Booking.com

25 Dec 2016

BYE BYE 2016


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dalam tak sedar 2016 dah pun sampai ke penghujungnya. Hari ini ada sikit kelapangan sebelum tetamu dari Perak sampai, zumal nak menyahut seruan Pha Is dan geng Blogger Utara yang suruh buat entri ni, ok dalam entri kali ini korang berpeluang bertanyakan zumal sorang satu soalan tau.  Tanya je apa2 pun, balik dari rombongan cik kiah ke Selangor dan Perak  dr esok hingga 30 Disember ni zumal akan jawab yer. Percayalah.  πŸ˜πŸ˜πŸ˜

17 Dec 2016

CANTIK MULUS DENGAN FIRMMY CREAM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua.  Bertemu lagi kita dalam coretan blog hari ni. Coretan hari ni berkaitan produk Firmmy Cream keluaran Waylife.  



Dengan Firmmy Cream kulit kita akan bertambah gebu, cantik dan tegang. Zumal yang dulunya kulit sangat berminyak kini telah menjadi lebih baik. 

Cara penggunaannya berbeza dari produk lain. Firmmy Cream hanya perlu dipakai pada nadi kita seperti di pergelangan tangan dan leher. Firmmy Cream dipakai 2 Kali sehari iaitu pagi dan malam. 

Firmmy Cream ini juga boleh digunakan oleh lelaki dan wanita untuk semua peringkat umur. Harga pasaran Firmmy Cream adalah RM75.00. Ejen jualan juga diperlukan. Whatsapp 01140793530 untuk maklumat lanjut. 


15 Dec 2016

KENANGAN MENGUSIK JIWA



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengah hari ni geng blogger utara duk sembang pasal zaman muda. Sebab apa ntah. Maybe sebab hangpa dapat adik baru join yer. Tetiba zumal pun teringat nak share pengalaman zumal masa baru masuk sekolah rendah dulu.  Tapi hangpa tau, 2,3 hari ni topik zumal kat pejabat pasal pakaian sekolah. Tau dak zumal ni pi sekolah dulu pakai seluar pendek. Kebiasan kita ni yang lahir dalam tahun 80an dan seterusnya dah tak jumpa bebudak sekolah kebangsaan pakai Camtu lain lha kalau sekolah jenis kebangsaan kan. Tadika pun tokwan sediakan pakaian macam tu. Sebabnya tokwan ingat sama macam zaman dia mengajar dulu. Cikgu zaman kolonial lha katakan. Pakaian zumal macam adek kat atas tu lha. Darjah 3 baru zumal pakai seluar panjang sebab ustaz tegur. Darjah 1 dan 2 tu cikgu zumal tak tegur maybe kebanyakan depa tu anak murid arwah tokwan yang kenal tokwan zumal tu bukan boleh ditegur. He he. Selamat bercuti sekolah adek2 sekalian. 

12 Dec 2016

MASIH BERNAFAS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita. Dah lama zumal membawa diri ini. Tapi keadaan zumal still same as before. Zumal pun tak faham apa yang berlaku. Kenapa terjadi semua ini kat zumal? 

Jawapan hanya ada pada diri sendiri tapi itu lha bila dapat kerja ingat dapat sara keluarga tapi bila kerja keluarga terabai. Sekarang sesal bila kehilangan Tok kerana zumal terbatas masa dengan arwah. Tak cukup duit buat kerja part time lak. Bila ada part time teringat bila boleh cuti pulak.  Setiap hari hidup zumal dipenuhi kerja. Balik rumah kadang2 just basuh baju dan kadang2 untuk tidur.  Selalu tidur ofis k. 

Kenapa? Macam mana? Penat dah ni. Blog pum terabai ja. Moga kawan2 tak tinggalkan zumal. Zumal masih mencari... 

