Booking.com
Booking.com

31 Oct 2015

DANA 2.6B

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal dapat dana? OMGeee. Tak la. Siapa la nak bagi tapi memang Zumal memerlukannya. Untuk memelihara dan memulihara meow2 Zumal. Sebelum pernah cerita Teh dapat baby baru 4 ekor di SINI. Tapi pada 6 Oktober lalu Kabu pula menambah lagi seri rumah Zumal dengan tambahan lagi 4 ekor meow. Jadi sekarang di rumah Zumal dah ada 17 ekor meow. Banyak tak??? Boleh la. Meriah rumah tu. 

Boboboy Nama Diberi

Bagaimana Untuk Menyumbang


Pertamanya Zumal tak minta sumbangan wang ringgit yer. Kedua sumbangan 100% untuk meow je. Cara untuk menyumbang hanya dengan klik pautan DANA ini. Korang juga boleh klik pada gambar Boboboy untuk beri sumbangan. Mudah tak??? Lagi satu ada perkongsian dalam pautan tu, silalah baca. Akhir sekali klik juga Vote di sidebar blog Zumal yer. 

Terima kasih kepada semua. Jasa korang amat Zumal hargai. Hehe...

KORANG BAIK KAN???

Snow

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu buat semua. Tengok gaya snow tu, tak kesian ke pada Snow. Hehe...

Korang semua baik kan??? Untuk membuktikan korang betul-betul baik, mari support Zumal yer. Macam mana? Sebelum nie Zumal ada sertai contest di Lynk.my. Tahu kan???

Untuk itu jom la berikan undi untuk Zumal. Caranya senang je nak undi dengan hanya klik UNDI. Terima kasih kerana mengundi. Jika Zumal menang boleh la anjur GA nanti.

Korang jemput la join bersama contest yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 27 Disember 2015 nie. Nak tahu pasal contest boleh la rujuk pada entri contest Zumal kat SINI. Tekan skip ad di penjuru kanan atas yer dan korang akan sampai ke entri contest Zumal tu.

#Sebelum tu bersama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah ayahanda Siti Yang Menaip yang telah pergi ke rahmatullah semalam. Al Fatihah...

EPHYRA.MY

Pinned Entri Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entri Terkini 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?

Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:

30 Oct 2015

BILA GUNA MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Baru-baru nie Zumal bawa balik minyak zaitun. Zumal teringin nak try. Lagi pun guna minyak zaitun adalah sunnah Rasulullah. Zumal ada membaca dalam buku Rasulullah is My Doctor yang menyatakan minyak zaitun nie banyak manfaat. Review buku DI SINI.

Zumal guna bukan sekadar untuk minum je. Tapi Zumal manfaatkan minyak zaitun nie lebih dari itu. Tahu tak minyak zaitun boleh cuci muka dan rawat rambut. Inilah nak citer.

Untuk muka, segala bintik hitam dan putih pun boleh hilang. Tapi kena istiqamah la. Zumal tak istiqamah pun. Caranya sebelum tidur kita lumur je seluruh wajah. Tapi kalau ikut buku, lumur kat muka 30 minit sebelum mandi. Masa mandi cuci muka sampai bersih. Insha Allah seminggu guna dah nampak kesan. Muka bersih berseri gitu. Ayat iklan.

Untuk rambut pula. Just lumur gak seluruh rambut dan kulit kepala 30 minit ke 1 jam sebelum mandi. Masa mandi cuci bagi bersih. Rambut korang akan lebih berkilat dan lembut tau. Lagi satu kalau korang tak sayang bantal dan cadar boleh lumur sebelum tidur. Zumal juga guna minyak zaitun sebagai minyak rambut. Kepala pun rasa nyaman je.

Itulah perkongsian Zumal tentang minyak zaitun. Selamat mencuba.

SI KUNING

Sj4000wifi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kesian Zumal tengok si kuning terbiar je. Masa memula beli dulu memang tak lekang dengan dia. Sekarang rasa macam rugi je beli sebab jarang guna.


Tapi SJ4000 nie memang Zumal sayang sangat dan tak mungkin dijual. Moga ada masa nak guna dia. Si kuning, I lap you tau...


Nak tahu kenapa Zumal beli si kuning ada kisahnya DI SINI

#entri merepek je nie...

29 Oct 2015

TONTON ONLINE DETECTIVE CONAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kalau semalam Zumal cerita suka drama aksi kan? Eh, tak baca lagi. Klik SINI untuk baca. Hari nie Zumal nak kongsi animasi aksi pula yang paling Zumal minat. Macam budak-budak aje kan? Lantak la ape korang nak cakap... Hehe...


DETECTIVE CONAN


Ha... Detective Conan la animasi yang paling Zumal minat. Almaklum la Zumal juga pernah bercita-cita nak jadi perisik macam Conan tu. Conan a.k.a Shinichi Kudo nie bukan kanak-kanak tau. Dia termakan racun yang telah diberi oleh musuh dan tetiba dia menjadi kanak-kanak. Shinichi Kudo nie pelajar sekolah tinggi yang pandai dalam penyiasatan mengalahkan penyiasat terkenal Kugoro Mouri tu. Jadi tak hairan la dia banyak musuh.

