Booking.com

20 Dec 2015

DASHING MEN FACIAL CLEANSER MCFC

Facial Cleansers For Active Men


DASHING 

Dilancarkan pada 25 tahun yang lalu, jenama Dashing telah diiktiraf sebagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki yang terunggul di Malaysia dengan mempelbagaikan produk penjagaan diri, menjadikan mereka peneraju pasaran utama dalam kalangan lelaki.

Dengan portfolio produk yang terdiri daripada EDT, deodoran anti-peluh, mandian badan, pembersih wajah, gel rambut & bedak talkum, Dashing kini menetapkan tumpuan kepada sukan kegemaran negara iaitu bola sepak.

Dashing & Manchester City Football Club telah menjadi rakan kongsi selama hampir setahun. Selepas mencipta beberapa pengalaman bola sepak yang menarik musim lalu, Dashing berbangga untuk melancarkan koleksi baharu yang terdiri daripada EDT, Deodoran dan pembersih wajah bertaraf antarabangsa. Koleksi edisi terhad yang berinspirasikan MCFC ini dapat dilihat pada pembungkusan premium yang menggunakan warna jersey tuan rumah dan tempat lawan.

DASHING MEN FACIAL CLEANSER MCFC


Dashing Men Facial Cleanser MCFC terdiri daripada 5 jenis iaitu Dashing Whitening Scrub, Dashing Oil Clear, Dashing Icy Fresh, Dashing Extra White dan Dashing Acne Free. Ianya didatangkan dalam kotak dan bersama kotak edisi terhad ini anda juga akan mendapat Travel Pouch Eksklusif Dashing MCFC. Jadi anda jangan terlepas peluang yer. Sebab koleksi ini TERHAD.



Dashing Icy Fresh 

Dashing Icy Fresh diformulasikan daripada Glacier Water dan menthol yang menyegar dan melembabkan kulit. Ia membantu untuk memberikan kesegaran yang tahan lebih lama dan sensasi menyejukkan pada kulit dan mengurangkan kehangatan berlebihan. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi pada kulit. Ia juga dipertingkatkan dengan perlindungan UV. 

Dashing Extra White 
Dashing Extra White merupakan formulasi unik dengan 7 tumbuhan Swiss Alpine aktif yang menyeri dan mencerahkan tona kulit. Ia bertindak sebagai pencerah kulit dan mengurangkan kesan tompok hitam akibat sinaran UV. Ia juga mengandungi mineral mikro, anti oksidan yang berkuasa untuk meningkatkan perlindungan semula jadi kulit terhadap pencemaran. Dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk perbersihan wajah yang lebih nyaman dan segar. 

Dashing Whitening Scrub 

Dashing Whitening Scrub merupakan formulasi unik dengan garam laut dan skrubmikro yang mengelupas dan membersihkan kulit untuk memberikan tona kulit sekata. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan kulit. Ia membantu membebaskan pori tersumbat dan menghapuskan kotoran dan bintik hitam. Penggunaan harian menyerlahkan tona kulit dan menjadikannya sihat dan tampil lebih muda. Dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Dashing Acne Free 

Dashing Acne Free merupakan formulasi unik derivatif zink yang melawan jerawat penyebab bakteria dan mencegah pertumbuhannya. Tanah liat membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. Menghalang berulangnya jerawat dan akne. Ia dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Dashing Oil Clear 

Dashing Oil Clear merupakan formulasi unik dengan arang bambu @ buluh untuk menghapuskan kotoran dan sebum berlebihan daripada kulit. Ia merupakan pembersih kulit sempurna yang membebaskan pori tersumbat dengan mengeluarkan toksin jauh dari dalam kulit. Ia juga mengandungi tanah liat yang membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta mengeluarkan kotoran dan toksin. Ia dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia turut mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.


