Booking.com

24 Feb 2016

LE TOUR DE LANGKAWI 2016

Le Tour de Langkawi  2016


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini maka bermulanya stage 1 perlumbaan basikal bertaraf dunia iaitu Le Tour de Langkawi iaitu dari Kangar ke Baling sejauh 166km.


Peserta Le Tour de Langkawi ini bermula di starting point di Taman Merdeka, Kangar (dahulu dikenali sebagai Padang Bandaran) dalam kira-kira pukul 10 pagi mereka dilepaskan.

Le Tour de Langkawi kali ini disertai oleh 3 pasukan bertaraf dunia. Persaingan untuk pasukan Malaysia dijangka agak sengit.




Le Tour de Langkawi kali ini mendapat liputan banyak media antarabangsa dalam 21 bahasa. Semoga perjalanan Le Tour de Langkawi 2016 ini berjalan dengan lancar. Anda boleh ikuti lintas langsung Le Tour de Langkawi ini di TV1.

Kredit facebook ltdl...


Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA


Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA


KLIK UNTUK JOIN



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Thanks buat blogger Khaty Aiman kerana jemput join GA yang ohsem nie. GA berlangsung dari 22 hingga 29 Februari 2016. Syarat cukup mudah. Nak join klik banner kat atas yer. Semoga berjaya...

23 Feb 2016

AWESOME BLOGGER OF JANUARY 2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bulan Februari pun dah hampir penghujung tapi Zumal baru nak up entri penghargaan yer. Phone Zumal problem sebenarnya tak boleh upload gambar. Pastu busy pulak nak godek kat mana problemnya. Tapi Alhamdulillah sejak Ahad lepas phone dah kembali ok. 

Alhamdulillah walau pun Zumal busy nak berblogwalking pun tak ada masa tapi ramai masih setia mengunjungi blog ini. Terima kasih dan tahniah buat Awesome Blogger January 2016. Anda memang hebat. Sayang uolls.

Antara yang mendapat takhta adalah Mummy Julia, Qaseh Vee, aRz MoHa, Paridah, Eintan Nurfuzie, Fidah Shah, M.N. Haziq, Etuza, Mardiah Diana dan Raihanah Ahmad. Anda memang awesome !!!


KEMBARA BISNES 2

Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pagi nie kita nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka dulu. Lagu nyanyian Jinbara ini menyebut lokasi-lokasi menarik yang ada di Kedah. Pada hujung minggu lalu Zumal bersama rakan Zumal iaitu Abg Li berkesempatan ke Tanjung Dawai dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Kangar.

Pasemboq Cakoroi


Dalam perjalanan kami tu ada beberapa tempat yang kami singgah. Tarikan tu pada nama yang aneh. Lokasi Pasemboq Cakoroi nie dihadapan masjid. Mudah je cari asal jangan berangan. Siap ada sign board arah ke sana lagi.


Walaupun yang dipromosi itu adalah pasembur tapi ada pelbagai makanan dijual di warung ini iaitu cendol, jelly kelapa, dadih dan beraneka jenis keropok.



Zumal dan Abg Li tak makan pasemboq. Kami memesan cendol special. Maklum la panas masa tu. Jam dalam 4.30 petang. Cendol yang kami makan nie ada aiskrim, pulut, kacang merah dan macam-macam juga la. Rasanya memang power laa.

Sata Tanjung Dawai


Sata nie makanan dari Terengganu. Kebiasaannya diperbuat dari ikan. Tapi berbeza sata di sini kerana terdapat juga sata daging, sata udang dan sata sotong. 





Selain sata, di gerai ini juga dijual pulut panggang dan otak-otak. Zumal dan Abg Li pilih untuk nikmati sata daging dan sata ikan. Memang sedap!!! Murah pula tu.

Lokasi gerai sata ini adalah berhadapan Bazaar Tanjung Dawai. 

22 Feb 2016

KEMBARA BISNES

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada hari Sabtu lepas, Zumal bersama rakan Zumal, Abg Li telah bermotosikal ke Sungai Petani. Kebiasaannya perjalanan ke sana dari Perlis memakan masa hanya 2 jam tapi kami memilih jalan-jalan kampung. Orang kata jauh perjalanan luas pandangan. Nyaman je lalu laluan luar bandar nie.