Tapi setelah jadi kecil macam kanak-kanak dia gunakan nama Conan. Aweknya Ran Mouri (anak Kugoro Mouri) pun tak tahu hal ini dan menyangka Conan tu kanak-kanak. Conan tetap aktif menjalankan penyiasatan kes jenayah yang berlaku di Jepun dengan Kelab Detektif Muda. Dalam Kelab Detektif Muda tu ada lagi sorang yang terjebak jadi kecil macam Conan iaitu Haibara. Haibara nie perempuan. Dia tahu kisah Conan dan Conan pula tahu kisahnya.

Tapi kan lebih best kalau tengok Detective Conan versi orang yang real. Bagi korang yang ingat2 lupa cerita tu boleh menonton semula di link berikut yer...

1. Kudo Shinichi Written Challenge
2. Return Showdowns with The Black Organization

Selamat menonton yer...


28 Oct 2015

MARVEL AGENT OF SHIELD SEASON 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak beberapa tahun nie Zumal makin seronok layan drama aksi. Suka tengok dan kekadang rasa macam turut sama beraksi.

MARVEL AGENT OF SHIELD 

MARVEL AGENT OF SHIELD SEASON 3


Drama aksi paling Zumal minat adalah Marvel Agent of Shield Season 3. Sejak ditayangkan di tv3 beberapa tahun kebelakangan nie. Sejak season 1 lagi menjadi ikutan Zumal. Kat tv3 nie sirinya lewat sikit berbanding kalau korang tengok dalam Channel ABC.

Kalau di tv3 siri aksi ini ditayangkan setiap hari Selasa jam 11.00 malam. Kalau di ABC tu Zumal tak tahu ler. Kalau korang ketinggalan siri aksi ini korang boleh tengok di link yang Zumal share nie. Zumal pun kalau terlepas memang akan cari online sahaja...

MARVEL AGENT OF SHIELD SEASON 3 EPISODE 1

MARVEL AGENT OF SHIELD SEASON 3 EPISODE 2

MARVEL AGENT OF SHIELD SEASON 3 EPISODE 3

Episod best Agent of Shield ni masa akhir season 2 dulu kerana semua adiwira Marvel bergabung dalam Shield untuk menyelamatkan dunia termasuk la Captain America, Thor dan Iron Man.

Ok la. Selamat menonton buat semua...

F&N MEADOW GOLD | CPUV NUFFNANG #125

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tengok produk kat atas tu??? Haa itulah produk Meadow Gold keluaran F&N. Ada 4 perisa semuanya iaitu Lush Red Velvet, Heavenly Macadamia, Bold Chocolate Decadence dan Delectable Caramel Pecan. Fuh berbunga-bunga namanya. Pasti rasanya seindah nama. Korang boleh dapatkan produk Meadow Gold kat pasaraya berhampiran sekarang yer.

F&N Meadow Gold ini adalah CPUV terbaru dari Nuffnang untuk blog Dunia Zumal. Terima kasih buat pihak Nuffnang.

27 Oct 2015

U MOBILE - THE BOURNE 2 | CPUV NUFFNANG #124

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahu tak sekarang U Mobile sedang adakan promosi The Bourne 2. The Bourne 2 nie game tau. Game nie berdasarkan sebuah filem kalau tak silap Zumal. Sebagai pengguna U Mobile korang boleh download game nie di laman web U Mobile. Jadi korang kena jadi pengguna U Mobile k.


Bestkan boleh download game camtu. Kalau bertukar ke U Mobile nie bukan sekadar game, data free 1Gb setiap bulan pun dapat. Menarik kan???

U Mobile - The Bourne 2 ini dibawakan oleh Nuffnang  di blog Dunia Zumal. Terima kasih Nuffnang...

JJCM DI KUALA PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ingat Kuala Perlis pasti ingat laksa kan??? Semalam Faizul rakan seuniversiti Zumal ajak minum-minum di Kuala Perlis. Kali nie tak makan laksa atau seafood ler, kami makan lok ching di tepi laut Kuala Perlis. Kalau korang menuju ke Jeti Kuala Perlis gerai-gerai makan nie ada di sebelah kiri jalan. Banyak gerainya, korang boleh pilih. Kami pilih lokasi di tepi kabel elektrik tu.

Kiri sekali Zumal dan Faizul di kanan

Inilah lok ching

Seronok makan tepi laut nie kerana ditemani angin yang kuat. Lagi pun jerebu pun dah tak ada kerana hujan dalam beberapa hari nie di Perlis. Alhamdulillah.

Lok ching dan teh ais jadi pilihan Zumal 

Zumal ambil 3 jenis lok ching bersama teh ais. Zumal alergik minum teh ais tau. Tapi dek kerana dah lama teringin, jadi try la. Alhamdulillah sampai sekarang tak sakit perut macam selalu.

