13 Oct 2015

TAK PEDULI BAHAYA MENANTI

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Korang  ada anak kecil? Tolonglah ambil berat tentang anak-anak korang yer. Tak peduli, bahaya menanti. 

PINTU AUTOMATIK


Dalam pemerhatian Zumal semasa berniaga kanak-kanak  amat suka bermain pintu automatik berdekatan kiosk Zumal. Kebanyakan mereka tanpa pengawasan orang dewasa. Bermakna keluarga buat tak tahu je anak-anak  berada di mana.

Walaupun sejak kebelakangan ini banyak kes anak-anak hilang tapi situasi macam tak takut pula. Bukan Zumal nak cerita tentang kes culik tapi nak kongsikan betapa bahayanya pintu automatik tu kepada anak-anak korang.


Pintu automatik di tempat Zumal berniaga ini mengesan pergerakan satu meter darinya untuk terbuka. Tapi jika korang makin hampir atau betul-betul di bawah pintu dalam masa yang lama ia akan kembali tertutup. Jadi ia berisiko untuk buat korang tersepit. Korang maybe tak la sebab punyai akal fikiran yang baik tapi bayangkan anak-anak di bawah 5 tahun yang dibiarkan bebas tu.

Mungkin selama ini korang dapati anak-anak korang selamat. Selalunya Zumal dan pengawal keselamatan akan perhatikan. Bukan nak jaga tepi kain orang tapi itulah tanggungjawab sebagai manusia.

Pengalaman Zumal di sana, kucing pernah tersepit dan hampir mati. Sekarang kucing tersebut dah mengalami kecacatan. Zumal kesian sangat melihat kucing tu. Kalau la perasan lebih awal mungkin kucing tu selamat. Beberapa hari lepas customer berbual di bawah pintu itu juga hampir menjadi mangsa. Bayangkan mereka yang dewasa pun hampir menjadi mangsa inikan kanak-kanak  yang belum tahu bahaya sekitar mereka.

Justeru itu Zumal nasihatkan ambillah peduli kerana bahaya menanti. Di mana sahaja ada risiko diluar kotak pemikiran kita... 

17 comments:

  1. ish..ish..bahaya pulak..kesian kucing tu..

    ReplyDelete
  2. kalau sygkan anak mesti awasi keselamatan anak di tempat gini..zummal dh ingatkan tu...

    ReplyDelete
  3. Merisaukan kan zumal..tolonglah ambil berat..tolonglah berjaga jaga wahai ibu bapa..

    ReplyDelete
  4. Mummy pun selalu risaukan hero2 bila lalu kat pintu auto lagu ni... almaklum la kadang2 dia detact ikut ketinggian...tp tu dulu la sekarang dorang dah hampir sama besaq ngan mummy.. :) No worries anymore..

    ReplyDelete
  5. pintu otomatis memang kadang membuat ngeri saya yang orang kampung ni, untung yang punya pengalaman terjepi hanya kucing, bayangkan kalau kang Zumal yang terjepit?

    ReplyDelete
  6. ngeri kalau nak dibanyangkan jika kanak2 yg trsepit 2.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Ibubapa sekarang memang cuai...kalau dah terjadi apa2 nanti. Pasti pihak mall juga disalahkan

    ReplyDelete
  8. kekadang anak - anak ni mmg susah nak di kawal . lagilah klu anak ramai ... selalunya mak mrk ni jenis take for granted je ... pak guard le kena jaga ...

    ReplyDelete
  9. tahniah Zul memberi nasihat pandangan..di mana2 berlaku kemalangan tetapi jalan terbaik sentiasa berhati2..

    ReplyDelete
  10. Beringat sebelum kena. Jangan menyesal di kemudian hari

    ReplyDelete
  11. nak tunggu jadi baru orang lain mula alert..
    tapi ada juga yang dah jadi pun tak alert2..

    nauzubillah..

    ReplyDelete
  12. memang agak bahaya pintu nih..

    ReplyDelete
  13. bdk2 mmg suka main bnda2 pelik cmtu tp stgh mak pak biarkn ja.nk tggu kena br nk alert kot?

    ReplyDelete
  14. betol budak2 apa yang dorang tau selain seronok. mak pak la kena alert kadang heran jugak jenis yg biar anak2 ni. tak takut ke tak risau ke entah. haihhh moga2 kira dengan suami takde la jadi macam tu amin amin

    ReplyDelete
  15. bahaya tu kalau tersepit. Kadang-kadang kita ni tak perasan pun benda-benda macam ni. Ambik mudah je. TQ Zumal untuk peringatan ni

    ReplyDelete
  16. ank2 mmg excited bila tgk benda2 yg bergerak sendiri ni...so ibu bapa harus memantau pergerakan mereka. jgn biarkn nasi jd bubur...

    ReplyDelete
  17. parent yg bawa anak2 kecil ni perlu lebih alert

    ReplyDelete