Booking.com
Booking.com

31 Dec 2015

KURUS 10 HARI DENGAN LAXATHIN

Pinned Entri Sila Scroll Untuk Ke Entri Terkini



LAXATHIN 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kita baru sahaja melepasi musim perayaan. Mesti ramai yang telah naik berat badan. Hari nie Zumal nak kongsi sesuatu yang dapat kembalikan anda slim melim. Laxathin. Kurus cepat dan berkesan dengan Laxathin. Betul ke? Kesan dalam 10 hari? Hari ini Zumal ingin kongsikan satu produk yang masih baharu di pasaran tetapi sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ini.


Apa itu LAXATHIN?


LAXATHIN merupakan produk untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Dihasilkan dari sejenis buah yang bernama Garcinia Cambogia. Buah ini terdapat di negara-negara sebelah Asia termasuk Malaysia. Pada kulit buah tersebut terdapat sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai Hydroxycitric Acid (HCA) yang merupakan bahan aktif yang terdapat pada buah tersebut.


Bagaimana Ia Berfungsi

Segala yang dihasilkan adalah melalui kajian. Menurut kajian yang dijalankan, ia dapat menghasilkan sejenis enzim dikenali sebagai Citrate Lyase yang menyebabkan sistem badan sukar untuk menghasilkan lemak dari karbonat.


Ia juga dapat meningkatkan kadar Neurotransmitter Serotonin yang menyebabkan kurang selera makan dan rasa kurang mengidam sesuatu makanan.

LAXATHIN menggunakan 100% ekstrak tumbuhan. Jadi ia merupakan produk yang tidak membahayakan kesihatan dan juga keluaran usahawan Muslim.


Secara kesimpulannya, pengambilan produk LAXATHIN secara berterusan boleh menyebabkan pada kadar penurunan berat badan yang ketara.


Testimoni




Bagaimana Untuk Order Laxathin ?

Teruja? Anda jatuh hati pada LAXATHIN? Ingin mencuba dan memiliki tubuh badan ideal yang slim? Orderlah sekarang. WhatsApp ke nombor Zumal segera 0125747869.

JOM CANTIK BERGAYA KE SEKOLAH

Pinned Entri Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entri Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda ada anak perempuan bakal masuk sekolah tahun depan? Sebagai muslim eloklah kiranya kita mendidik mereka menutup aurat dari kecil. Maksud Zumal dari sekolah mahupun tabika. 

Tapi sebenarnya susah nak cari tudung untuk kanak-kanak yang bersesuaian. Lagi pun tak banyak pilihan yang ada dalam pasaran. 

Tahukah anda yang anda boleh beli tudung kanak-kanak secara online. Di tudungsicomel.com pasti anda temui pilihan yang sesuai. 












Banyak lagi pilihan yang ada. Klik katalog tudung kanak-kanak DI SINI. Anda juga boleh cari pelbagai pilihan tudung, tudung bawal, bawal eksklusif, shawl dan instant shawl DI SINI. Katalog tudung dewasa pun ada, klik DI SINI.

Jom tampil cantik bergaya dengan tudungsicomel.com 


29 Dec 2015

CUBA NASIB DENGAN LYNK.MY

Contest Lynk.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam tetiba satu contest menjadi viral di media sosial setelah beberapa blogger hebat seperti Hasrul Hassan dan Cikpinz.com menyertai contest ini. Dalam contest ini kita perlu mereview apa itu Lynk.my.

Lynk.my


Pada awalnya Zumal bukan nak masuk contest tapi terpikat dengan Lynk.my kerana ia sangat menarik. Kenapa menarik? Ada apa dengan Lynk.my ? Lynk.my adalah sebuah aplikasi web yang dapat memendekkan link atau url kita. Kalau setakat memendek tu biasa je kan? Tapi apa yang Zumal nak kongsi kepada anda Lynk.my bukan sekadar pendekkan url anda tapi ianya boleh memberi peluang jana pendapatan melalui link yang anda pendekkan tu. Ha, pendek bukan sebarang pendek tau, pendek boleh bagi duit. Peluang yang hebat perlulah dikongsi baru ada keberkatan di situ. Jadi kalau saja-saja nak kongsi baik Zumal turut serta saja dalam contest Lynk.my ini.