23 Oct 2016

PENGINAPAN DI PADANG BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum nie Zumal telah buat review tentang Padang Besar DI SINI. Disebabkan ada pertanyaan oleh rakan-rakan baru Zumal sedar yang entri tersebut masih belum lengkap. Disebabkan hujung minggu nie sekolah akan cuti panjang jadi Zumal buat entri khas untuk rujukan korang ke Padang Besar yer.

PENGINAPAN DI PADANG BESAR


Teratai Putih Resort



Teratai Putih Resort terletak di No. 2, Lorong Teratai, Kampung Kolam, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-949 3549

Lokasi resort ini berdekatan dengan Stesen Keretapi Padang Besar. Zumal terlupa masukkan resort ini dalam entri sebelum ini sedangkan Zumal sendiri pernah makan di sini. Menu Siakap 3 rasa dan tomyamnya sangat sedap. Lagi pun makan free memang sedap sebab Pak Long yang belanja masa beliau baru jadi Pengarah Biro Tatanegara Perlis.

Tasoh Lake Resort and Retreat


Tasoh Lake Resort and Retreat ini berada di KM 17 Jalan Kaki Bukit beralamat di Lot 3082, Kampung Bukit Manik, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-938 7186.

Terinai Lakeview Resort


Terinai Lakeview Resort ini berkonsep RnR di tepi jalan menghala ke Padang Besar iaitu di KM17, Jalan Kaki Bukit, 02100 Beseri, Perlis. View di sini amat menarik untuk beristirehat bersama keluarga. Cafenya juga terkenal di Perlis.

Tok Mek Restaurant and Motel


Tok Mek Restaurant and Motel ini berada di hadapan Terinai Lakeview Resort sahaja. Restaurant Tok Mek pernah direview oleh rancangan JJCM semasa Maria Tunku Sabri menjadi hosnya. Nombor untuk dihubungi 019-477 5999.

Homestay


Terdapat juga homestay berdekatan dengan arked niaga Padang Besar iaitu homestay milik Puan Norazam. Homestay ini berada di hadapan Balai Polis Padang Besar. Hubungi 012-420 3613 untuk tempahan.

Motel Arked Niaga Padang Besar





Info terkini yang Zumal dapat pada 21 Oktober 2016, ada sebuah motel baru bersebelahan Arked Niaga Padang Besar. Lagi senang untuk anda shopping di Padang Besar. Anda turun bawah motel pun ada kedai-kedai pelbagai barang seperti cenderahati perkahwinan, pakaian, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi. Anda hubungi 019-569 3228 untuk tempahan. Pemilik motel juga ada sediakan homestay...

BAJET 2017

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumaat lalu PM kita telah membentangkan Bajet 2017. Macam mana ada yang menarik untuk anda? Mai tengok kat info grafik bajet 2017 di bawah...



8 Oct 2016

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengah bosan berniaga tadi Zumal usahakan terjah blog. Data tak stabil sekarang ni. Nanti dah ok baru Zumal blogwalking na. Tadi terkejut tengok pageview blog Dunia Zumal dah cecah 500 000. Alhamdulillah. Tenkiu untuk semua yang support blog Zumal ni. Walaupun tak sebanyak blogger otai yang juta² tu jadilah macam ni pun. Hehe... 

4 Oct 2016

KERANA HATI

Mengapa
Mengapa terlalu mudah
Untuk aku menaruh rasa kasih
Memendam rasa sayang
Terhadap insan
Yang belum ku kenali sepenuhnya
Yang belum ku tahu isi hatinya
Yang belum pasti dia mencintaiku

Mengapa
Bila ku sedar
Dia semakin menjauh
Aku jadi gusar
Perasaan aku menjadi tidak ketentuan

Mengapa
Terlalu mudah lahir rasa cinta
Tapi terlalu sukar
Untuk aku melupakan dia
Dan aku rasa
Tak mungkin aku melupakannya
Kerana hati
Kerana hati ini untuk mu jua...

