23 Oct 2015

KADAR BRIM 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui umum, hari nie Datuk Seri Najib telah membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016


BRIM 2016

Bagi penerima BRIM pasti ternanti-nanti tentang kadar BRIM 2016. PM telah memaklumkan jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000, akan menerima BR1M sebanyak  RM1,050;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950  kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 ringgit kepada RM400.

Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion.

18 comments:

  1. Terima kasih zumal share...alhamdulillah apa adanya..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini zumal....Terima apa jer keputusan...semoga memberi memanfaat kepada masyarakat...

    ReplyDelete
  3. salam sehat dan ceria selalu bersama kadar BRIM

    ReplyDelete
  4. xsenang juga nk pohon brim walau layak pun..

    ReplyDelete
  5. Kategori baru saya kurang jelas, siapa yang layak memohon?

    ReplyDelete
  6. adakah kaitannya dengan GST yang kita pay ni ZUL...k/tangan kerajaan RM 500 ja pula..

    ReplyDelete
  7. tq zumal tahun 2016 kena bgi dua la ekin huhuhu

    ReplyDelete
  8. Mummy dah dengaq smlm.. Bonus bertahun RM 500 ja awat la tak sebulan gaji.. Hehehehe.. Apa2 pun syukur alhamdullilah..

    ReplyDelete
  9. Dari Rakyat..Untuk Rakyat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... memang duit rayat pun ... tak payah nak terima kasih PM la sangat :p

      Delete
  10. zumal dapt ke idak ... mohon je zumal ... hehehee

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...syukur, rezeki dari Allah...

    ReplyDelete
  12. BR1M = umpan. sepatutnya kerajaan beri 'pancing' so rakyat tau laa cm ne nk cari umpan...

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah walaupun tahun depan dah tak layak dapat..

    ReplyDelete