Dalam beberapa jam Zumal godek laman Lynk.my Zumal dah pun try buat 9 link. Saja nak try. Jaga tidur tadi Zumal lihat dah masuk RM0.07 sen. Memang nampak sikit ja 7 sen tu tapi tu sebab Zumal belum buat betul-betul. Baru nak try kononnya. Tapi kalau dah betul-betul buat maybe jadi 7 ringgit atau 70 ringgit atau lebih. Bagi anda yang punyai traffic tinggi tu memang banyak la boleh buat duit.

Akaun Lynk.my
Bayangkan kalau anda selalu dapat 1000 view untuk satu entri. 1000 tu darab la 1 sen. Itu kalau 1000 kalau lebih? Kira la sendiri. 

Hadiah Contest Lynk.my


Selain dari peluang jana income dengan Lynk.my ini anda juga berpeluang dapat hadiah wang tunai sehingga RM4000.00. Lumayan kan!!! Sebab itulah Zumal gatal tangan nak join.

Selain itu jika penyertaan anda 50 terawal, anda berpeluang dapat hadiah gadget yang menarik. Tengok hadiahnya ok.

Gadget untuk 50 peserta awal


TOP lynkUNDI

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP SEO

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200


Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )


Macam mana? Menarik tak hadiahnya? Jangan tunggu lagi!!! Cepat la sertai bersama Zumal. Mana tau anda berpeluang rangkul hadiah setiap kategori tu. Contest ini berlangsung selama dua bulan iaitu dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Manakala pengumuman pemenang adalah pada 29 Disember 2015.

Klik banner di atas untuk turut serta. Jangan lupa untuk undi Zumal dalam contest Lynk.my ini yer.


Undi Zumal

23 Dec 2015

VAN KOMBI KEMBALI PADA 2016

VW KOMBI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang pasti pernah tengok van kat atas tu yer. Van keluaran VW yang legend tu. VW Kombi dikeluarkan pada tahun 1949. Van nie suatu masa dahulu menjadi kenderaan pengangkutan yang popular di seluruh dunia. Selepas banyak kenderaan moden dikeluarkan ia semakin dilupakan sehingga awal 2000 ia kembali popular kerana menjadi rebutan peminat kereta antik. Pernah rakan Zumal memilikinya sebuah untuk kegunaan berniaga tapi bila dah uzur beliau jual pada harga RM400. Terkejut Zumal bila dia letak harga tu. Maybe dia tak tahu yang van tu ada harga. Kalau Zumal tau, Zumal pun nak beli. Sebab lepas ubahsuai boleh jual semula berbelas ribu. Sekarang lagi mahal. Sayangnya kan.


Tahun 2016 ini VW atau Volkswagen akan mengeluarkan semula van Kombi dengan wajah lebih segak dan bergaya gitu. Legenda Kombi bakal menular kembali ke seluruh pelusuk dunia nampaknya. Kombi atau microbus 2016 dikeluarkan dalam 3 varian iaitu, 2.5 liter, 2.0 liter turbo dan 2.0 liter TDI turbodiesel. Versi ini mempunyai gear 6 kelajuan manual dan 6 kelajuan automatik. Dengan saiz comelnya ini pasti bakal memecut laju di jalan raya. Selain tu, VW Kombi ini digerakan oleh tayar hadapan. Harga kat Malaysia belum tahu yer.

Untuk review penuh boleh ke SINI

20 Dec 2015

DASHING MEN FACIAL CLEANSER MCFC

Facial Cleansers For Active Men


DASHING 

Dilancarkan pada 25 tahun yang lalu, jenama Dashing telah diiktiraf sebagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki yang terunggul di Malaysia dengan mempelbagaikan produk penjagaan diri, menjadikan mereka peneraju pasaran utama dalam kalangan lelaki.

Dengan portfolio produk yang terdiri daripada EDT, deodoran anti-peluh, mandian badan, pembersih wajah, gel rambut & bedak talkum, Dashing kini menetapkan tumpuan kepada sukan kegemaran negara iaitu bola sepak.

Dashing & Manchester City Football Club telah menjadi rakan kongsi selama hampir setahun. Selepas mencipta beberapa pengalaman bola sepak yang menarik musim lalu, Dashing berbangga untuk melancarkan koleksi baharu yang terdiri daripada EDT, Deodoran dan pembersih wajah bertaraf antarabangsa. Koleksi edisi terhad yang berinspirasikan MCFC ini dapat dilihat pada pembungkusan premium yang menggunakan warna jersey tuan rumah dan tempat lawan.

