Booking.com
Booking.com

30 Nov 2015

SATINIQUE HEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama Zumal menyepi kan? Sekarang busy dengan urusan projek masa depan. Projek apa? Pandai-pandai la WhatsApp Zumal yer.

SATINIQUE


Sejak akhir-akhir nie ramai bertanyakan Zumal apakah syampu yang terbaik untuk rambut gugur. Sebelum nie Zumal try jenama X, tapi masalah Zumal hanya kelemumur je bukan rambut gugur. Produk X tu kecil tapi harga mahal juga dari syampu dalam pasaran tau. Setelah 3 kali repeat Zumal rasa macam ada sikit masalah iaitu kepala bengkak. Jadi Zumal tukar ke Satinique.

Kenapa Satinique? Satinique nie produk hebat kerana ia dihasilkan dengan ujian makmal selain mempunyai paten tersendiri. Bila produk dipatenkan dah tentu tak ada yang lain serupa dengannya. Jadi sebab itu Zumal pilih Satinique. 

Untuk kelemumur Zumal pilih Satinique Anti-Dandruff Shampoo yang bersaiz 280ml. Ia membantu mengurangkan kelemumur dan memberi lembapan pada kulit kepala. Ia juga membantu melegakan kulit kepala yang kering lagi gatal dan menghapuskan keruping.

Satinique

Yakin tanpa kelemumur
Kalau dulu Zumal nak berjalan jauh confirm Zumal pakai topi atau kopiah. Kini Zumal lebih yakin tampil tanpa sebarang penutup kepala. Alhamdulillah.

Bagi korang yang menghadapi masalah rambut gugur pula Zumal sarankan korang gunakan Set Anti-Hairfall Pack. Pack ini terdiri daripada Anti-Hairfall Shampoo (280ml), Anti-Hairfall Conditioner (280ml) dan Scalp Tonic (80ml). 

Anti Hairfall Shampoo dan Anti Hairfall Conditioner dapat mentenagakan dan meransang kulit kepala dan membantu mengurangkan keguguran rambut disebabkan putus. Menjadikan rambut kelihatan lebat dan tebal. Selain itu ia dapat menyelamatkan sehingga 1800 helai rambut setiap bulan. Ia juga mengurangkan rambut yang rapuh, halus daripada putus atau rambut menipis. 

Scalp Tonic pula adalah tonik tanpa bilas yang menggalakkan kulit kepala yang seimbang dan lembab dan juga rambut yang lebih tebal dan lebih lebat. Ianya untuk semua jenis rambut terutamanya rambut rapuh, halus dan nipis. Gunakan dua kali sehari untuk hasil terbaik. 


Anti-Hairfall Set 
Semoga pencerahan Zumal dapat membantu korang dalam memilih produk terbaik. Untuk pengetahuan korang produk ini dijamin 100% pulangan modal.

13 Nov 2015

RENUNGAN JUMAAT

Motivasi 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang datang dalam hidup adalah PILIHAN.

Nak senang ke nak susah?
Nak kaya ke nak miskin?
Nak berjaya ke nak gagal?
Nak banyak ke nak sikit?
Nak cepat ke nak lambat?
Nak buat ke nak join?
Nak datang dengar ke nak tengok aje?

Pilihan di tangan kita... Apa pilihan anda???

11 Nov 2015

NAK MAKAN BURGER

ROCKSTARZ BURGER 


Rockstarz Burger 

Rockstarz Burger 

Rockstarz Burger 

Rockstarz Burger 

Rockstarz Burger 

Naz JJCM sampai lagi awai



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nanti Blogger Utara nak makan burger pula. Burger apa? Kat mana? Sudah tentu Rockstarz Burger kat Sungai Ara Penang laa... Review kami DI SINI...

6 Nov 2015

KEPENTINGAN NETWORKING

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kembali kita dalam entri terkini Dunia Zumal ini. Maaflah kerana Zumal belum sempat membalas kunjungan semua. 

Hari ini jari Zumal tergerak untuk berkongsi sesuatu untuk anda semua. Dalam kehidupan kita, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau bukan pasangan kita perlu ada keluarga dan kawan-kawan. Kita mampu berdikari tapi kita masih perlu ada insan lain bersama kita kerana itulah kehidupan. Kalau anda hanya seorang diri itu bukanlah erti kehidupan. Hidup saling bergantungan. Atau kita sebut sebagai jaringan atau networking.

APA ITU NETWORKING?


Networking adalah satu kaedah untuk membina sesuatu organisasi. Lebih senang kita katakan ianya memudahkan sesuatu yang susah. Jika sesuatu jabatan diketuai pengarahnya, untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih efisyen jabatan itu perlukan pegawai dan pegawai pula perlu pembantu yang lain.

Dalam perniagaan pula, jika kita ada satu stall burger, tanpa networking kita akan bergantung semata-mata dengan hasil dari stall tersebut. Jika berlaku sesuatu kepada kita dan kita tak dapat berniaga, maka pendapatan kita turut terhenti. Kita perlu membimbing orang lain untuk jadi seperti kita dan buka stall baru yang dimiliki oleh kita tapi dijalankan oleh pekerja iaitu orang yang telah kita bimbing tadi. Selepas itu jika berlaku apa-apa pada kita, perniagaan masih berjalan. Bayangkan kita berjaya membuka 10 stall di tempat berbeza, satu stall mendapat untung RM 100 satu malam maka kita akan mendapat untung RM1000 pada malam itu. Jika 5 stall tutup kita masih ada RM500 untuk satu malam.

Begitulah pentingnya networking. Jadi kita perlu ada networking untuk faedah pendapatan yang kukuh dan besar. Jika anda mahu belajar tentang networking Insha Allah Zumal akan kongsikan serba sedikit. Untuk sebarang permasalahan boleh hubungi 0125747869 (WhatsApp saja) Terima kasih kerana anda sudi membaca.

4 Nov 2015

AWESOME BLOGGER OCTOBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah hari keempat kita berada di bulan November 2015. Alhamdulillah masih dapat kita menghirup udara segar di alam fana cinta ini. Seperti biasa awal bulan Zumal akan umumkan Awesome Blogger Of The Month gitu. 

Mereka yang berjaya menempatkan nama adalah.... bayangkan bunyi drum.... jeng jeng jeng....

Awesome Blogger October 2015



Nampaknya JM kembali mengungguli juara takhta Awesome Blogger Of The Month. Tahniah JM dan tahniah juga kepada yang lain. Terima kasih Zumal ucapkan atas sokongan korang. Kepada yang tak tersenarai, terima kasih jua Zumal ucapkan. Kepada korang yang belum kenal para finalis Awesome Blogger Of  The Month boleh la terjah nama dorang di sidebar blog Dunia Zumal ini.

2 Nov 2015

PERKAMPUNGAN SUNNAH SIRI 2

Perkampungan Sunnah 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum ni Kerajaan Negeri Perlis bersama Jabatan Agama Islam Perlis pernah menganjurkan Perkampungan Sunnah pada bulan Mei 2015 lalu. KISAH DI SINI. Pada 20 hingga 22 November 2015 ini Perkampungan Sunnah Siri 2 bakal berlangsung.

Seperti sebelum ini juga Perkampungan Sunnah akan diadakan di perkarangan Masjid Alwi atau lebih dikenali sebagai Masjid Kangar. Seperti siri yang lepas, pengisian Perkampungan Sunnah ini seperti kuliah agama, street dakwah, pameran dan lain-lain.

Semoga kita memanfaatkan majlis ilmu yang bakal diadakan nanti. Terima kasih kerana sudi membaca...