ingat pun jamnya. Sambil tu nak hantar Encik Azwandi ke stesen ktm Butterworth. Selesai hantar beliau, zumal pi makan roti canai teman Encik Aris. Hari ni naik kenderaan jabatan, jadi tak la letih sangat.

Lepas makan tu Encik Aris ajak pi pasar barang2 lelong kat sana. Zumal ikut je. Teringat baju tak cukup jadi zumal pi shopping kat situ. Payah betul cari saiz, kena hiking lagi bagi perut jadi kecik.

Melilau cari kedai kek tak jumpa. Akhirnya kami ke Sunway Carnival Mall, masuk2 je jumpa kedai kek. Alhamdulillah.

Hampir jam 2.00 petang zumal sampai di Pulau Aman. Aktiviti seterusnya Island Hoping. Mulanya segan nak turut serta sebab zumal rasa zumal ni macam insan terpinggir je kat situ. Island Hoping ni sekitar Pulau Aman, jambatan Pulau Pinang, kelong-kelong ikan. Basah lencun masa Island Hoping tu sebab laut agak bergelora seperti hati ku. Hahahaha...






mak long dan kak chaq

model kelong pulau aman


Petang lepas island hoping baru rapat sikit dengan peserta. Peserta yang kat atas tu memang dah tau rapat tapi kekadang macam nak berlagak pun ada.

gambar yang rasa nampak cantik
Gambar kat atas tu ambil belakang chalet, teman anak Timbalan Pengarah mian ayaq. Sebenarnya lalu kat situ nak tengok kak chaq mandi tang mana, dia ajak tapi zumal baru je lepas mandi. Dah tu ada big boss memang dak ler nak pi join depa. Malu cheq. Selesai island hoping, zumal dan housemate pi pekena ais kacang kat Restoran Ikan Bakar Pulau Aman. 



Aktiviti malam pula, bbq. Kami ambil ikan masa singgah di kelong petang tu. Sayangnya malam tu hujan lebat. Tak dapat buat bbq kat tepi laut. Depa semua bergumbira ler makan tapi zumal makan ikan je sebab yang lainnya umpama bom nuklear. makan confirm sakit. Malam tu duk perhati macam seseorang belum mai makan. Bila tanya kawan depa katanya semua mai dah. Dalam hati duk rasa tak sedap hati gak. Memang betul pun kak chaq belum sampai. Depa makan dah licin dia dengan sorang kawan dia sampai. Tak sihat. Terasa lak sebab tak simpan kat depa dua. Ish, kawan2 tu pun jenis tak ingat kawan. Perasaan zumal tu memang betul tapi depa tu duk nafi kata semua dah makan. Bila depa dua sampai, zumal perli je la orang yang cakap semua dah sampai tu. (aku cam la orang tu, macam famili sendiri dah pun) 

Malam tu buat surprise kat Boss. masa zumal duk ambil gambar Boss kata paparazi mai dah. Besa la sebab Boss selalu tengok ig zumal dia tau zumal duk post macam2. Tapi Boss ambil gambar lagi cun, pandai Boss I ambil gambar. Cantik. Nak tau kena pi tegok ig Boss I, Muhammad Hazam Ismail. Happy Birthday Boss...



Day 3, Ahad

Hari terakhir. Pagi ni ada juga senamrobik. Lepas sarapan, acara terakhir adalah ceramah oleh penceramah ARA Management Services. Pengisian ceramah motivasi yang amat bagus.





Selepas makan tengah hari peserta check out dan boleh naik bot ke seberang dan naik bas untuk balik ke Perlis. Zumal drive macam hari pertama juga. Kali ni bertiga, dengan Encik Sabri dan Encik Maududi. Sampai rumah jam 4.00 petang tapi depa tak percaya. Tak percaya tak pe. Hahahaha... Ok la, Alhamdulillah berakhirlah Program Kembara Intelektual Explorace PDK Negeri Perlis. Semoga mereka mendapat manfaatnya dan tak lupa tahniah kepada PDK Beseri kerana menjuarai Explorace ini walaupun depa yang terakhir sampai kat check point tu. Hebat!!!