Nukilan: Dunia Zumal

2 Oct 2016

USIA BERHARGA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Usia berharga. Itulah kupasan Zumal pada siaran kali ini. Tapi korang rasa usia mana yang berharga? Usia muda la paling berharga dan masa ini kita boleh buat apa saja kerana masih bertenaga, kuat dan sihat kan. Jadi kita kena ada perancangan dalam hidup agar masa yang Allah berikan tidak dibazirkan sia-sia. 

Tapi kan, usia emas pun berharga. Nama pun emas. Mahal pula. Kenapa ia berharga? Kerana masa ini kita dah arif dalam selok belok kehidupan, kita juga tahu baik buruk sesuatu. Jadi kita boleh peruntukan masa yang ada untuk melakukan apa yang ditinggalkan sebelum ini atau pun memperbaiki kesilapan lampau. 

Zumal bukanlah nak bersyarah kat sini. Sekadar berkongsi pendapat. Zumal kan bertugas di Pusat Aktiviti Warga Emas. Jadi Zumal nak pastikan event yang Zumal aturkan buat mereka adalah yang bermanfaat dan semahal emas tu. Insha Allah. 

Hari ni patutnya cuti tapi Zumal bersama ajk anjurkan program untuk masyarakat di Kampung Masjid, Padang Pauh Perlis. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Syukurlah. Sekarang ni bila buat kerja bukan fikir bab gaji. Sebab gaji Zumal tetap je camtu, tak ada ot atau bonus kalau rajin lebih pun. Tapi dek kerana hati dan jiwa raga ni dah sepenuhnya mencintai kerja, Zumal buat je asalkan ayahanda dan bonda Zumal kat Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis ni gembira dan ceria selalu.

1 Oct 2016

Lirik Bukan Dia - Syuhada

Lirik Lagu Bukan Dia – Syuhada


Dah tak perlu lagi
Kenal dirimu ku tak mahu lagi
Janganlah kembali
Serabut perasaan ganggu emosi
cermin dirimu

Cintaku bukan permainan hati 
sudah ku tahu
Cintamu palsu permainan hati

Kasih, entah berapa lama 
lagi
Perlu kau ulangi kesilapan ini 
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu

Ku sudah mengerti siapa kamu
Ku tak mahu lagi
Janganlah kembali tanpa dirimu
Lain juga menanti

Cermin dirimu
Cintaku bukan permainan hati 
sudah ku tahu
Cintamu palsu permainan hati

Kasih, entah berapa lama
lagi
Perlu kau ulangi kesilapan ini
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia 
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu

Nampak dari jauh perangai macam jaguh
Sepandai tupai melompat akhirnya nanti jatuh
Harapan kau rapuh
Hilang arah tuju semua setuju
Pandangan tak jelas mata sendiri kabur
harapan kita hancur

Mana mahu pergi
Entah
Tanya diri sendiri kenapa macam ni
Nak sampai bila camni
Sampai bila macam ni

Kasih, entah berapa lama lagi
Perlu kau ulangi kesilapan ini 
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu

Cukup sudah engkau sakiti
Janganlah engkau ulangi
Cukup sudah engkau sakiti
Hey
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu
Bukan dia dia dia 
Bukan dia dia dia
Kerana semua salahmu sebab itu aku tak mahu

Video Klip Lagu Bukan Dia – Syuhada

29 Sep 2016

23 SEPTEMBER

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semakin macam chipsmore Zumal seorang ni kan. Kejap ada kejap hilang. Kenapa tajuknya 23 September? Tarikh tu tarikh penting buat Zumal dan bff Zumal kat tempat kerja. Hari yang kelam kabut.

23 September tu sebenarnya birthday Fiza, rakan sekerja Zumal kat Pusat Aktiviti Warga Emas ni. Dulu la. Sekarang kerja tempat lain dah tapi kami tetap bff. Zumal nak surprise kat dia, order la hadiah jumaat minggu sebelumnya. Korang nak tau, barang tu tetiba sangkut. Janji selasa atau rabu dah sampai. Tetiba tak sampai. Kita lak jadi surprise. Rupanya Rabu baru orang jual tu post. Geram lak. Pagi Jumaat tu tunggu pintu poslaju buka. Bila tanya pasal barang dorang kata belum rekod. Jadi kena balik dulu tunggu dorang contact. Tunggu lagi. Nasib tengah hari poslaju dah maklumkan boleh ambil barang. Lega kot. Tenkiu poslaju. Lepas solat Jumaat Zumal dan Nurul keluar pergi poslaju dan beli barang² persiapan birthday Fiza tu.

