Booking.com
Booking.com

3 Feb 2016

WONDERFOOD MUSEUM PENANG

WONDERFOOD MUSEUM PENANG 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah seperti dijanjikan sebelum ni Zumal akan kongsikan review Wonderfood Museum Penang.

Tanggal 31 Januari 2016 lalu, Komuniti Blogger Utara telah dijemput ke Wonderfood Museum Penang. Antara ahli Komuniti Blogger Utara yang berkesempatan hadir bersama ialah Arz, Pha Is, Cik En (Eintan), Lyana (Lady Yana), Zya (Miss Zyaroses), Yun Sing dan Zumal sendiri. Ada yang hadir bersama keluarga dan sahabat handai.


Ais Kacang menjadi tarikan di pintu masuk
Wonderfood Museum Penang seperti taglinenya The World's First Food Wonderland ini menghidangkan pelbagai menu citarasa rakyat Malaysia terutama masyarakat di Pulau Pinang. Jom kita mengembara ke Wonderfood Museum Penang bersama Komuniti Blogger Utara.

Bila masuk ke dalam muzium ni kita akan jumpa kaunter tiket, di ruang legar muzium anda dihidangkan menu telur mata yang besar serta pelbagai menu makanan citarasa Malaysia di dinding.

Lepas bayar tiket je, anda akan dibawa masuk ke muzium diiringi krew muzium untuk memberi penerangan tentang bahan pameran. Menu pertama bila jejak masuk ke muzium adalah teh tarik dan mee goreng.

Macam mana aksi kami buat teh tarik?

Tak macam goreng mee pun...
Dalam penerokaan pertama kami diberi peluang untuk menunjukkan aksi membuat teh tarik dengan goreng mee. Semua tu palsu jer. Bahan disediakan untuk anda bergambar. Kalau anda ke kedai mamak pun rasanya dia tak bagi anda buat teh tarik kat situ jadi nak pamer skill kenalah datang ke Wonderfood Museum nie.

Dalam ruang yang sama anda dihidangkan dengan pelbagai menu menarik yang bukan sahaja gambar tapi benda yang seakan realistik yang sangat kreatif dan mengagumkan tau.
Menu kuih muih, nasi kandar, menu India, Melayu dan Cina
Suasana perayaan masyarakat India dan Cina

Di bahagian ini anda dihidangkan pelbagai menu masakan dari masyarakat utama Malaysia seperti Melayu, Cina dan India disamping menu street food yang pelbagai. Di bahagian ini menu dalam saiz sebenar je. Ada lebih besar menanti.

Bahagian ini ada beberapa set meja makan
yang disediakan untuk bergambar.
Kalau anda fokus pada hidangan ianya
diberikan warna yang berbeza dengan makanan asal.
Kredit : Zya

Menu Laksa Penang Gergasi

Zumal selfie depan Ais Kacang
Di bahagian ini anda akan dipamerkan dengan lebih banyak menu yang semuanya bersaiz gergasi. Di bahagian ini anda akan lebih tahu tentang menu-menu yang dipamerkan secara terperinci seperti asal usulnya, namanya, bahan-bahannya dan paling penting rupa sebenar menu itu walaupun saiznya besar tapi teksturnya macam yang sebenar. Bagi Zumal ia sangat menakjubkan. Kreatif dan hebat!!!

Arz dan Pha Is bergaya seperti berurusniaga



Sekarang kita beralih pula ke bahagian atas Wonderfood Museum ini. Sampai je di tingkat atas anda akan nampak ada roti canai terhidang di atas tikar. Nak makan? Opps, tak boleh makan, bergambar je. 100 % macam yang sebenar tapi saiz sahaja besar. Di bahagian ini ada juga replika gerai yang mempamerkan buah-buahan, ikan, sayur, bijirin, roti dan sebagainya yang sama seperti yang asli. Betapa seninya mereka yang menghasilkan replika ini.
Di bahagian lain pula anda dipersembahkan dengan sejarah perniagaan makanan suatu masa dahulu. Ianya sekitar sebelum kemerdekaan dan di awal kemerdekaan.  Ianya dipamerkan dalam bentuk boneka mini tetapi kalau anda fokus betul-betul pada barangan kecil tu ianya seperti yang real. Betapa telitinya mereka menghasilkan bahan pameran dalam muzium ini. Inilah hasil seni yang pertama kali Zumal lihat dihasilkan begitu kreatif dan teliti.
Zumal mengambil kesempatan untuk menikmati kuih ketayap, lompang dan buah melaka. Walaupun saiznya besar tapi rupa bentuk kuih nie tak nampak macam plastik tau.
Cik En dan Lyana menikmati satay gergasi
Di bahagian lain pula anda boleh menikmati hidangan satay. Kalau besar ni berapalah harga dijual yer. Makan secucuk boleh kenyang 2 ke 3 hari rasanya.
Cik En dan Cik Puteri sedang menikmati durian
Gambar dibawah adalah bahagian pameran yang sangat eksklusif. Bahagian ini terletak di dalam bilik kebal. Kenapa? Sebabnya menu ini dihasilkan disaluti emas sebenar. Menu ini adalah hidangan bagi orang-orang kaya yang mementingkan kecantikan. Emas bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan tapi boleh dimakan untuk memberikan awet muda kepada si pemakannya. Emas juga dikatakan mengandungi kolagen yang baik untuk kulit.
Menu disaluti emas