Dari Perlis hanya melalui jalan biasa ke Alor Setar melalui Simpang Empat, Sanglang, Kerpan, Air Itam. Kemudian di Jerlun kami masuk ke jalan kampung untuk ke Kuala Kedah. Jalan luas, hanya kami berdua lalu. Ada highway belum siap dari Kuala Kedah ke Kuala Perlis.




Sebelum naik jambatan di Kuala Kedah tu kami mengambil gambar dulu. Jambatan nie namanya Jambatan Tok Pasai yang melintasi muara Sungai Kedah. 

Singgah sebentar di Petronas Yan untuk mengisi petrol.


Kami singgah sebentar kawasan yang bernama Singkir Laut. Kalau tak silap la. Dari atas bukit nie nampak laut dan pulau. Sayang tempat nie tak dimanfaatkan sebagai tumpuan pelancong. Menarik pemandangan kat situ. 

Dalam tempoh 3 jam kami pun tiba di Sungai Petani Inn merupakan destinasi akhir kami untuk menyertai satu seminar perniagaan. Alhamdulillah sampai juga. Nantikan perkongsian perjalanan pulang Zumal yang ada beberapa persinggahan lain. Terima kasih sudi membaca.



WHY MLM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri yang lepas nampaknya panas juga kan? Say no to MLM. Dari komen yang anda bagi Zumal confirm anda tak baca pun. Hahaha. Baca tajuk je kan? Baik mengaku cepat! 

Ok kali ni Zumal beri tajuk why mlm? Kupasan ini berdasarkan kajian Zumal dan pendapat peribadi Zumal je. Jangan kecam saya k. 

Kenapa MLM? Why ? Why? 


Faktor pertama ialah, MLM umpama highway untuk cepat sampai ke destinasi. Pilih la yang kukuh dan bina kumpulan anda dan Zumal yakin anda cepat capai cita-cita anda daripada makan gaji. Kenapa? Gaji dengan overtime hanya jumlah tertentu saja tapi ada MLM yang tanpa had pendapatan. Jadi itu peluang untuk anda capai apa yang diimpikan.

Faktor kedua, murah. MLM yang pada konsep sebenar adalah bermodal mampu bayar dan mudah. Kalau sampai kena pinjam sana sini tu lari dari konsep MLM sebenarnya. Dari modal kecil anda mampu capai kebebasan kewangan yang sebenar. Carilah MLM yang mudah, murah dan terjamin pasti kejayaan dalam gengaman. Tapi kena usaha. Kalau tanpa usaha dapat duit itu adalah money game. Memang dapat tapi percayalah ia hanya sementara. Kenapa? Kerana sistem seperti itu tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Free enterprise. Konsep ini tak ada dalam semua MLM tapi jika anda pilih MLM begini ianya sangat mudah. Anda tiada sebarang komitmen bulanan dan anda buat ikut kemampuan anda. Kalau anda luar biasa ianya beri anda income luar biasa. Anda juga tak perlu banding siapa buat dulu kerana konsep ini memberi peluang kepada siapa yang buat betul-betul bukannya siapa mula dulu. Mulakan langkah anda!!!

Ok la cukup dulu setakat itu. Untuk tips memilih MLM anda boleh baca di entri SEBELUM INI.

19 Feb 2016

SAY NO TO MLM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. MLM ? Apa tu? MLM adalah singkatan kepada multi level marketing. Entri kali ini sekadar berkongsi buat anda supaya tak terkena seperti Zumal. MLM sebenarnya satu peluang untuk kaya cepat. Ataupun kaya dengan mudah. Di Malaysia, MLM adalah sistem yang telah terbukti melahirkan jutawan. From zero to hero tau. Zumal tak anti MLM yer. Tapi anda kena hati-hati dalam memilih MLM nie. Anda seharusnya kenali syarikat tersebut, yakini dengannya. Jom baca sampai habis, tips memilih MLM terbaik.

TIPS MEMILIH MLM TERBAIK


1. Syarikat kukuh, lama dalam pasaran dunia. Tak rugi jika anda join kerana wang dan usaha anda tak terkubur begitu sahaja.

2. Tiada paksaan. Pilih la syarikat yang membenarkan anda memilih. Pilih syarikat yang tidak memaksa anda membeli produk mereka setiap bulan dalam kuantiti tertentu. Anda juga dinasihat tidak menyertai syarikat yang ada pakej tertentu kerana hanya pakej besar sahaja yang boleh kaut semua untung jadi kalau modal kita sikit kita hanya membantu mereka yang pakej besar saja.