Lepas beli kek, kami bungkus hadiah bawah pokok ja di Kangar. Betapa pelik orang lalu lalang tengok kami buat kerja. Sampai orang jaga parking pun tak caj parking lak hari tu. Tenkiu abam parking. Kami cuak gak sebab dah nak petang. Contact cik Fiza pun tak dapat. Saja budak kecik tu. 

Siap Zumal beli belah dengan Nurul, kami balik la ofis. Tengok moto Fiza dah ada kat situ. Masa dia pergi toilet kami cepat² angkut barang. Hahaha kebetulan yang bagus. Tapi dia dah boleh agak la sebab kelakuan kami yang pelik tu. 

Apa pun selamat hari jadi yang ke 21 yer Cik Faizatul Fiza... Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kurangkanlah sikit hobi menangis tu yer...








26 Sep 2016

PUSARA RINDU

Pusara Rindu

Dikala malam kunjung jelma
Mengalir deras air mata ini
Mengenang nasib
Mengenang pilu
Menjadi perindu

Sungguh
Sungguh tak ku sangka
Penantianku hanya sia-sia
Kau tetap pergi dengan dia

Aku
Kini aku hampir
Hampir terpusara
Bersama rindu padanya...

20 Sep 2016

ASTHMA BAGAIKAN LESAP DENGAN GC TEA


ASTHMA BAGAIKAN LESAP DENGAN GC TEA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Macam chipsmore je Zumal ni. Hari ni Zumal nak cerita sesuatu tau. Zumal rasa asthma yang Zumal hadapi beberapa bulan lalu bagaikan hilang begitu saja. Mesti korang nak tahu rahsianya kan... Mai cheq nak cerita...

Korang yang follow Zumal mesti tahu yang Zumal ni aktif kat facebook kan? Sakit sikit up status. Sakit banyak lagi banyak la Zumal merepek kat facebook tu. Manja betul kan? Ke meroyan pun tak tahu la.

Sakit yang Zumal alami ni dah lama tapi tak konsisten pergi periksa kat hospital. Zumal ni malas la kalau kena pergi hospital tu sebab lama sangat menunggu. Dan sebab tu juga sakitnya makin teruk. Macam mana sakitnya? Zumal rasa sesak nafas dan sakit dada setiap masa. Sampai satu ketika doktor suspek Zumal sakit jantung. Tapi Alhamdulillah jantung ok lepas diperiksa.

Berbalik pada status Zumal kat facebook tadi tu, Sis Lynn telah terbaca status Zumal tu dan mengesyorkan Zumal cuba GC Tea. Sis Lynn hantarkan pek percubaan GC Tea. Dalam pek ini ada 10 uncang teh. Harganya cuma RM30.00, setiap uncang boleh digunakan sehingga tiga kali. Tak perlu letak gula tau kerana GC Tea telah dimaniskan dengan stevia.

Zumal amalkan GC Tea dua kali sehari dan satu pek tu boleh guna sampai sebulan. Dalam seminggu penggunaan pun Zumal mudah tidur malam dan dah tak sesak dada. Alhamdulillah rasa selesa sangat. Lepas sebulan Zumal kena pergi ambil darah di hospital serta beberapa pemeriksaan. Tahu tak resultnya? Sebelum ni test nafas Zumal hanya 150 je tau tapi sekarang dah meningkat sehingga 350. Doktor cakap terlalu cepat perubahan Zumal. Dan paling penting Zumal tak lagi bergantung pada inhaler. Tahu rahsianya kenapa? Tentulah GC Tea!!!

