Booking.com

22 Mar 2016

PELUANG PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ni Zumal ingin berkongsi tentang peluang. Sebagai seorang business consultant sudah tentu perkongsian Zumal tentang peluang perniagaan.

Sekarang kita tahu ekonomi kita sedang dilanda masalah. Bukan sahaja negara kita tapi hampir satu dunia. Walaupun begitu, negara kita ni keadaannya lebih teruk walau dinafikan pihak tertentu. Zumal tinggal di negeri bersempadan Thailand, jadi perkara ini boleh dirasai jika kita ke Thailand untuk membeli barang, kalau nak tukar RM ke mata wang mereka hampir kebanyakan pengurup wang tidak mahu terima RM. Bayangkan betapa teruknya RM kita. Bukan itu sahaja, barangan Thailand di Padang Besar juga tak semurah dulu.

Ok berbalik kepada peluang perniagaan. Jika ekonomi meleset perniagaan juga menghadapi kemelesetan dan ada yang gulung tikar. Tapi tahukah anda bahawa ada perniagaan yang tidak mengalami kesan keadaan ekonomi sekarang?

Perniagaan yang tidak mengalami kesan kegawatan ekonomi ada tiga berdasar kajian dan pemerhatian Zumal dan kumpulan Zumal. Pertama perniagaan berasaskan tembakau dan hasilnya. Lebih senang cerita rokok la. Suatu masa dulu Zumal pernah berniaga rokok, walaupun cukai dan kempen yang menyebabkan harga rokok makin tinggi ianya tetap laris dan sentiasa Zumal restock. Untungnya juga berbaloi kerana ia antara produk mudah jual sentiasa ada permintaan. Untuk pengetahuan semua jumlah perokok juga bertambah, walaupun kempen kesedaran dijalankan. Betapa tak sedar dirinya perokok ni kan.

Perniagaan kedua yang tidak mengalami kesan dalam kegawatan adalah minuman alkohol. Zumal tak pernah menjual tapi pernah bekerja di kedai serbaneka terkenal di Lembah Klang suatu masa lalu yang menjual arak. Arak ni walaupun mahal pada pandagan umum, sebenarnya ada juga yang murah dengan hanya berharga dibawah RM3.00. Daripada penglihatan mereka yang minum arak ini terdiri dari pelbagai golongan, kaya dan tak kaya. Walaupun kita tengok orang tersebut agak susah akibat kemelaratan hidup tapi tetap membeli arak untuk minum katanya untuk hilangkan tekanan. Bayangkanlah keadaan ekonomi macam mana pun tetap ada permintaan arak yang tinggi. Jika kita tengok di kedai-kedai serbaneka, arak antara yang sentiasa direstock. Laris. Tapi Zumal tak sarankan berniaga arak, sebab tu Zumal sendiri berhenti kerja tersebut.

Peluang perniagaan terakhir yang confirm mendapat permintaan adalah barang keperluan harian. Barang yang Zumal maksudkan seperti gula, kopi, beras, sabun mandi, sabun pencuci, ubat gigi, dan lain-lain. Buktinya, jika gawat macam mana pun kita tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan berbelanja untuk membeli barang keperluan harian yang biasa dibeli. Kita tengok juga gawat macam mana pun kedai menjual barangan keperluan harian ini tidak pun terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Contohnya, Tesco, Giant, 7 Eleven dan kedai-kedai runcit masih juga beroperasi dan sentiasa dikunjungi pelanggan. Jadi bagi orang Muslim, perniagaan barang keperluan harian sahaja yang merupakan pilihan anda. Tapi modal untuk bermula semestinya bukan sedikit. Ianya paling sedikit pun RM50, 000. Jika kita ingin mula betapak adakah kita ada RM50k? Sudah pasti tidak.

Justeru itu, Zumal bersama kumpulan Zumal bergerak aktif untuk membantu siapa sahaja tanpa sebarang kos untuk membimbing anda membina perniagaan sendiri tanpa modal yang besar. Kami akan membimbing berterusan sehingga anda berjaya. Kumpulan kami juga aktif di Indonesia, Brunei, Thailand, Taiwan, China, Australia dan Singapura. Berminat boleh setkan temujanji dengan saya di 0125747869.

14 comments:

  1. semoga maju dalam perniagaan =)

    ReplyDelete
  2. MOGA SUKSES DLM APA SAJA BIDANG BISNIS YG DICEBURI...

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuan di atas pengkongsian

    ReplyDelete
  4. benar sangat ke tiga macam jenisperniagaan di atas memang selalu melesat, sebab tiga jenis perniagaan di atas tersebut memang sangat di gemari warga, hanya alkohol kalau boleh mah jangan lah...hehe

    ReplyDelete
  5. Sedih dengan keadaan sekarang. Terkesan gak. Pokai x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas SPM Abg Chaq kongsi peluang kat Yun Sing k.

      Delete
  6. boleh la share ilmu ni sikit.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje kalau Tasha sudi nak tahu. Hehe ^-^

      Delete
  7. Berkongsi skill dan pengalaman moga dapat membantu mereka yg memerlukan. Moga suksess.

    ReplyDelete
  8. Semoga terus sukses dan berjaya Zumal... aamiin.

    ReplyDelete
  9. haha itu ketagihan namanya so mereka belilah walaupun mahal

    ReplyDelete