Booking.com
Booking.com

16 Oct 2015

KETURUNAN PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua. Ini adalah entri sambungan dari entri INI. Kenapa nak buat entri macam nie? Macam poyo aje kan? Sebenarnya banyak faedah buat entri macam nie sebab Zumal boleh simpan sejarah nie. Manalah tahu suatu masa nanti dah tua tak dapat nak cerita lagi mungkin dah nyanyuk pula. Banyak faedah tu kan???

Sebelum nie bercerita tentang asal usul mama. Hari nie bermulalah cerita pasal asal usul ayah Zumal pula. Ayah Zumal dilahirkan di Felda Lenga, Muar, Johor. Ayah Zumal berketurunan Jawa. Semasa arwah nenek di sana ada, kalau mereka borak anak beranak memang  Zumal tak faham. Sebabnya mereka guna bahasa Jawa. Ayah Zumal anak sulung dari 12 orang adik beradik. 

Arwah atok meninggal sejak ayah kecil jadi ayah la banyak membantu nenek untuk membesarkan adik-adiknya. Nasib juga ayah anak Felda, banyak kemudahan untuk ayah menampung keperluan keluarga.

Sejujurnya Zumal memang  tak rapat dengan keluarga ayah. Last Zumal balik Muar pun pada tahun 1999. Mungkin kerana jarak. Bila jarak jauh memang perlu modal yang besar. Zumal pula bukan orang senang. Kekadang keluarga sebelah sana tak faham dan selalu membuat Zumal naik angin bila mereka berbunyi. Zumal kat Perlis nie banyak tanggungjawab. Zumal nie seperti nyawa untuk tok. Makan minum dan bergerak tok perlukan Zumal. Kekadang tok macam nak Zumal sentiasa kat rumah. Tok asyik tak sihat dan semakin tak sihat. Semua perlukan bantuan. 

Ayah Zumal bekerja di Lembah Klang dan begitu juga mama. Dan dengan itulah utara dan selatan bersatu. 

Gambar kahwin ayah dan mama

Teringat kembali masa nak masuk UUM dulu kena sertakan surat beranak ayah. Disebabkan ada tulis keturunan Jawa tu dalam transkip Zumal ada tulis bangsa Melayu Indonesia. 

Masa sekolah dulu, Zumal nie bersekolah di sekolah yang ramai budak nakal, jawa tu selalu dipermainkan. Geram sampai sekarang. Lagi pula nama ayah beza sangat dengan nama ayah dorang. Zumal sering diperli datang ke Malaysia naik sampan dan macam-macam lagi...

#tak seronok jadi keturunan Jawa kat Perlis hokeh...


15 comments:

  1. orang jawa ni rajin berkerja n berniaga zumal...patutlah zumal suka bisnis...darah keturunannya begitu. jauh juga bertemu jodoh ayah n mama zumal tu ya...keturunan apapun kita seharusnya kita berbangga dgn diri kita..

    ReplyDelete
  2. yelah, sebab tak ramai orang jawa sebelah utara.. asyik jadi usikan laa.. dulu ada kenal jugak orang jawa nih..

    ReplyDelete
  3. Orang jawa suka bergurau..hehe..

    ReplyDelete
  4. teringat zaman budak-budak kan ... memang yang jenis nakal ni suka ejek nama mak ayah, geram dibuatnya :)

    ReplyDelete
  5. Akak bangga jadi orang jawa. ..walaupun separa :)

    ReplyDelete
  6. ala , kesian lak bila baca zumal kena ejek ... sis org jawa . kg dan sekolah sis mmg kebanyakannya org jawa . jadi kat sekolah cakap jawa perkara biasa . lagilah kalau sakit hati dgn pelajar bugis , melayu dan cina . mmg kami mengumpat dlm bhs jawa ... heheheee ... muar je eh . sis belah batu pahat ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SI jangan mengumpat saya dah ler. Hehe... Zumal tak tahu bahasa jawa ^-^

      Delete
  7. ehhhh... mak abah mummy dulu sanding pun pakai songket biru.. hehehe

    ReplyDelete
  8. hurrmm ayah dan mama Zumal ada di Johor lah skrg ni? dah lama betul x balik Johor tu dah berbelah tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah dengan mama tinggal di Pulau Indah, Pelabuhan Klang...

      Delete
  9. Zumal ada berapa orang adik beradik?

    ReplyDelete
  10. suppose kena duduk kt klang ni zumal bukan kt perlis hehehehe

    ReplyDelete
  11. sabar ya zumal orang yg usik tu ooo baru asal usul zumal ekin tak buat entri keturunan hihihi byk kena kaji selidik dulu

    ReplyDelete
  12. Biasala tu Zumal..Jawa tetap the best hehehe

    ReplyDelete