Terima kasih GC Tea dan sis Lynn. Nak alami kesihatan yang baik korang juga boleh dapatkan GC Tea ini. Korang boleh hubungi sis Lynn di 012-669 4148

17 Sep 2016

5D INTERACTIVE WORLD PENANG

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari tu Zumal share pasal Teddyville Museum kat Penang kan? Bukan berakhir kat situ je, kami pergi review 3 museum tau tapi Zumal pergi 2 tempat je. Jadi destinasi terakhir Zumal ialah 5D Interactive World di Jalan Dato Keramat, Georgetown Penang. Zumal tengok pada luaran museum ni, eh macam kecik je. Bila masuk je, lebih sejam duk dalam tu.

5D INTERACTIVE WORLD 



5D Interactive World ni ada 5 zon yang menceritakan dan pengalaman yang berbeza untuk kita. Selepas kaunter bayaran masuk tu kita akan menjelajah ke zon pertama iaitu zon alam sekitar.

Jika kita dapat melihat segala pencemaran yang berlaku, mungkin kita akan menjaga alam sekitar kita.
Kemodenan yang manusia kejarkan sebenarnya telah merosakkan ekosistem alam dan memusnahkan kehidupan flora dan fauna. Kemungkinan semakin lama semakin hilang keindahan alam sekitar akibat ketaksuban manusia mengejar material.
Begitu juga kesan daripada penggunaan pukat di lautan yang memberi kesan kepada kehidupan marin seperti penyu, dugong, dan lain-lain yang semakin pupus.

Begitu juga dengan penggunaan ubatan dan kosmetik untuk kecantikan turut mendatangkan kesan kepada manusia sendiri secara langsung. Mahukah kita hidup dalam dunia begini? Sayangilah alam dan persekitaran kita agar dapat terus dinikmati bersama.

Jom kita teroka zon kedua iaitu zon animasi. Dekat sini anda boleh berimiginasi sebagai aktor seperti dalam filem yang menggunakan kesan khas. Anda juga boleh guna kreativiti anda untuk bergambar. Jom tengok koleksi gambar Zumal.


Kat zon animasi ni anda boleh bergaya macam-macam style. Selain bergambar dengan rakan-rakan Blogger Utara, Zumal bergambar dengan pelakon tambahan yang dibawa dari Perlis, Fiza dan Nurul. Terbaik lah korang. Anda pun jangan lepaskan peluang bergambar dan selfie kat sini yer. Anda boleh minta tolong krew dorang untuk tolong snap picture yer. Dorang sedia membantu anda.

Sekarang Zumal bawa anda semua ke zon magik pula... Dalam zon ni boleh la berangan macam Harry Potter pula. Jom tengok koleksi magik kami...

Anda tak teringin terapung macam Zumal tu? Nurul dengan Fiza pun dengan satu tongkat boleh bersila kat udara.
Silap kat kain tu terjuntai kalau tak nampak terapung Cik Fiza tu.

Eh Fiza nak tikam Nurul pulak. Kena rasuk ke apa. Kat sini anda boleh merasai macam duduk dalam piramid. Tapi bukan Sunway Piramid tu, ini piramid firaun lah. Sampai terangkat kaki Cik Nurul kena tikam ek...

Kita teroka zon arca pulak yer. Kat zon ni anda boleh gunakan arca-arca yang ada untuk membentuk rupa anda sendiri. Macam mana? Anda tengok gambar Nurul dan Zumal ni...

Tengok la tapak tangan Nurul dan muka Zumal tu
Nampaknya kita dah sampai ke zon akhir iaitu zon tanah liat. Di zon ni anda boleh buat macam-macam benda dan boleh suruh krew museum untuk bakar hasil anda tu untuk dijadikan bahan tembikar macam pasu, pinggan, teko yang ada kat rumah kita tu. Tengok lah apa yang Fiza buat tu... Sapa ambil gambar ye. Tak sedar lak ada gambar kat sini...