DASHING MEN FACIAL CLEANSER MCFC


Dashing Men Facial Cleanser MCFC terdiri daripada 5 jenis iaitu Dashing Whitening Scrub, Dashing Oil Clear, Dashing Icy Fresh, Dashing Extra White dan Dashing Acne Free. Ianya didatangkan dalam kotak dan bersama kotak edisi terhad ini anda juga akan mendapat Travel Pouch Eksklusif Dashing MCFC. Jadi anda jangan terlepas peluang yer. Sebab koleksi ini TERHAD.



Dashing Icy Fresh 

Dashing Icy Fresh diformulasikan daripada Glacier Water dan menthol yang menyegar dan melembabkan kulit. Ia membantu untuk memberikan kesegaran yang tahan lebih lama dan sensasi menyejukkan pada kulit dan mengurangkan kehangatan berlebihan. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi pada kulit. Ia juga dipertingkatkan dengan perlindungan UV. 

Dashing Extra White 
Dashing Extra White merupakan formulasi unik dengan 7 tumbuhan Swiss Alpine aktif yang menyeri dan mencerahkan tona kulit. Ia bertindak sebagai pencerah kulit dan mengurangkan kesan tompok hitam akibat sinaran UV. Ia juga mengandungi mineral mikro, anti oksidan yang berkuasa untuk meningkatkan perlindungan semula jadi kulit terhadap pencemaran. Dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk perbersihan wajah yang lebih nyaman dan segar. 

Dashing Whitening Scrub 

Dashing Whitening Scrub merupakan formulasi unik dengan garam laut dan skrubmikro yang mengelupas dan membersihkan kulit untuk memberikan tona kulit sekata. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan kulit. Ia membantu membebaskan pori tersumbat dan menghapuskan kotoran dan bintik hitam. Penggunaan harian menyerlahkan tona kulit dan menjadikannya sihat dan tampil lebih muda. Dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Dashing Acne Free 

Dashing Acne Free merupakan formulasi unik derivatif zink yang melawan jerawat penyebab bakteria dan mencegah pertumbuhannya. Tanah liat membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. Menghalang berulangnya jerawat dan akne. Ia dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia juga mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Dashing Oil Clear 

Dashing Oil Clear merupakan formulasi unik dengan arang bambu @ buluh untuk menghapuskan kotoran dan sebum berlebihan daripada kulit. Ia merupakan pembersih kulit sempurna yang membebaskan pori tersumbat dengan mengeluarkan toksin jauh dari dalam kulit. Ia juga mengandungi tanah liat yang membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta mengeluarkan kotoran dan toksin. Ia dipertingkatkan dengan perlindungan UV. Ia turut mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.


Zumal sendiri memilih untuk menggunakan Dashing Oil Clear disebabkan kulit Zumal sentiasa berminyak. Zumal ni kulit amat sensitif. Takut juga nak guna pembersih muka sebaramgan kerana pengalaman menggunakan jenama N, kulit Zumal mengelupas teruk. Zumal menyorok seminggu dalam rumah masa tu. Lepas tu Zumal amat berhati-hati memilih produk pembersih wajah. Kebiasaannya Zumal akan pilih produk wanita kerana ia lebih lembut. Hehe. 

Kali ni Zumal rasa yakin dengan Dashing kerana jika produk mereka tak ok pasti mereka tak berani suruh kita try kan. Alhamdulillah selepas sekali guna sahaja, kulit berminyak tu hilang. Syukur.

Selain tu, semasa kita mengurut muka, ia rasa nyaman dan tiada kesat-kesat seperti produk lain. Lepas bilas, kulit muka rasa segar dan lebih anjal tau. Memang terbaik produk Dashing ni. Terima kasih Dashing dan Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd.

Selepas membersih wajah demgan Dashing Oil Clear 


Pembersih wajah DASHING dikeluarkan dengan berat 100g dengan harga RM10.90 dan 50g dengan harga RM6.90. Jadi, jom pergi cuba gaya hidup aktif bersama DASHING.