3. Tiada sistem stokis. Stokis sebenarnya membuktikan syarikat memerlukan dana besar dari pelanggan untuk bayar bonus kepada anda. Ini menunjukkan ianya tidak kukuh. Ianya tidak adil kepada anda yang tiada modal untuk jadi stokis.

4. Piramid. Sistem MLM ada yang bukan piramid. Carilah. Piramid nie cuma menguntungkan anda yang terawal saja. 

5. Jaminan wang dikembalikan. Jaminan nie bagus kerana kalau kita rasa tak sesuai dengan bisnes itu kita dapat semula wang. Selain itu kita perlu cari syarikat yang menjamin produknya juga boleh dipulangkan jika tak berkualiti. Maksud lain syarikat ini berani dan yakin dengan produknya.

6. Free enterprise. Semuanya bebas atas pilihan kita. Itulah yang terbaik. Tiada pakej, tiada maintenance dan tiada had pendapatan.

7. Boleh diwarisi. Ini jaminan buat ahli keluarga kita.

8. Pendapatan tanpa had. Tahukah anda multilevel itu bermakna anda tiada had untuk dapat bonus. Jadi jika syarikat itu ada had bonus harian, had bonus bulanan ianya membuktikan syarikat tidak sepenuhnya MLM. Bonus yang lebih ke mana? Syarikat makan, tapi atas usaha anda. Lagi satu jika ada had sehingga level tertentu saja anda dapat bonus anda tak perlulah join kerana ia hanya untungkan syarikat. Lagi banyak level lagi ramai ahli, ianya usaha anda jadi anda yang patut terima pendapatan itu.

9. Lesen. Perihal ini anda boleh tanya terus di KPDNKK. Lesen syarikat itu benar atau scam. Anda juga boleh tahu syarikat apa paling kukuh. Jangan risau mereka akan memberikan maklumat itu. Carilah syarikat yang berdaftar dengan nama yang diiklankan kepada anda. Sebab ada syarikat tumpang lesen orang. Carilah syarikat MLM yang mempunyai tamat tempoh lesen yang panjang. Syarikat yang ok saja dibenarkan mempunyai tempoh sah laku lesen yang lama. 5 ke 10 tahun. Jaminan buat anda.

10. Ada duta, pengasas orang ternama. Ini sebenarnya wayang untuk meyakinkan anda. Kalau syarikat tersebut ok kenapa perlu lantik orang tertentu sebagai duta? Biarlah anda yakin dengan produknya dengan sendiri.

Zumal boleh kongsi sikit jer. Kalau bebanyak silap hari bulan ada yang panas. Zumal share sebab Zumal pernah terkena ribu-ribu dah. Ada syarikat yang hanya modal bawah RM100 tapi anda boleh jadi jutawan. Anda kenalah bijak menilai. Zaman gawat dan gst nie semua nak cari duit lebih tapi janganlah menganiayai orang. Kalau nak tips lebih boleh je contact Zumal. Zumal tak lokek ilmu, biar semua selamat. Terima kasih kerana sudi membaca. Semua di atas adalah pengalaman peribadi.

15 Feb 2016

PENGALAMAN MENAIKI KTM KOMUTER SEKTOR UTARA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri kali ini sebenarnya agak basi kerana dah lama berlalu. Pada 31 Januari 2016 lalu telah mencuba perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara. Untuk pengetahuan anda, tiket komuter tak boleh beli awal. Anda kena beli tiket pada tarikh anda ingin menggunakannya. Kaunter tiket di Stesen KTM Arau dibuka dari jam 5.30 pagi manakala perjalanan KTM dari Arau pula seawal 6.05 pagi. Semak jadual terbaru Komuter Sektor Utara DI SINI.





Pada pagi tu Zumal keluar rumah dalam jam 5.45 pagi selepas siapkan sarapan untuk tok dan makanan anak-anak meow. Dengan jarak 10km dan 6 traffic light yang perlu ditempuhi, Zumal memecut ke Stesen KTM Arau. Alhamdulillah sampai jam 5.51 pagi. Dapat tiket jam 5.53. Selamat komuter pun belum sampai dari Stesen Padang Besar. Ingatan Zumal, anda ambil la wuduk sebelum naik train nanti boleh solat subuh dalam train. Train masa tu sampai tepat pada masa. Orang pun tak ramai mungkin kerana hujung minggu.



