Booking.com

7 Dec 2015

PENGALAMAN DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa menaip entri ini Zumal masih di dalam bas Etika Delta dalam perjalanan pul ke Perlis. Diharap selamat hendaknya. 

Zumal sebenarnya bercadang untuk pulang ke Perlis dalam 2, 3 hari lagi tapi bila mengingatkan anak-anak yang ditinggalkan jadi Zumal ambil keputusan untuk pulang malam ini juga (6 Disember). Mulanya Zumal ambil bas dari Damansara Damai untuk ke Pudu. Sampai kat Pudu,eh kat mana aku nie? Mana bas??? Dalam hujan tu Zumal merantau merata mencari Pudu Sentral. Tanya pun tak membantu. Tanya teksi lebih baik. Zumal tahan teksi dan bertanya, pemandu teksi tersebut beritahu semua bas kena naik di TBS. Zumal naik teksi ke stesen lrt terdekat (Pandan Jaya) setelah melangkah dari lrt Pudu tanpa arah. Dari Pandan Jaya Zumal tukar tren di Chan Sow Lin. Dari Chan Sow Lin ke TBS. Alhamdulillah cukup baki myrapid Zumal. Selamat sampai di TBS jam 6.00 petang. 

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Sampai di TBS rasa macam duk kat airport ja. Dah la besar pastu ramai gila orang beratur. Kat TBS kita tak perlu pergi pilih kaunter tiket milik syarikat bas tertentu. Kat sini ada 43 kaunter yang jual tiket ke semua destinasi, cakap je kat staff kat kaunter tu nak ke mana. Dan akan keluar pihan bas dan waktu perjalanan. Hebatnya. Ulat tiket tak boleh cari makan dah.




30 minit sebelum masa bas bertolak kita  kena ke platform. Pastu kalau korang tak masuk-masuk dalam bas mengikut masa ditetapkan, korang akan dipanggil nama sampai korang lapor diri kat kaunter perlepasan. Orang yang nak naik bas akan diminta nombor IC dan telefon, kalau korang tak sampai pengurusan akan call korang. Betapa hebatnya pengurusan TBS nie kan. Apa yang Zumal boleh katakan, korang tak kan kena tinggal dan tak kan kena tipu. 

Selain tu bila dah sampai waktu solat. Ada pengumuman pula. Dah macam deejay radio dah. Hebat. Pengurusan yang berkualiti. 

Nak makan, shopping semua ada di TBS. Paling penting korang kena ada duit je. Petang tadi (semalam) Zumal makan kat Teratai Food Court di Aras 3 TBS. Tempat makan sangat banyak. Rambang mata. Nasib perut tak ada mata. 

Kat Teratai Food Court nie tak guna cash. Korang kena bayar pakai kad prabayar. Korang masuk dan survey makanan dan harga dan pergi bayar untuk kad prabayar. Dapat kad, korang berilah kad pada kiosk yang korang dah pilih tadi.

Zumal pilih nak makan western. Terfeel macam mat salleh sekejap. Mukanya Zumal rasa seperti rumit sistem yang mereka buat. Tapi bila difikirkan semula ada bagusnya juga. 

Zumal pilih menu Grilled Salmon Rice. First time nak makan ikan salmon tau. Bebola ikan salmon dah biasa la tapi yang segar belum pernah cuba. Alhamdulillah sedap rupanya...


Harga Grilled Salmon Rice cuma RM13.90



Balai ketibaan di TBS


19 comments:

  1. memang okey..cuam satu je yang kurangnya..parking susah..asyik full je..pastu parking mahal..hari tu Fida masuk parking tak sampai 20minit pun..kena charge RM 4.00..serik wei..

    ReplyDelete
  2. BELUM PERNAH LAGI MASUK KE SINI..NAMPAK SISTEM PENGANGKUTAN MAKIN CANGGIH LA NI...

    ReplyDelete
  3. bersih..selesa..mudah..PC ada juga pergi beberapa kali hantar adik ipar dan makcik..

    ReplyDelete
  4. START nov puduraya berppindah ke TBS xsilap sy..untuk penyelenggaraan

    ReplyDelete
  5. sis pernah sampai sekali tapi kat bhgn kaunter tiket je . tak sempat nak jelajah tingkat atas ...

    ReplyDelete
  6. Sha tak pernah sampai lagi ke TBS. Tapi rata-rata yang dah sampai semua cakap macam airport. Tengok gambar ni pun nampak dah serupa airport. Ok lah tu. Benefited untuk kita para pengguna :)

    ReplyDelete
  7. CP lebih suka TBS dari Pudu Sentral. Sistematik dan takde ulat tiket

    ReplyDelete
  8. semoga selamat perjalanan ya Zumal..amin

    ReplyDelete
  9. lebih teratur kan zumal. itu yg bagusnya. harap sampai bila2 kekal bagus mcm tu

    ReplyDelete
  10. haha tbs dekat rumah i je
    tapi i tak pernah pergi food court dia
    i selalu rayau kat kaunter tiket je

    ReplyDelete
  11. xsuka TBS banyak pendatang.. hahaha
    suka duta kalau nak naik bas

    ReplyDelete
  12. Zumal.. kena resize balik ni gambar.. hehe.. mmg kalo up entry live
    gmbr mmg ada besar ada kecik hehe..

    ReplyDelete
  13. Waa...hebatnya. dah setaraf dengan terminal kapal terbang dah...

    ReplyDelete
  14. x pernah merasa lagi.. last time naik bas pi kl, masih turun kat pudu..

    ReplyDelete
  15. Tbs da sesak bila mn semua hentian bas berpindah ke sini. Hrp2 hentian duta x pindah. Susah ooo nk g utara kena redah jamme sblm tiba kt tbs

    ReplyDelete
  16. dri chan sow lin naik lrt platform mne ae? sentul timur? @ putra heights?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saya dah lupa... maklum la sekarang menetap di Perlis

      Delete