Paling best Dashing juga menjalankan pertandingan dan akan memberikan peluang kepada 11 Pemenang bertuah ke Manchester untuk  6 hari 5 malam dibayar sepenuhnya oleh DASHING. Perjalanan ini akan merangkumi lawatan ke kem latihan City Football Academy untuk 3 hari termasuk latihan 3 hari bersama akademi. Dan anda juga diberin peluang untuk mendekati pemain pasukan utama Manchester City FC, serta lawatan ke Stadium Etihad dan tidak lupa juga tiket VIP untuk menonton secara langsung perlawanan antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Cara untuk sertainya amat mudah, anda hanya perlu SMS sebelum 31 Disember 2015 ini dan syaratnya anda perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite sebagai bukti pembelian. Mudah kan!!! Cepat mulakan langkah sekarang.



Sedikit Mengenai WIPRO UNZA

  • Sejak tahun 1980, Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio pelbagai jenama untuk penjagaan diri dan produk kegunaan rumah pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, Kumpulan mengeluar dan memasarkan jenama terkemuka di seluruh 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seterusnya.
  • WIPRO UNZA mempunyai portfolio 24 jenama dengan jenama mengenalpasti fokus 6 jenama. WIPRO UNZA jenama utama termasuk ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan VITALIS dalam pasaran produk-produk penjagaan diri dan semangat dan MAXKLEEN di pasaran produk kegunaan rumah.
  • Produk-produk WIPRO UNZA banyak menikmati kedudukan kepimpinan pasaran disebabkan oleh hakikat bahawa jenama yang khusus direka dan dicipta dengan pengguna Asia.
#Ini adalah rencana iklan untuk Wipro Unza...

9 Dec 2015

TUKAR MINYAK RAMBUT

Satinique Final Step Finishing Spray 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum nie Zumal cerita pasal produk shampu Satinique kan? Ingat tak? Baca kat SINI. Hari nie Zumal nak kongsi bab penjagaan rambut juga, spray rambut.

Kalau biasa-biasa kita pakai minyak rambut atau gel rambut kan? Minyak rambut tu ok juga tapi rambut sukar nak bentuk. Betul kan? Hah betul la. Pakai gel boleh bentukkan rambut mengikut gaya kita nak tapi ianya melekit kat tangan nie. Lagi satu bila pakai gel, ia boleh mengundang kelemumur tau.

Sejak Zumal kenal produk Satinique nie, Zumal try guna Satinique Final Step Finishing Spray. Zumal bentukkan gaya yang sesuai then Zumal spray fi rambut tu. Baunya wangi tau. Rambut kita akan kekal dalam bentuk kita mahu seharian. Kulit kepala kita juga akan rasa segar dan nyaman.

Kalau kita pegang kesan spray tu tak ada rasa melekit macam gel rambut tau. Memang hebat Satinique nie. Jom serlahkan penampilan bersama Satinique.

HAI THIEN TIDAK HALAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Halal itu bererti bersih, suci dan menepati syarak. Untuk memiliki hati yang bersih kita perlu memilih makanan yang bersih juga. 


Kuala Perlis sememangnya sinonim dengan makanan laut atau seafood. Sebelum nak makan kita perlulah memilih kedai makan yang bersih dan paling penting bagi orang Islam ianya mestilah halal.

Berdekatan Hotel Putra Brasmana terdapat sebuah restoran seafood yang bernama Hai Thien. Restoran nie dari luarannya tampak mewah dan selesa tapi pagi tadi Zumal terbaca dalam laman facebook mengatakan restoran Hai Thein ini tidak menepati pensijilan halal.


Keratan diatas merupakan sebahagian minit mesyuarat agensi kerajaan yang menyatakan bahawa Restoran Hai Thien ini tidak menepati pensijilan halal. Jadi bagi umat Islam, pilihlah restoran yang betul. Di Kuala Perlis masih banyak pilihan buat anda.

7 Dec 2015

PENGALAMAN DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa menaip entri ini Zumal masih di dalam bas Etika Delta dalam perjalanan pul ke Perlis. Diharap selamat hendaknya. 

Zumal sebenarnya bercadang untuk pulang ke Perlis dalam 2, 3 hari lagi tapi bila mengingatkan anak-anak yang ditinggalkan jadi Zumal ambil keputusan untuk pulang malam ini juga (6 Disember). Mulanya Zumal ambil bas dari Damansara Damai untuk ke Pudu. Sampai kat Pudu,eh kat mana aku nie? Mana bas??? Dalam hujan tu Zumal merantau merata mencari Pudu Sentral. Tanya pun tak membantu. Tanya teksi lebih baik. Zumal tahan teksi dan bertanya, pemandu teksi tersebut beritahu semua bas kena naik di TBS. Zumal naik teksi ke stesen lrt terdekat (Pandan Jaya) setelah melangkah dari lrt Pudu tanpa arah. Dari Pandan Jaya Zumal tukar tren di Chan Sow Lin. Dari Chan Sow Lin ke TBS. Alhamdulillah cukup baki myrapid Zumal. Selamat sampai di TBS jam 6.00 petang. 

