Booking.com
Booking.com

8 May 2016

TAKTIK SCAMMER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mesti korang selalu berhadapan dengan scammer dalam media sosial ni kan? Mulanya Zumal ingat biasanya dorang guna taktik nak bagi duit ja tapi rupanya ada yang guna paras rupa. Selalu kalau tak ada mutual friend sukar kita nak approve kat fb tapi taktik dorang sekarang ialah add kawan-kawan kita dulu. Jadi kita lebih mudah nak approve kan. Tambah pula yang add kita tu nampak macam comel je kan...

Contoh conversation scammer yang pernah Zumal jumpa...


Profile kat atas memang nyata berbeza dari scammer yang biasa kita jumpa. Sebab selalu semua straight to the point nak duit. Tapi yang atas ni dia masuk ayat cintan cintun dulu. Memang kita anggap muka orang lain dia pakai kan? Tapi siap ajak video call lagi, memang korang yang akan yakin dengan dia sebab memang muka dia betul tapi korang kena hati-hati la dia guna pendekatan secara halus sampai terjebak dalam sesuatu yang tidak sepatutnya. Kemudian bila berlaku kejadian itu korang akan diugut untuk disebarkan video atau gambar sama ada real atau edit jika korang tak bagi duit k. Dia ni licik sebab tak guna akaun tu untuk sebarkan ugutan. Dia akan guna profail bernama Gianne Mae Smith.


Ini pula jenis scammer yang biasa-biasa kita jumpa la. Tapi tak tahu la korang jumpa ke tak, Zumal selalu sangat sejak bermulanya facebook pada tahun 2008. Dulu pernah terlepas bagi nombor fon lepas tu setiap jam duk call Zumal. Slang dia cakap sepatah haram tak faham. Zaman tu tak tahu block lagi terus tukar nombor fon.

Kenapa Zumal kongsikan semua ni? Semua sekadar peringatan buat korang juga jangan sampai terkena ok. Tapi kalau belum ada yang kena susah juga nak beri nasihat gini kan... Hati-hati dengan mereka yang tidak kita kenali. 

41 comments:

  1. timm pernah kena sekali..pastu mmg xapprove da klu pelik jekkk..xmoo, takut,,

    ReplyDelete
  2. bahaya betul kalau kita main approve jee friend dgn org tak kenal ni ekh..

    ReplyDelete
  3. KENA BERHATI-HATI DGN SCAMMER NI MENYUSAHKAN SAJA...

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm pelik je mmg tak layann hehe

    ReplyDelete
  5. sis mmg cukup letat klu nak terima request ni . cek dulu fbnya . Klu dah nama pelik tu / bkn org malaysia , ermmm ... semoga dijauhkan lah dr terkena .

    ReplyDelete
  6. Kebanyakannya perempuan mat salleh akan PM lelaki dekat Facebook kan..Bahaya jugak..

    ReplyDelete
  7. Mmg mcm2 scammer sekarang ni, sbb tu kawalan fb pun semakin ketat.. kita mmg perlu berhati2 kan Zumal...

    ReplyDelete
  8. pengajaran untuk kita semua.. :)

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang baik zumal...takut-takut ada yang terkena

    ReplyDelete
  10. Singgah rabu dekat sini.. :)

    ReplyDelete
  11. tgk je nama pelik2 nih terus husna xlayan.. tp nasib slalu jumpa pon dalam emel je..

    ReplyDelete
  12. ada kwn kepada kwn dah kena sca jugak..
    kononnya bercinta ngan mat salleh
    sllu la mat saleh pos hadiah, one day courier kononnya hantar duit tahan dgn kastam n kena byar 50k utk dpt balik,
    bleh plak dia bayar 50k tu..alih2 kena tipu..kesian

    ReplyDelete
  13. Gud Info Zumal..Ngeri je baca . Mintak simpang!

    ReplyDelete
  14. salam..
    ok..noted encik zumal..tq ye ^,^

    ReplyDelete
  15. hurmm.. dulu di emel skrg ni di social media la pulak.. hurmm

    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist segmen....

    ReplyDelete
  16. yes beware some1 we dont knw but add us on fb

    ReplyDelete
  17. macam macam cara sekarang ni orang cuba nak cari duit dengan cara yang mudah.

    ReplyDelete
  18. belum pernah terkena lagi..and harap takkan

    ReplyDelete
  19. Mmg myusahkan scammer gini..

    ReplyDelete
  20. sorg tangkap, akan muncul beribu2 lagi scammer

    ReplyDelete
  21. pe kabo zumal..sorry tau lama x singgah sini..bukan lupa tapi x sempat huhuh

    ReplyDelete
  22. makin kurang entri tahu ni Zumal..patutlah dah lama x singgah d blog sis JM..sibuk eh

    ReplyDelete
  23. percaya atau tidak masih ramai yan percaya taktik licik ni

    ReplyDelete
  24. Hati2 dgn scammer... mangsa mereka kebanyakkan nya perempuan..

    ReplyDelete
  25. Hati2 dgn scammer... mangsa mereka kebanyakkan nya perempuan..

    ReplyDelete
  26. mcm2 dunia skarang ni...hmm...

    ReplyDelete
  27. Betul2.. Sbb e'in biase kena.. Huhu

    ReplyDelete
  28. memang ada beberapa kali dapat msg drp scammer dekat fb ni. awal2 lagi da syak sbb yelah da la xkenal tetiba baik hati sgt nak kasi duit berjuta dekat kita. lawak je. hihi

    ReplyDelete
  29. entri lama ni.. lama x update... ke, ada entri baru tapi entri ni pinned kat homepage..?

    ReplyDelete
  30. wow.. Zumal.. lama menyepi gak.. isk2 mana ni entries baru..

    ReplyDelete
  31. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  32. kalau yang jenis melayan dan tak fikir panjang. habislah.

    ReplyDelete