2 Sep 2016

KEMPEN JOM JADI AHLI PAWE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pernah dengar apakah PAWE? Bukan bisnes online atau mlm ok. PAWE adalah singkatan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas. PAWE ditubuhkan untuk menyediakan tempat para warga emas untuk melakukan pelbagai aktiviti. PAWE berkonsep pusat jagaan harian di mana para warga emas boleh datang semasa tempoh kerja iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat. PAWE juga berperanan membantu anak-anak yang ada ibu bapa yang tinggal berseorangan di rumah, PAWE boleh dijadikan pusat penjagaan sementara untuk ibu bapa mereka. Kita tak perlu lagi risau tentang keselamatan ibu bapa kita semasa kita sedang kerja.

Gambar booth pawe di Arked Niaga Padang Besar semasa event Perwani

Sekarang PAWE Perlis sedang menjalankan Kempen Jom Jadi Ahli PAWE. Keistimewaannya setiap ahli boleh menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PAWE seperti aktiviti riadah, rekreasi, kerohanian, sukan, kesukarelaan dan lain-lain percuma tanpa ada had masa. Keahlian PAWE ini terbuka buat warga emas berstatus warga negara berumur 56 tahun ke atas, sihat dan mampu menguruskan diri sendiri. Jom Jadi Ahli PAWE segalanya PERCUMA.

Gambar kenangan bersama ahli ketika event bersama DYMM Raja Perlis 


Pusat Aktiviti Warga Emas
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi Utan Buloh
02600 Arau, Perlis
HP: 012-574 7869

7 comments:

  1. WAH BAGUS TU MESTI SGT BERMENAFAAT.

    ReplyDelete
  2. owh 56 tahun ke atas...bagus juga ada program macam ni

    ReplyDelete
  3. bagus tu...sebab kadang ada yang sibuk kerja tak ada orang nak jaga parents..balik kerja dah boleh ambil..hilang sikit risau =)

    ReplyDelete