Perjalanan cukup sempurna, Zumal sampai ke Stesen Butterworth pada jam 7.36 pagi. Cepat dan selesa. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan komuter boleh semak jadual perjalanan DI SINI.

14 Feb 2016

PROJECT 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah semalam 13 Februari 2016 program pertama untuk projek 2016 berjalan dengan lancar dan berjaya. Zumal bukan la penganjur tapi urusetia je. Matlamat kami untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin bebaskan diri daripada masalah kewangan.
Barisan Leader Perlis
Majlis kali ini menampilkan leader terhebat di Kedah dan Perlis, Sapphire Mohd Hatta dan Puan Norizah sebagai penceramah jemputan. Perkongsian oleh Sapphire Mohd Hatta telah membuka mata para tetamu yang hadir.
Sesi perkongsian oleh Sapphire Mohd Hatta

Penyampaian cabutan bertuah
Selesai majlis, ada sesi cabutan bertuah, memang rugi kepada sesiapa yang tak hadir semalam. Kiranya semua tak pulang dengan tangan kosong, di samping dapat ilmu dapat juga hadiah.

Dari kiri En Rozuli dan Sapphire Mohd Hatta
Zumal sempat gak selfie sebelum majlis, lainnya gambar
orang la sebab tugas ambil gambar. Hehe...
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami adakan majlis ini di Sanctuary Garden, Arau Perlis. Pihak pengurusan hotel ini memberikan kami perkhidmatan yang cukup baik dan selesa. Lokasi hotel ini bertentangan dengan Balai Bomba Arau. Apa yang menarik di lobi hotel ini ianya dihiasi gambar2 P.Ramlee dan Saloma bersama dengan pemilik hotel ini. Ianya juga mempunyai cafe berkonsep santai, sudut bacaan dan sudut aktiviti. Terima kasih kepada yang menjayakan majlis.

Untuk info mengenai Sanctuary Garden sila layari facebook https://m.facebook.com/sancgarden/

12 Feb 2016

SAHABAT SEJATI

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti buat semua. Semalam Zumal ke majlis perkahwinan adik sahabat Zumal. Selamat pengantin baru Jan atau Azrizal. Tahniah yer Jan.


Sahabat Zumal namanya Hafidz, kami nie kenal sejak tabika lagi. Tabika sama, sekolah rendah sama, sekolah menengah pun sama. Inilah sahabat sejati kan? Paling penting dalam ramai-ramai rakan tu Hafidz la yang paling rapat. Antara kami tak pernah pun perli-perli tau. Jumpa mesti tersenyum ja. Cuma Zumal rasa terkilan sebab tak dapat hadir pada majlis perkahwinan dia dulu sebab Zumal kerja di luar Perlis masa tu. 

Apa pun sejak balik Perlis boleh la jumpa selalu sahabat Zumal nie walaupun Hafidz kerja di Sik. Hafidz setiap minggu balik Perlis. Hafidz, moga persahabatan kita kekal selamanya yer. 

BILIK SEWA MURAH DI KANGAR

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sekarang semester baru bakal bermula di IPTS dan IPTA di seluruh Malaysia. Kekadang penginapan menjadi masalah kerana ada IPT yang tidak sediakan penginapan di dalam kampus untuk pelajar semester kedua dan seterusnya. Justeru itu kali ini Zumal nak iklankan bilik sewa bagi mereka yang berminat.

BILIK SEWA MURAH DI KANGAR 

Lokasi bilik sewa ini berdekatan dengan pusat bandar Kangar iaitu Taman Norma. Juga dikenali sebagai Taman Harmoni. Kemudahan yang disediakan untuk penyewa ialah katil bersaiz queen bersama tilam, extra 1 tilam bujang jika diperlukan, bilik dilengkapi kipas dan lampu boleh laras.

Selain itu penyewa juga boleh berkongsi toilet, dapur, mesin basuh, peti sejuk, oven, seterika dan kelengkapan lain. Kemudahan tempat parking juga disediakan.

