4 Oct 2016

KERANA HATI

Mengapa
Mengapa terlalu mudah
Untuk aku menaruh rasa kasih
Memendam rasa sayang
Terhadap insan
Yang belum ku kenali sepenuhnya
Yang belum ku tahu isi hatinya
Yang belum pasti dia mencintaiku

Mengapa
Bila ku sedar
Dia semakin menjauh
Aku jadi gusar
Perasaan aku menjadi tidak ketentuan

Mengapa
Terlalu mudah lahir rasa cinta
Tapi terlalu sukar
Untuk aku melupakan dia
Dan aku rasa
Tak mungkin aku melupakannya
Kerana hati
Kerana hati ini untuk mu jua...

Nukilan: Dunia Zumal

14 comments:

  1. WAH PUISI INDAH LUAHAN RASA TERPENDAM TU...

    ReplyDelete
  2. Mengapa kau lupakan janji yang kau berikan,
    janji yang kuharapkan,
    siang ku nantikan dan malam aku impikan....

    ReplyDelete
  3. Amboi jiwang nya hehe
    Jemput join :
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  4. salam singgh..

    ni lirik lagu ke apa..
    ^,^

    ReplyDelete
  5. Luahan perasaan untuk seseorang ke?

    ReplyDelete