Zumal sendiri memilih untuk menggunakan Dashing Oil Clear disebabkan kulit Zumal sentiasa berminyak. Zumal ni kulit amat sensitif. Takut juga nak guna pembersih muka sebaramgan kerana pengalaman menggunakan jenama N, kulit Zumal mengelupas teruk. Zumal menyorok seminggu dalam rumah masa tu. Lepas tu Zumal amat berhati-hati memilih produk pembersih wajah. Kebiasaannya Zumal akan pilih produk wanita kerana ia lebih lembut. Hehe. 

Kali ni Zumal rasa yakin dengan Dashing kerana jika produk mereka tak ok pasti mereka tak berani suruh kita try kan. Alhamdulillah selepas sekali guna sahaja, kulit berminyak tu hilang. Syukur.

Selain tu, semasa kita mengurut muka, ia rasa nyaman dan tiada kesat-kesat seperti produk lain. Lepas bilas, kulit muka rasa segar dan lebih anjal tau. Memang terbaik produk Dashing ni. Terima kasih Dashing dan Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd.

Selepas membersih wajah demgan Dashing Oil Clear 


Pembersih wajah DASHING dikeluarkan dengan berat 100g dengan harga RM10.90 dan 50g dengan harga RM6.90. Jadi, jom pergi cuba gaya hidup aktif bersama DASHING.

Paling best Dashing juga menjalankan pertandingan dan akan memberikan peluang kepada 11 Pemenang bertuah ke Manchester untuk  6 hari 5 malam dibayar sepenuhnya oleh DASHING. Perjalanan ini akan merangkumi lawatan ke kem latihan City Football Academy untuk 3 hari termasuk latihan 3 hari bersama akademi. Dan anda juga diberin peluang untuk mendekati pemain pasukan utama Manchester City FC, serta lawatan ke Stadium Etihad dan tidak lupa juga tiket VIP untuk menonton secara langsung perlawanan antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Cara untuk sertainya amat mudah, anda hanya perlu SMS sebelum 31 Disember 2015 ini dan syaratnya anda perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite sebagai bukti pembelian. Mudah kan!!! Cepat mulakan langkah sekarang.



Sedikit Mengenai WIPRO UNZA

  • Sejak tahun 1980, Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio pelbagai jenama untuk penjagaan diri dan produk kegunaan rumah pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, Kumpulan mengeluar dan memasarkan jenama terkemuka di seluruh 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seterusnya.
  • WIPRO UNZA mempunyai portfolio 24 jenama dengan jenama mengenalpasti fokus 6 jenama. WIPRO UNZA jenama utama termasuk ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan VITALIS dalam pasaran produk-produk penjagaan diri dan semangat dan MAXKLEEN di pasaran produk kegunaan rumah.
  • Produk-produk WIPRO UNZA banyak menikmati kedudukan kepimpinan pasaran disebabkan oleh hakikat bahawa jenama yang khusus direka dan dicipta dengan pengguna Asia.
#Ini adalah rencana iklan untuk Wipro Unza...

14 comments:

  1. lelaki yang peduli dengan diri tentulah peduli juga terhadap orang lain.
    Hasilnya wajah menjadi bersih sekali .. nampak fresh dan sehat :)

    ReplyDelete
  2. BAGUS PRODUK NI UTK LELAKI...

    ReplyDelete
  3. saya syorkan hati2 dengan produk yang tumbuh bagaikan cendawan ni Zumal..ternya produk pembersih muka Elken amat baik..bagus seisi mkeluarga menggunakannya. Jenis berminyak muka pun kira bagus..ramai teman odertak apa pasal harga asal befbaloi menang memakai kan..
    Infor dashing terbaik..minyak rambut perapi Elken untuk man ada juga..ok zumal..

    ReplyDelete
  4. Selalu dengar pasal produk ini *thumbs up*

    ReplyDelete
  5. Lepas ni lagi hensem la Zumal...

    ReplyDelete
  6. Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai baru rasa bahagia, hehe. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum zumal..singgah jup malam ni..lama tak masuk sini

    ReplyDelete
  8. Garangnya muka..senyumlah sikit
    :-))

    ReplyDelete
  9. siap testimoni diri sendiri lagi.. awesome!

    ReplyDelete