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Sampai di TBS rasa macam duk kat airport ja. Dah la besar pastu ramai gila orang beratur. Kat TBS kita tak perlu pergi pilih kaunter tiket milik syarikat bas tertentu. Kat sini ada 43 kaunter yang jual tiket ke semua destinasi, cakap je kat staff kat kaunter tu nak ke mana. Dan akan keluar pihan bas dan waktu perjalanan. Hebatnya. Ulat tiket tak boleh cari makan dah.




30 minit sebelum masa bas bertolak kita  kena ke platform. Pastu kalau korang tak masuk-masuk dalam bas mengikut masa ditetapkan, korang akan dipanggil nama sampai korang lapor diri kat kaunter perlepasan. Orang yang nak naik bas akan diminta nombor IC dan telefon, kalau korang tak sampai pengurusan akan call korang. Betapa hebatnya pengurusan TBS nie kan. Apa yang Zumal boleh katakan, korang tak kan kena tinggal dan tak kan kena tipu. 

Selain tu bila dah sampai waktu solat. Ada pengumuman pula. Dah macam deejay radio dah. Hebat. Pengurusan yang berkualiti. 

Nak makan, shopping semua ada di TBS. Paling penting korang kena ada duit je. Petang tadi (semalam) Zumal makan kat Teratai Food Court di Aras 3 TBS. Tempat makan sangat banyak. Rambang mata. Nasib perut tak ada mata. 

Kat Teratai Food Court nie tak guna cash. Korang kena bayar pakai kad prabayar. Korang masuk dan survey makanan dan harga dan pergi bayar untuk kad prabayar. Dapat kad, korang berilah kad pada kiosk yang korang dah pilih tadi.

Zumal pilih nak makan western. Terfeel macam mat salleh sekejap. Mukanya Zumal rasa seperti rumit sistem yang mereka buat. Tapi bila difikirkan semula ada bagusnya juga. 

Zumal pilih menu Grilled Salmon Rice. First time nak makan ikan salmon tau. Bebola ikan salmon dah biasa la tapi yang segar belum pernah cuba. Alhamdulillah sedap rupanya...


Harga Grilled Salmon Rice cuma RM13.90




5 Dec 2015

AWESOME BLOGGER NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tengah buat ape tu? Makan kenduri. Sama la kita agaknya. Semalam Zumal selamat sampai ke Shah Alam dan hari nie bertolak pula ke Seremban untuk Majlis Perkahwinan sepupu Zumal, Hezry Faizura bersama pasangannya Anas. Selamat pengantin baru buat dorang berdua. Entri nie scheduled je. Buat sebelum tidur semalam. 

Entri ini adalah sebagai entri penghargaan buat rakan-rakan Zumal yang telah berjaya bersaing mendapatkan takhta 10 teratas di blog Dunia Zumal. Jutaan terima kasih buat korang semua. Tanpa korang siapalah Zumal. Salah silap Zumal harap dimaafkan yer. Maklumlah kita semua insan biasa. Macam entri raya lak. 


Nak berkenalan dengan mereka klik saja di sidebar yer. Terima kasih tak terhingga buat semua termasuk juga mereka yang tidak tersenarai. Sayang korang semua tau...

SHOPPING DI ECO SUPERMARKET PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang nie musim kita semua berjimat-cermat kan??? Maklum la matawang kita jatuh merudum. Kos sara hidup makin meningkat. Justeru itu kita perlu bijak memilih dan bijak berbelanja.

ECO SUPERMARKET PERLIS


Pada 20 November 2015 lalu, sebuah pasaraya baru dibuka di Perlis. Pasaraya nie berkonsep Kedai 2 Ringgit nie dah lama ada kat negeri lain. Tapi kat Perlis baru la. Jadi sebagai orang perak Zumal pun terjah pada hari pertama ia dibuka.