Berakhirlah pengembaraan di 5D Interactive World pada 31 Ogos 2016 yang lalu... Sebelum balik kami sempat bergambar dalam rumah firaun tadi. Hehe...

Gambar ni tak ramai sebab ada dah lari turun...

Sebelum balik ke Perlis kami sempat bergambar ramai-ramai depan 5D Interactive World 

Terima kasih tidak terhingga kepada krew 5D Interactive World yang sudi melayan kerenah kami semua dan terima kasih kepada geng Blogger Utara menjemput Zumal bersama dalam review kali ini.

Cuti masih ada lagi, jom lah kunjungi 5D Interactive World bersama keluarga.

Bayaran masuk untuk warganegara RM18 (dewasa), RM13 (kanak-kanak 5 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas). Percuma untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah.

Bagi pelancong asing RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak)

5D Interactive World dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika cuti sekolah atau cuti umum museum 5D akan dibuka seperti hari lain...

Alamat
5D INTERACTIVE WORLD 
29-F , Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown, Penang.
(Berdekatan Penang Times Square)
Tel: +604-218 9676

SAKA


Assalamualaikum  dan salam sehati sejiwa semua. Siapa yang ikuti facebook Zumal pasti tahu tentang status berkaitan saka yang Zumal share baru-baru ni. Maybe ada yang anggap Zumal gurau atau memain je tu. Kalau korang nak tahu benda tu betul-betul tengah dialami oleh keluarga Zumal terutama yang serius tu tok sebab tok tak berapa sihat dan tak kuat.

Zumal hanya tahu tentang saka ni dalam filem dan drama Melayu dan cerita dari arwah tok wan ja. Memang tak pernah berhadapan sebelum ni. Tak dinafikan arwah tok wan pernah cerita hal saka moyang kami. Dulu semasa moyang Zumal meninggalkan kampung untuk mengikut kumpulan bangsawan atau pulang ke Penang mesti tok wan dan maknya sering terlihat kelibat harimau putih. Tok wan kata harimau tu selalu ada di sekitar rumah tapi orang kampung lain tak pernah nampak. Kekadang memanjat di tingkap. 

Sekali dua family tok wan rasa takut tapi lama-kelamaan dah rasa biasa. Lagi pun harimau tu tak mengganggu mereka. Moyang Zumal tu tak menceritakan tentang saka tu kat family cuma mereka dapat tahu apabila moyang balik rumah dan tanya orang itu orang ini datang buat apa, kenapa tak ke sana ke sini. Harimau tu seolah-olah cctv moyang Zumal untuk tahu tentang keadaan family masa dia tiada di kampung.

Itu dulu. Sekarang ada masalah baru. Tok Zumal selalu nampak sesuatu. Sesuatu tu dia nampak macam saudara mara dia yang tinggal di Perak, KL dan Sabah. Mulanya Zumal dan saudara mara kat sini ingatkan tok cuma rindu mereka. Tapi sejak perubahan ketara tok jadi marah-marah dan nampak sesuatu yang lebih dari biasa. Kami mula berikhtiar berubat secara Islam. Setelah beberapa ustaz yang kami jumpa akhir Ustaz dari Perubatan Darussyifa mengatakan tok diganggu saka. Subhanallah. Terkejut juga Zumal.

Ustaz nasihatkan tok tak boleh dibiarkan seorang diri sebab dia sendiri tak sihat dan tidak kuat takut saka tersebut dapat menguasai dia. Zumal betul-betul risau. Setelah berminggu ini nampaknya perubahan tok lebih baik. Alhamdulillah la... Cuma Zumal sendiri berasa ketakutan bila dengar bunyi itu ini bila keadaan sunyi setelah tahu kisah-kisah ini. Doakan terbaik buat kami semua....

