Booking.com

23 Feb 2016

KEMBARA BISNES 2

Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pagi nie kita nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka dulu. Lagu nyanyian Jinbara ini menyebut lokasi-lokasi menarik yang ada di Kedah. Pada hujung minggu lalu Zumal bersama rakan Zumal iaitu Abg Li berkesempatan ke Tanjung Dawai dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Kangar.

Pasemboq Cakoroi


Dalam perjalanan kami tu ada beberapa tempat yang kami singgah. Tarikan tu pada nama yang aneh. Lokasi Pasemboq Cakoroi nie dihadapan masjid. Mudah je cari asal jangan berangan. Siap ada sign board arah ke sana lagi.


Walaupun yang dipromosi itu adalah pasembur tapi ada pelbagai makanan dijual di warung ini iaitu cendol, jelly kelapa, dadih dan beraneka jenis keropok.



Zumal dan Abg Li tak makan pasemboq. Kami memesan cendol special. Maklum la panas masa tu. Jam dalam 4.30 petang. Cendol yang kami makan nie ada aiskrim, pulut, kacang merah dan macam-macam juga la. Rasanya memang power laa.

Sata Tanjung Dawai


Sata nie makanan dari Terengganu. Kebiasaannya diperbuat dari ikan. Tapi berbeza sata di sini kerana terdapat juga sata daging, sata udang dan sata sotong. 





Selain sata, di gerai ini juga dijual pulut panggang dan otak-otak. Zumal dan Abg Li pilih untuk nikmati sata daging dan sata ikan. Memang sedap!!! Murah pula tu.

Lokasi gerai sata ini adalah berhadapan Bazaar Tanjung Dawai. 

13 comments:

  1. aisehhh..pagi2 dah nampak cendol. sedapnya

    ReplyDelete
  2. waw, perjalanannya mengesankan, mau dong esnya. mau..mau..mau...

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni... ada sata... akak tak pernah sampai tg dawai ni wlupun duk kedah.... leh pergi... yuhuuu

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah ke tanjung dawai ni

    ReplyDelete
  5. tudiaaaa sedapnya pasemboq ... yum yum

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak meronda kat Tanjung Dawai... bila la nak pi lagi ni..huhuhu :(

    ReplyDelete
  7. pergh cendul!!! mkn time cuaca panas camni mmg heaven

    ReplyDelete
  8. alaa x mkn ke pasembor tu baru nk tanya sedap ke x

    ReplyDelete