Kadar sewa ditetapkan hanya RM200 termasuk urusan bil-bil. Tiada deposit diperlukan. Penyewa bilik ini juga boleh menyewa berkongsi berdua atau bertiga kerana keluasan bilik lebih kurang 120 kaki persegi.

Tawaran sewa bilik ini adalah untuk bulan Mac 2016. Kepada yang berminat boleh hadir ke lokasi untuk melihat. Hubungi nombor berikut 0125747869, WhatsApp pun boleh. Penyewa yang disasarkan ialah pelajar atau sesiapa yang hendak menginap bukan bekeluarga. Diutamakan kepada lelaki Muslim saja. Pakej penginapan harian juga disediakan serendah RM50 semalam. Semoga perkongsian ini membantu anda.

9 Feb 2016

CUKUP SUDAH

Cintaku Ditolak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kekadang rasa tawar hati. Rasa serik. Rasa tak sanggup lagi. Beberapa kali keputusannya asyik sama. Tak sanggup menahan luka di hati. Kekadang harapan yang terlalu tinggi Zumal berikan tapi keputusan menghampakan.

Teringat entri Kang Ajay dari Indonesia tentang cintanya yang ditolak. Kang Ajay jangan harus bersedih ya. Nasib kita sama sahaja. Bukan kerana cinta pada gadis yang sama. Tapi kerana Google Adsense tidak menerima permohonan kami. Tak sanggup ku lafazkannya lagi.

Hmm, ada rasa menyampah ye? Hehe... Selamat malam semua.

6 Feb 2016

3 SEBAB KUCING MASUK RUMAH KITA

Re Re

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Perkongsian ini adalah digubah dari blog superkiram.blogspot.my. Pasti ramai yang tak tahu kenapa kucing masuk ke rumah kita. Sebenarnya ia bukan sengaja masuk ke rumah kita tapi ada sebabnya.

Bagi mereka yang suka kucing macam Zumal pasti tidak kisah ada kucing yang keluar masuk rumah tapi kalau kucing tu masuk ke rumah mereka yang tidak menyukai kucing pastinya kucing itu akan ditendang dan diusir. 

Ketahui 3 sebab kenapa kucing masuk ke rumah kita.


1. Sebenarnya Allah ingin memberitahu makanan kita itu bukan semua hak kita, tetapi sebahagiannya adalah rezeki kucing itu juga.

2. Allah sedang beritahu seandainya kita memberikan makanan kepada kucing itu, akan ada rezeki lain yang lebih baik untuk kita yang bakal Allah berikan. Kerana 1 kebaikan itu akan dibalas Allah dengan 10 kebaikan.

3. Allah sedang memberi tahu kita andai kita tidak memberikan makanan kepada kucing itu sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah ingin berikan kepada kita.

Oleh itu janganlah kita berkira dengan rezeki yang kita miliki itu. Memberi kucing makan juga sedekah. 

PERASMIAN PEMBUKAAN GIANT KANGAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam 5 Februari 2016 Giant Kangar telah dibuka secara rasmi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. 

Gimik Pelancaran


Ucapan Perasmian MB Perlis

Pintu masuk Giant Kangar

Troli mesra kanak-kanak 

GIANT KANGAR 


Giant merupakan Hypermarket kedua dan pertama yang terbesar di Perlis. Rasanya kehadiran Giant ini dinantikan oleh masyarakat Perlis untuk menaikkan lagi perbandaran di Perlis.

Awalnya pembukaan hypermarket dihalang kerana masyarakat peniaga Perlis risau ianya menggugat perniagaan kecil. Tapi kehadiran Giant ini nampaknya turut membuka kawasan baru untuk berkembang maju selain turut membuka peluang anak negeri mencari rezeki dengan pekerjaan yang ditawarkan dan membuka peluang mereka yang ingin berniaga.

Persekitaran Giant telah ada kawasan perniagaan yang dahulunya suram dan pasti selepas ini akan kembali naik. Di samping itu projek perumahan dan rumah kedai juga semakin banyak dibangunkan di persekitaran Giant dan ada yang telah siap dan beroperasi.

Apa pun diharapkan kehadiran Giant ini dipandang dari aspek positif dan para peniaga di Perlis perlu mencari strategi untuk bersaing.