10 Sep 2016

KEMBALI KERANA MEREKA...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Mungkin ada yang senyum sampai ke telinga sebab cuti sampai hujung minggu depan yer? Zumal cuti kejap je. Rabu dah kembali kerja. Alhamdulillah kerja baru ni kurang tension walaupun masih dalam jabatan yang sama. Semua kerana mereka disekeliling Zumal saling memahami dan satu kepala. Syukur lah. Walaupun gaji tu tak macam orang lain tapi suasana kerja tu menenangkan hati cuma kekadang ada juga campur tangan jabatan buat Zumal sesak nafas juga. 

Macam tu juga dengan blog ni, dulu tak ada yang nak teman review sana sini tapi kerana dapat sahabat sehati sejiwa ni Zumal mula bersemangat kembali berblog walaupun depa tu bukan blogger. Tapi tak apa la, depa pun rajin support dan suka bergambar dan ambil gambar jadi tak perlu ada photographer la kan. Syukur sangat sahabatku...




7 Sep 2016

LIRIK LAGU KU RELA DIBENCI - AIMAN TINO

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak lagu Ku Rela Dibenci ni mula naik, Zumal layan sangat sampai keluar air mata ni. Dahsyat penangan lagu Aiman Tino ni. Tambah lagi kalau tengok video klipnya. Terasa macam diri ini macam Aiman Tino tu tambah pula time tengah terbatuk-batuk. Tapi sayang, aku tak rela kau membenciku, aku rela menunggumu walaupun hatimu berbelah bagi...

KU RELA DIBENCI

ku ketawa kau menangis
engkau tertawa aku menangis 
hanya dirimu oh sayangku

kesudahan tiada henti 
hanya yang tinggal igauan mimpimu 
ternanti-nanti

sering kali aku diuji 
air mata ku terus mengalir 
membasahi di dadaku 
hanya ratapan didalam hati

moga tercipta kesudahan yang di nanti
ku ingin ku dibenci olehmu 
agar kenangan manis terus terpadam 
selamanya

menghitung menunggu mati 
agar kau jumpa yang di nanti 
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi 
ku rela di jemput Ilahi 
kerna dia ku sanggup pergi

hanya di sana kekal dan abadi 
ku ingin ku dibenci olehmu 
agar kenangan manis terus terpadam selamanya

menghitung menunggu mati 
agar kau jumpa yang dinanti 
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi
ku rela di jemput Ilahi 
kerna dia ku sanggup pergi 
hanya disana kekal dan abadi

hanya disana kekal dan abadi

5 Sep 2016

Teddyville Museum Penang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa ye semua. Siapa kat sini suka teddy bear? Kalau suka jom baca kisah pengembaraan Zumal dan rakan-rakan sekerja serta geng blogger utara ke Teddyville Museum di Penang pada 31 Ogos 2016 yang lalu.

Teddyville Muzeum Penang



Teddyville  Museum Penang 

Teddyville Museum ni adalah muzium teddy bear pertama di Malaysia tau. Teddyville Museum terletak Batu Ferringhi Penang. Dalam Teddyville Museum ni menempatkan pelbagai sejarah tentang teddy bear serta koleksi teddy bear yang terdapat di dunia. 

Bila korang masuk je Teddyville Museum korang akan ternampak teddy besar sedang menunggu korang di lobby museum. Besar dari orang tapi tetap cute. Kalau korang nak tahu dari segi sejarah teddy bear asal tak secomel yang kita tengok sekarang, semua bengis dan ganas melambangkan sifat sebenar bear or beruang kat dalam hutan. Kat sini korang boleh koleksi teddy bear yang tak tahu senyum tu. Koleksi bersejarah tu nilai dia lebih RM20k tau. Harga sekor teddy tau. Terkejut dengar!

Kat sini korang akan jumpa teddy bear yang menggambarkan icon negeri Pulau Pinang. Teka siapa teddy kat atas tu? Itulah P. Ramli. Tengok misai pun tahu. Dalam zon ni kita didendangkan dengan lagu Tan Sri P. Ramli. Sepatutnya Saloma yang bergambar sebelah tu kan?

