Booking.com

1 Oct 2015

CARA NAK DAPAT TRAFIK MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kat sini siapa yang berniaga online? Fuh ramai kan? Bila ramai dah tentu banyak persaingan dan tak mudah nak dapatkan pelanggan ke laman promosi korang dan ke instagram korang.

Justeru itu hari nie Zumal nak cerita sedikit rahsia bagaimana nak dapatkan trafik mudah ke laman promosi korang dan instagram korang.

TRAFIK INSTAGRAM


Instagram adalah laman sosial yang semakin popular dari kalangan artis mahupun orang biasa macam Zumal. Beli trafik? Walaupun sebenarnya korang boleh membeli followers untuk laman sosial tapi adakah korang perlu trafik atau followers yang banyak untuk berniaga online? 

Zumal katakan tidak jika korang nak berniaga. Lain la jika korang sekadar nak angka followers dan like yang banyak. Tapi berapa kerat sahaja yang hidup di dalam trafik yang ada tu. Jadi sukar juga mendapat jualan walaupun followers tu korang beli.

Jadi macam mana nak dapat trafik yang hidup? Ok. Korang mesti arif tentang hashtag kan? Hashtag tak perlu yang merepek kerana korang tak dapat apa faedah pun. Korang perlu guna hashtag yang betul. Macam mana? Misalnya kalau korang jual produk melangsingkan badan antara hashtag yang wajar korang letak pada post korang adalah #langsing #kurus #kuruscepat #kurusmudah #slim #slimfast. Kenapa begitu? Kerana pelanggan biasa akan search keyword yang berkaitan dengan produk yang dicari. 

Tapi bagi yang nak followers pun korang boleh gunakan hashtag juga. Tak perlu beli. Misalnya hashtag popular untuk mendapat followers adalah seperti #f4f #f2f #f4like #teamfollowback #follow4follow #followtrain #ifollowback #followback. Camne faham kan? Praktikkan sekarang cukup mudah. 

TRAFIK BLOG DAN WEB


Blogger juga perlukan trafik yang baik. Terutama mereka yang buat bisnes online dan mereka yang pasang iklan yang memerlukan trafik yang banyak untuk klik iklan yang dipaparkan di blog. Lagi satu jika korang yang buat bisnes affiliate juga perlukan trafik ke web promosi korang tu kan.

Bila trafik banyak, kebarangkalian untuk dapat jualan juga tinggi. Antara cara mudah dapat trafik yang banyak dan yang berguna adalah dengan keywords. Keywords adalah kata kunci utama yang menggambarkan produk yang dijual. Orang search sesuatu yang mudah dan menggambarkan produk yang dicari. Kalau korang jual kasut secara online, keyword dalam entri korang dah tentu kena berkaitan kasut juga.

Lagi satu cara nak dapat trafik mudah adalah dengan share link web promosi dan blog korang di facebook. Facebook merupakan laman sosial yang ramai pengguna. Datuk nenek pun dah pandai guna facebook. Jadi facebook adalah medan terbaik untuk korang dapatkan trafik dengan mudah.

Caranya adalah korang perlu share di group facebook. Group facebook nie ada yang percuma dan ada yang berbayar. Zumal cadangkan korang share di group percuma dahulu. Nak cuba kena cuba yang percuma dahulu.


Tengok pada contoh akaun affiliate di atas. Bila dapat trafik yang baik korang akan dapat lakukan banyak jualan macam tu. Nak tak?

Ada lagi tips sebenarnya tapi ianya adalah rahsia. Jika korang betul-betul nak boleh la klik  DI SINI. Lepas nie korang akan dapat trafik mudah yang berguna. Dan mungkin korang bakal berhenti kerja kerana duit jualan korang dah melebihi keperluan. Selamat maju jaya dari Zumal. 


22 comments:

  1. setuju zumal tak perlu nak beli like semua tu,usaha sikit akan nampak hasilnya, utk trafik blog yup, keywords sangat penting supaya terus dapat trafik organik dari SE..good tips :)

    ReplyDelete
  2. banyak hashtag baru sejak2 dah slow IG sebab nset rosak..huhu

    ReplyDelete
  3. thanks zumal atas info ni
    good info

    ReplyDelete
  4. perkongsian info yg bagus ni...tksh.

    ReplyDelete
  5. # instagram tu mmg berkesan.. Saya pn kalau nak cari benda2 murah slalu jgk cari melalui #.. Blog tu mmg kena pandai guna keyword dia... nice sharing zumal..

    ReplyDelete
  6. Baru tau pasal hashtag tu. Rupanya itu gunanya hashtag banyak-banyak.

    ReplyDelete
  7. Gud Info Zumal... Macehh na... :D

    ReplyDelete
  8. thanks zumal ats info yng sangat menarik tu

    ReplyDelete
  9. info yang baik..sekarang jarang up entri, trafik pun sendu

    ReplyDelete
  10. Tips yang baos terima kasih Zul..

    ReplyDelete
  11. Wahh....info yang sangat berguna dan menarik ni zumal....

    ReplyDelete
  12. kena rajin ... wat apa pun , klu x rajin , tak ada hasil juga ...

    ReplyDelete
  13. tingin nak join macam hampa semua.. tapi takot xdan nak monitor..
    dan komitmen.. huahua..

    ReplyDelete
  14. kalau kurang commitment boleh zumal.. info yg bagus untuk sesiapa yg berminat

    ReplyDelete
  15. follow4follow tu kita biasa buat kat Tumblr je hahaha

    ReplyDelete
  16. affialiate apa tu? banyaknya dapat ... tahniah zumal :)

    ReplyDelete
  17. tips yang sangat membantu sbb JM mmg tak tahu bab ni terutama pasal follower di IG tu

    ReplyDelete