3 Feb 2016

SERLAHKAN POTENSI PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda pemilik perniagaan ? Ingin mempromosikan perniagaan anda di blog-blog terkemuka dan laman-laman sosial? Kami ada cara untuk membantu anda. Hubungi Komuniti Blogger Utara segera DI SINI atau boleh hubungi Zumal sendiri di 0125747869 atau email ke zumal84@gmail.com.

Berikut adalah antara contoh promosi yang telah kami jalankan sejak tahun 2015 hingga 2016.

1. Review Jumpstreet Penang 

2. Review Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

3. Review Rockstarz Burger

4. Review Capati Kola

5. Review Lan Homestay

6. Review PG Gold Museum

7. Review Teater P. Ramlee The Musical

8. Review Penang Hop On Hop Off

9. Review Buffet Ramadhan Vistana Hotel Penang

10. Review Wonderfood Museum Penang

Berikut adalah link rakan-rakan Komuniti Blogger Utara...

ARZMOHA | PHA IS | SYM | YANTY | ZYA | LYANA | YUN SING | CIK EN | FARAH | SITI SHARINI | ZARINA | ZARUL FARHANA | HUSNA | MIA | YUI | TASHA | TIMM

WONDERFOOD MUSEUM PENANG

WONDERFOOD MUSEUM PENANG 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah seperti dijanjikan sebelum ni Zumal akan kongsikan review Wonderfood Museum Penang.

Tanggal 31 Januari 2016 lalu, Komuniti Blogger Utara telah dijemput ke Wonderfood Museum Penang. Antara ahli Komuniti Blogger Utara yang berkesempatan hadir bersama ialah Arz, Pha Is, Cik En (Eintan), Lyana (Lady Yana), Zya (Miss Zyaroses), Yun Sing dan Zumal sendiri. Ada yang hadir bersama keluarga dan sahabat handai.


Ais Kacang menjadi tarikan di pintu masuk
Wonderfood Museum Penang seperti taglinenya The World's First Food Wonderland ini menghidangkan pelbagai menu citarasa rakyat Malaysia terutama masyarakat di Pulau Pinang. Jom kita mengembara ke Wonderfood Museum Penang bersama Komuniti Blogger Utara.

Bila masuk ke dalam muzium ni kita akan jumpa kaunter tiket, di ruang legar muzium anda dihidangkan menu telur mata yang besar serta pelbagai menu makanan citarasa Malaysia di dinding.

Lepas bayar tiket je, anda akan dibawa masuk ke muzium diiringi krew muzium untuk memberi penerangan tentang bahan pameran. Menu pertama bila jejak masuk ke muzium adalah teh tarik dan mee goreng.

Macam mana aksi kami buat teh tarik?

Tak macam goreng mee pun...
Dalam penerokaan pertama kami diberi peluang untuk menunjukkan aksi membuat teh tarik dengan goreng mee. Semua tu palsu jer. Bahan disediakan untuk anda bergambar. Kalau anda ke kedai mamak pun rasanya dia tak bagi anda buat teh tarik kat situ jadi nak pamer skill kenalah datang ke Wonderfood Museum nie.

Dalam ruang yang sama anda dihidangkan dengan pelbagai menu menarik yang bukan sahaja gambar tapi benda yang seakan realistik yang sangat kreatif dan mengagumkan tau.
Menu kuih muih, nasi kandar, menu India, Melayu dan Cina
Suasana perayaan masyarakat India dan Cina

Di bahagian ini anda dihidangkan pelbagai menu masakan dari masyarakat utama Malaysia seperti Melayu, Cina dan India disamping menu street food yang pelbagai. Di bahagian ini menu dalam saiz sebenar je. Ada lebih besar menanti.

Bahagian ini ada beberapa set meja makan
yang disediakan untuk bergambar.
Kalau anda fokus pada hidangan ianya
diberikan warna yang berbeza dengan makanan asal.
Kredit : Zya

Menu Laksa Penang Gergasi

Zumal selfie depan Ais Kacang
Di bahagian ini anda akan dipamerkan dengan lebih banyak menu yang semuanya bersaiz gergasi. Di bahagian ini anda akan lebih tahu tentang menu-menu yang dipamerkan secara terperinci seperti asal usulnya, namanya, bahan-bahannya dan paling penting rupa sebenar menu itu walaupun saiznya besar tapi teksturnya macam yang sebenar. Bagi Zumal ia sangat menakjubkan. Kreatif dan hebat!!!