Harga burger emas dalam usd

Bahagian berikut pula anda dihidangkan dengan menu diselaputi coklat seperti donut, aiskrim dan gula-gula. Kalau anda menghidu betul-betul gula-gula yang terlekat pada dinding ianya pasti mengingatkan anda kepada gula-gula mentos di kedai. Sama baunya. Rasa macam nak makan je.

Cik En, Cik Puteri dan rakan-rakan Cik En

Di bahagian ini pula , anda akan diterangkan tentang kandungan gula dalam setiap menu harian kita. Kebiasaannya kita dah tahu tapi adakah anda tahu had pengambilan gula bagi kita setiap hari mengikut jantina dan umur. Di sini anda akan didedahkan mengenainya. Oleh sebab itu anda wajib datang sendiri ke Wonderfood Museum Penang.


Sebelum mengakhiri penerokaan anda di Wonderfood Museum Penang, anda juga boleh membeli cenderahati menarik di Wonderfood Museum seperti fridge magnet, hair clip, kusyen buah-buahan, serta pelbagai cenderahati yang begitu menarik untuk dijadukan hiasan rumah anda.


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Wonderfood Museum Penang mempersembahkan menu Yee Sang dan lokam buat anda. Jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman di Wonderfood Museum Penang. Untuk membaca pengalaman rakan-rakan Komuniti Blogger Utara yang lain boleh klik pada nama mereka Cik En | Lyana | Zya | Arzmoha | Pha Is | Yun Sing.




Wonderfood Museum 
49, Lebuh Pantai, Georgetown 
10200 Pulau Pinang.
(Sebelah CIMB)

Contact Number 
+604-251 9095
+6012-225 1968
+6012-299 1968

Masa Operasi
9.00 pagi -  6.00 petang
(Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah)


Harga Tiket
Dewasa RM 25 dengan Mykad RM 15
Kanak-kanak RM 15 dengan Mykid RM 10
3-12 tahun
Warga Emas RM 10
Pelajar (Mykad & Kad Pelajar) RM 10
Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

#Terima kasih kepada perkongsian gambar oleh Cik En | Arz | Pha Is | Lyana | Zya | Yun Sing

20 comments:

  1. Serius Zumal, kak ana teringin sangat nak datang sini dari perkongsian geng BU di media2 sosial ni :)

    ReplyDelete
  2. CERITA TENTANG MAKANAN NI XMUAT MUZIUM KALAU NK ISI SEMUANYA KAN ZUMAL..

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh, seronoknyaaaa zumal . nak pergi jugakkk

    ReplyDelete
  4. besarnya magnum hihi nampak real

    ReplyDelete
  5. KALAU TGK GAMBAR MAKLANAN..perut kenyang pun terasa lapar semula..hehe

    ReplyDelete
  6. Hehehe .. menarik review Zumal , informative .. kipidap !!

    ReplyDelete
  7. berbagai komunitas kemampuan dankreasi di persatukan oleh sebuah wadah Museum, sungguh keren banget kang

    ReplyDelete
  8. ni kalo betui posion makan besaq lagu ni..kenyang setahun oo..

    ReplyDelete
  9. Nanti kalo balik kampung nak try pi sini la.. macam syokk je berposing...:D

    ReplyDelete
  10. Unik betul pengalaman muzium makanan kat penang ni, hehe. Takut dah masuk muzium keluar-keluar terus lapar :D.

    ReplyDelete
  11. ni kalau bebetul, kenyang sebulan.. hehe

    ReplyDelete
  12. kenyang setahun korg ye haha

    ReplyDelete
  13. i like your blog entry this time
    pictures are great
    wanna visit one day

    ReplyDelete
  14. wah...best2..Fida ni nama je orang Penang..tapi tak dan ronda byk tempat lagi...

    ReplyDelete
  15. mak aih...durian tu mkn seulas kenyang seminggu ehehe

    ReplyDelete