Zumal sebenarnya tak beli apa-apa pun masa datang pada hari pertama dibuka. Sebab orang yang beratur kat kaunter mengalahkan orang nak beli tiket bola sepak. Betapa dahsyat penangan barang RM2.12 nie. (Termasuk GST) Ingatkan pada hari kedua orang dah reda sikit tapi Zumal terpaksa beratur selama 1 jam sebelum tiba giliran membuat bayaran.

Pasaraya nie dibuka ada baiknya untuk semua tapi bagi Zumal ianya persaingan yang sangat hebat. Jatuh sale I ok. Merudum. Bulan depan Giant pula. Fuh!!! Takpe la sekarang dah buat backup.

Lupa nak cerita lokasinya. Lokasi Pasaraya Eco nie di Jejawi bertentangan SMK Syed Sirajuddin. Masa operasi pula adalah 10.00 pagi ke 10.00 malam. Berbelanjalah dengan bijak.

AFFILIATE PILIHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah lama menyepi nie rasanya Zumal perlu buat sesuatu. Apa tu? Bukan bisnes tapi nak kongsikan ilmu sedikit di samping peluang untuk korang. Memang bukan niat nak promote bisnes tapi serba sedikit akan terarah juga pada bisnes.


AFFILIATE


Pernah dengar tentang affiliate? Ala newbie macam Zumal pun tahu inikan pula korang para otai tu yer. Siapa kat sini join affiliate? Mesti ramai kan? Kalau korang blogger dah tentu ada yang join kan? Zumal kenal affiliate nie sejak berkecimpung dalam dunia blogger tapi tak tahu pula sebelum nie bisnes yang Zumal buat pun ada ciri-ciri affiliate tu.

MAKSUD AFFILIATE


Bagi korang yang newbie macam Zumal dah tentu tercengang dan terpinga-pinga apa affiliate tu. Jom Zumal terangkan apa itu affiliate. Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang. 

Affiliate nie bermacam-macam jenis ada yang free dan ada yang berbayar. Pandai-pandai la korang pilih yang mana yang berkenan di hati. Semuanya bagus. Semua bergantung pada pembawaan kita juga. Pandai promote, masyuk la poket korang. Gitulah ceritanya.




BEZA AFFILIATE DAN DROPSHIP


Zumal cerita tadi affiliate nie jadi agen kan? Ingat tak? Tak ingat??? Baca balik maksud affiliate kat atas tu. Kalau agen maksudnya sama la dengan dropship kan??? Sama sebagai agen ja tapi tak serupa pun. Kenapa Zumal kata begitu?

Dropship korang kena promote barang tertentu dan korang yang kena urus proses dengan jual beli dengan customer kan? Korang kena tau barang tu camna, harga, stok dan lain-lain berkaitan barang tersebut. Kiranya dari A sampai Z korang lakukan sebelum dapat jual produk tu. 

Beza pula dengan affiliate. Affiliate korang hanya perlu tahu asas produk je. Paling tidak pun tahu barang apa yang korang promote tu. Korang hanya share link affiliate korang pada umum. Orang tu minat dia akan klik dan tengok. Proses jual beli diuruskan oleh pemilik produk sendiri. Korang hanya dapat komisen bila jualan berlaku. Dan korang mungkin tak tahu pun siapa yang beli tapi just dapat komisen. Korang tak perlu tanya stok, alamat customer dan apa-apa berkaitan customer tu. Itulah beza affiliate dan dropship

Mana yang mudah??? Dah tentu semua jawab affiliate kan... Ya. Affiliate ada peluang bisnes yang cukup mudah. Daftar, promote dan terima hasil. 

AFFILIATE PILIHAN


Macam yang Zumal nyatakan tadi. Zumal sekadar nak kongsikan ilmu tapi akan terarah kepada bisnes juga. Lagi pun perkara baik kenalah berkongsi. Nanti orang cakap kita kedekut ilmu. Selama berkecimpung dalam dunia blogger ini hanya ada beberapa jenis affiliate je yang Zumal join. 

Pertama sekali yang Zumal sertai adalah advertorial.my. Sebabnya advertorial.my nie lebih dekat dengan seorang blogger. Selain sebagai affiliate ia juga mempromosikan advertorial di blog Zumal. Alhamdulillah, walaupun berbayar Zumal dah dapat income ratusan ringgit dari program ini. Korang yang belum tahu boleh la terjah pada entri INI.