Kat atas ni Zumal tengah gunting rambut di kedai teddy bear. Dedulu suasana macam tu la kedai gunting. Ni kira korang tengah jelajah ke masa dulu.
Kat atas ni mesti korang boleh teka siapa kan? Teddy yang macho tu menggambarkan Datuk Lee Chong Wei manakala teddy kat sebelah tu Dutuk Nicol Ann David. Mereka berdua icon sukan kelahiran Penang.


Mak cik teddy buat apa tu yer??? Malaysia kita terkenal dengan industri pembuatan batik. Teddy kat atas tu menggambarkan suasana dalam industri tersebut. Pelbagai lagi yang dipaparkan di Teddyville Museum ni untuk menggambarkan masyarakat di Penang bahkan juga di Malaysia.
Kat atas ni suasana tempat makan yang tidak asing lagi di Penang. Nampak jelas suasana sibuk kat situ yang dihiasi watak-watak teddy bear yang kiut. Gambar di bawah pula menggambarkan masyarakat Melayu di kampung dalam suasana menyambut hari raya. Meriah kan? 


Pelbagai lagi watak-watak teddy dalam Teddyville Museum ni digunakan untuk menggambar sosio budaya dan sejarah di Penang khususnya dan di Malaysia amnya. Korang boleh ikuti review oleh rakan-rakan blogger utara yang lainnya di link berikut, ARZ MOHA | PHA IS | CIK EN | FARAH | MARSHA| YUI  |ZARUL FARHANA| HUSNA |Sebelum akhiri review Zumal, jom kita layan gambar yer.
Lepas korang mengembara di Teddyville Museum korang boleh shopping pelbagai barangan menarik di sini.

Zumal dan Nurul dikecilkan kat sini oleh Fiza
Gambar kenangan blogger utara di Teddyville Museum 

Zumal dan Fiza

Terima kasih kepada pihak Teddyville Museum yang menerima kunjungan kami. Terima kasih juga rakan-rakan blogger utara yang menjemput Zumal bersama sertai review ini dan tak lupa peneman Zumal dari Perlis iaitu Faizatul Fiza dan Nurul Aneeza.

Kepada yang berminat mengunjungi Teddyville Museum, berikut adalah rate yang perlu ada dalam bajet korang.

Alamat:
TEDDYVILLE MUSEUM PENANG
(Ground Floor) DoubleTree Resort by Hilton Penang
Jalan Low Yatt, Batu Ferringhi
11100, Penang 




2 Sep 2016

KEMPEN JOM JADI AHLI PAWE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pernah dengar apakah PAWE? Bukan bisnes online atau mlm ok. PAWE adalah singkatan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas. PAWE ditubuhkan untuk menyediakan tempat para warga emas untuk melakukan pelbagai aktiviti. PAWE berkonsep pusat jagaan harian di mana para warga emas boleh datang semasa tempoh kerja iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat. PAWE juga berperanan membantu anak-anak yang ada ibu bapa yang tinggal berseorangan di rumah, PAWE boleh dijadikan pusat penjagaan sementara untuk ibu bapa mereka. Kita tak perlu lagi risau tentang keselamatan ibu bapa kita semasa kita sedang kerja.

Gambar booth pawe di Arked Niaga Padang Besar semasa event Perwani

Sekarang PAWE Perlis sedang menjalankan Kempen Jom Jadi Ahli PAWE. Keistimewaannya setiap ahli boleh menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PAWE seperti aktiviti riadah, rekreasi, kerohanian, sukan, kesukarelaan dan lain-lain percuma tanpa ada had masa. Keahlian PAWE ini terbuka buat warga emas berstatus warga negara berumur 56 tahun ke atas, sihat dan mampu menguruskan diri sendiri. Jom Jadi Ahli PAWE segalanya PERCUMA.

Gambar kenangan bersama ahli ketika event bersama DYMM Raja Perlis 


Pusat Aktiviti Warga Emas
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi Utan Buloh
02600 Arau, Perlis
HP: 012-574 7869