20 Sep 2016

ASTHMA BAGAIKAN LESAP DENGAN GC TEA


ASTHMA BAGAIKAN LESAP DENGAN GC TEA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Macam chipsmore je Zumal ni. Hari ni Zumal nak cerita sesuatu tau. Zumal rasa asthma yang Zumal hadapi beberapa bulan lalu bagaikan hilang begitu saja. Mesti korang nak tahu rahsianya kan... Mai cheq nak cerita...

Korang yang follow Zumal mesti tahu yang Zumal ni aktif kat facebook kan? Sakit sikit up status. Sakit banyak lagi banyak la Zumal merepek kat facebook tu. Manja betul kan? Ke meroyan pun tak tahu la.

Sakit yang Zumal alami ni dah lama tapi tak konsisten pergi periksa kat hospital. Zumal ni malas la kalau kena pergi hospital tu sebab lama sangat menunggu. Dan sebab tu juga sakitnya makin teruk. Macam mana sakitnya? Zumal rasa sesak nafas dan sakit dada setiap masa. Sampai satu ketika doktor suspek Zumal sakit jantung. Tapi Alhamdulillah jantung ok lepas diperiksa.

Berbalik pada status Zumal kat facebook tadi tu, Sis Lynn telah terbaca status Zumal tu dan mengesyorkan Zumal cuba GC Tea. Sis Lynn hantarkan pek percubaan GC Tea. Dalam pek ini ada 10 uncang teh. Harganya cuma RM30.00, setiap uncang boleh digunakan sehingga tiga kali. Tak perlu letak gula tau kerana GC Tea telah dimaniskan dengan stevia.

Zumal amalkan GC Tea dua kali sehari dan satu pek tu boleh guna sampai sebulan. Dalam seminggu penggunaan pun Zumal mudah tidur malam dan dah tak sesak dada. Alhamdulillah rasa selesa sangat. Lepas sebulan Zumal kena pergi ambil darah di hospital serta beberapa pemeriksaan. Tahu tak resultnya? Sebelum ni test nafas Zumal hanya 150 je tau tapi sekarang dah meningkat sehingga 350. Doktor cakap terlalu cepat perubahan Zumal. Dan paling penting Zumal tak lagi bergantung pada inhaler. Tahu rahsianya kenapa? Tentulah GC Tea!!!

Terima kasih GC Tea dan sis Lynn. Nak alami kesihatan yang baik korang juga boleh dapatkan GC Tea ini. Korang boleh hubungi sis Lynn di 012-669 4148

7 comments:

  1. alhamdulillah,sihat dah adik akak ni....
    semoga kesihatan bertambah sihat selalu amin...

    ReplyDelete
  2. baguslah ubaatnya minum teh je dh sembuh.

    ReplyDelete
  3. Syukur kepada allah swt bro dah sembuh..amin

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kena amalkan selalu laa..

    ReplyDelete