Arz dan Pha Is bergaya seperti berurusniaga



Sekarang kita beralih pula ke bahagian atas Wonderfood Museum ini. Sampai je di tingkat atas anda akan nampak ada roti canai terhidang di atas tikar. Nak makan? Opps, tak boleh makan, bergambar je. 100 % macam yang sebenar tapi saiz sahaja besar. Di bahagian ini ada juga replika gerai yang mempamerkan buah-buahan, ikan, sayur, bijirin, roti dan sebagainya yang sama seperti yang asli. Betapa seninya mereka yang menghasilkan replika ini.
Di bahagian lain pula anda dipersembahkan dengan sejarah perniagaan makanan suatu masa dahulu. Ianya sekitar sebelum kemerdekaan dan di awal kemerdekaan.  Ianya dipamerkan dalam bentuk boneka mini tetapi kalau anda fokus betul-betul pada barangan kecil tu ianya seperti yang real. Betapa telitinya mereka menghasilkan bahan pameran dalam muzium ini. Inilah hasil seni yang pertama kali Zumal lihat dihasilkan begitu kreatif dan teliti.
Zumal mengambil kesempatan untuk menikmati kuih ketayap, lompang dan buah melaka. Walaupun saiznya besar tapi rupa bentuk kuih nie tak nampak macam plastik tau.
Cik En dan Lyana menikmati satay gergasi
Di bahagian lain pula anda boleh menikmati hidangan satay. Kalau besar ni berapalah harga dijual yer. Makan secucuk boleh kenyang 2 ke 3 hari rasanya.
Cik En dan Cik Puteri sedang menikmati durian
Gambar dibawah adalah bahagian pameran yang sangat eksklusif. Bahagian ini terletak di dalam bilik kebal. Kenapa? Sebabnya menu ini dihasilkan disaluti emas sebenar. Menu ini adalah hidangan bagi orang-orang kaya yang mementingkan kecantikan. Emas bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan tapi boleh dimakan untuk memberikan awet muda kepada si pemakannya. Emas juga dikatakan mengandungi kolagen yang baik untuk kulit.
Menu disaluti emas

Harga burger emas dalam usd

Bahagian berikut pula anda dihidangkan dengan menu diselaputi coklat seperti donut, aiskrim dan gula-gula. Kalau anda menghidu betul-betul gula-gula yang terlekat pada dinding ianya pasti mengingatkan anda kepada gula-gula mentos di kedai. Sama baunya. Rasa macam nak makan je.

Cik En, Cik Puteri dan rakan-rakan Cik En

Di bahagian ini pula , anda akan diterangkan tentang kandungan gula dalam setiap menu harian kita. Kebiasaannya kita dah tahu tapi adakah anda tahu had pengambilan gula bagi kita setiap hari mengikut jantina dan umur. Di sini anda akan didedahkan mengenainya. Oleh sebab itu anda wajib datang sendiri ke Wonderfood Museum Penang.


Sebelum mengakhiri penerokaan anda di Wonderfood Museum Penang, anda juga boleh membeli cenderahati menarik di Wonderfood Museum seperti fridge magnet, hair clip, kusyen buah-buahan, serta pelbagai cenderahati yang begitu menarik untuk dijadukan hiasan rumah anda.


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Wonderfood Museum Penang mempersembahkan menu Yee Sang dan lokam buat anda. Jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman di Wonderfood Museum Penang. Untuk membaca pengalaman rakan-rakan Komuniti Blogger Utara yang lain boleh klik pada nama mereka Cik En | Lyana | Zya | Arzmoha | Pha Is | Yun Sing.




Wonderfood Museum 
49, Lebuh Pantai, Georgetown 
10200 Pulau Pinang.
(Sebelah CIMB)

Contact Number 
+604-251 9095
+6012-225 1968
+6012-299 1968

Masa Operasi
9.00 pagi -  6.00 petang
(Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah)


Harga Tiket
Dewasa RM 25 dengan Mykad RM 15
Kanak-kanak RM 15 dengan Mykid RM 10
3-12 tahun
Warga Emas RM 10
Pelajar (Mykad & Kad Pelajar) RM 10
Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

#Terima kasih kepada perkongsian gambar oleh Cik En | Arz | Pha Is | Lyana | Zya | Yun Sing