Tahun ini lebih banyak affiliate yang menarik minat Zumal. Kenapa? Sebabnya ianya percuma semasa dikenalkan pada Zumal. Tapi ianya mengenai bisnes tudung. Walaupun orang lelaki tak pakai tudung sekurang-kurangnya kita menggalakkan para muslimah menutup aurat. Tak gitu??? Antara affiliate itu adalah tudungsicomel.com dan Simplehijab. Untuk ketahui tentang tudungsicomel.com boleh klik SINI dan SINI. Manakala untuk ketahui tentang Simplehijab boleh terjah link INI.

Korang mesti pernah dengar tentang Ephyra? Mesti semua tahu tentang produk kesihatan dan kecantikan yang dutanya Norman Hakim dan Memey Suhaiza tu. Sekarang Ephyra pun dah ada affiliate. Sementara penyertaannya masih percuma jom daftar  DI SINI.

Alhamdulillah dalam minggu ini Zumal terjumpa lagi bisnes affiliate yang hebat. Hebat macam mana? Hebat sebab tak perlu bayar juga. Disebabkan masih baru, Zumal belum cukup mahir menerangkannya. Jadi korang boleh baca selanjutnya DI SINI.

Semoga apa yang Zumal kongsikan memberi manfaat untuk semua di samping memberi peluang untuk korang turut sama memcuba. Salam maju jaya dari Zumal.

4 Dec 2015

HADIAH BUATKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri nie sepatutnya Zumal buat bulan lepas lagi. Disebabkan terlalu busy jadi tak sempat Zumal buat. Dan disebabkan itu juga Zumal hasilkan entri kompilasi ini. Entri ini sebagai menghargai insan-insan yang telah memberikan sesuatu untuk Zumal dan juga blog Dunia Zumal ini.

DARIPADA HASRUL HASSAN

Setelah menyertai segmen yang dijalankan oleh bro Hasrul Hassan (HH), Zumal telah menjadi antara yang terpilih untuk disenaraikan dalam blog bro HH. Alhamdulillah peluang yang amat dinantikan kerana blog bro HH ini trafiknya sangat tinggi hingga 40k pageview sehari. Jadi bila tersenarai di bloglist dapatlah juga Zumal limpahan trafik blog beliau. Terima kasih bro HH...

DARIPADA YUN SING

Alhamdulillah Zumal juga dapat tersenarai dalam sebagai Top Commenter di blog Yun Sing. Untuk bulan Julai rasanya tapi Zumal terima sesuatu daripada Yun Sing bulan Oktober. Terima kasih yer Yun Sing.


DARIPADA PHA IS

Bulan Oktober lalu Zumal berjaya menjadi antara top commenter di blog Pha Is. Pha Is telah menghadiahkan Zumal topup bernilai RM10.00. Syukur sangat-sangat. Terima kasih juga kepada Pha Is. Bulan lepas dapat bersua dengan Pha Is dalam review Rockstarz Burger. Sebelum ke lokasi Zumal tersesat dan Pha Is juga datang menjemput Zumal. Terharu. Terima kasih sekali lagi yer.

DARIPADA JARI MANIS

Dalam tak sedar mana-mana tetiba Zumal terima sesuatu dari Jari Manis a.k.a JM. Zumal rasa macam tak percaya je tau. Dapat gak fridge magnet dari Indonesia gitu. Kebanyakan fm di peti ais Zumal adalah dari JM tau. Terima kasih JM...


DARIPADA CIKGU ETUZA

Dalam beberapa bulan kembali aktif di blog, Cikgu Etuza telah menjadi rakan setia komentar di blog Zumal. Begitu la juga Zumal membalasnya tak sedar pula dapat jadi sebagai top 10. Sehubungan itu Cikgu Etuza telah menghadiahkan biskut keluaran Elken yang sedap tu untuk Zumal. Terharu bila dapat hadiah dari Blogger Sabah ini. Terima kasih Cikgu Etuza...




DARIPADA MUMMY JULIA

Baru-baru ini Zumal telah berkenalan dengan blogger kat Melaka. Mummy Julia orangnya. Katanya Mummy asal dari Penang. Mummy nie ada 2 orang hero peminat setia lego figure. Sejak tu, Zumal sentiasa membalas kunjungan Mummy  dan tetiba tersenarai sebagai top commenter di blognya. Mummy telah hadiahkan fridge magnet istimewa dari Melaka dan fridge magnet khas tempahan beliau. Cantik tau. Terima kasih yer Mummy Julia...




#gambar dah ada. Update masa dalam perjalanan ke selatan.