Asyik Faizul nikmati laici kang

Kat gerai yang kami menjamu selera nie ada pelbagai menu seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng dan jagung bakar selain daripada lok ching yang pelbagai tu.

Sahabat Zumal nak ABC tapi sayangnya tak ada. Maybe lain kali gerai-gerai kat Kuala Perlis boleh tambah 1 menu la iaitu Ais Batu Campur atau Ais Kacang.

Semalam tak sempat sembang panjang sebab hujan tetiba datang. Jadi, kami pun lariiiiiiii...

26 Oct 2015

SOROTAN BAJET 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bajet 2016 telah pun dibentangkan pada hari Jumaat lalu. Berikut adalah antara sorotan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Bajet 2016


Bajet 2016

Apakah pendapat korang tentang Bajet 2016 ini? Moga ia dapat mengstabilkan semula ekonomi Malaysia.

Baca juga BR1M 2016 DI SINI

23 Oct 2015

KADAR BRIM 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui umum, hari nie Datuk Seri Najib telah membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016


BRIM 2016

Bagi penerima BRIM pasti ternanti-nanti tentang kadar BRIM 2016. PM telah memaklumkan jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000, akan menerima BR1M sebanyak  RM1,050;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950  kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 ringgit kepada RM400.

Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion.

21 Oct 2015

JEREBU MAKIN BURUK DI UTARA

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Bermula semalam, Perlis kembali berjerebu. Paling pelik, jerebu nie hadir selepas hujan pagi semalam. Macam jerebu nie dah tak dapat dihapuskan dengan hujan kan? Makin degil gamaknya macam orang yang jadi punca gejala nie berlaku.

Ipu Perlis 146

Semalam ipu jerebu di Perlis hanya di bawah 100 tapi hari nie indeksnya semakin meningkat pula. Kena betul-betul tunggu 3 tahun ke? Kes buli nie!!! Macam mana la rakyat Malaysia nak jalankan aktiviti dan event kalau camni. Maybe sebab jerebu nie RM pun akan merudum lagi kan....

Zumal yang berniaga tetap berniaga tapi customer merosot la sebab tak ada yang keluar rumah. Stress juga berniaga nie jadi Zumal meneroka la suasana jerebu nie untuk ambil gambar buat tatapan korang. Hmmm...

Bukit Lagi pun hilang






Gigih dan poyo rasanya diri ini meneroka jerebu untuk gambar...

SERTAI WARUNG HALAL DI UNIMAP


Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua. Jom kita sertai Warung Halal bersama Ustaz Halim Hafidz, Ustaz Safwan Syafiq dan Ajak Shiro di UniMAP! 

'Warung Halal' adalah satu forum mesra belia yang berinformasi dan menghiburkan. Forum ini akan diketuai oleh Ustaz Halim Hafidz dan disertai oleh Ajak Shiro dan Ustaz Safwan Syafiq. Mereka akan membincangkan topik - Kita Adalah Da'i.

Tarikh : 24 Oktober 2015
Masa : 9 - 11pm
Tempat : Dewan Ilmu, Kampus Tetap UNIMAP,
Pauh Putra, Perlis
Kemasukan adalah terbuka kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'Warung Halal', ikuti 1Malaysia For Youth di Facebook, 1m4youth di Instagram atau hashtag #WarungHalaliM4U #ReligiousAffairsiM4U

19 Oct 2015

KARNIVAL SISWA NIAGA UNICITI ALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua. Sukacitanya hari nie Zumal buat sedikit hebahan kepada korang yang berada di utara terutama di Negeri Perlis. Hebahan apa?

Karnival Siswa Niaga UniMAP


Karnival Siswa Niaga UniMAP 

Pada 27 Oktober 2015 sehingga 29 Oktober 2015 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mengadakan Karnival Siswa Niaga bertempat di kampus UniCITI Alam, Sungai Chucoh, Padang Besar. Karnival ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pelbagai jualan oleh para pelajar UniMAP. Pelbagai jualan borong dan runcit, makanan, aksesori, pakaian serta terdapat juga soopa doopa dan hiburan pentas. Masuk adalah percuma, terbuka kepada sesiapa sahaja.

Panduan Ke UniCITI Alam

Bagi orang luar mungkin tak biasa dengar nama tempat UniCITI Alam kan? UniCITI Alam adalah sebuah bandar universiti yang menempatkan kediaman pelajar UniMAP dan KUIP, pusat pengajian, pusat perniagaan, Wisma Maips dan lain-lain. Jika korang dari Kangar, korang boleh gunakan Jalan Kaki Bukit atau nama lain Jalan Kangar-Padang Besar. Korang hanya straight melalui jalan tersebut sehingga sampai ke KM17. UniCITI Alam akan korang lihat berada di kanan jalan raya. Mesti tak sesat punya. Lokasi UniCITI Alam nie bertentangan dengan simpang ke Gua Kelam dan Kaki Bukit. Ianya juga sebelum pos pemeriksaan UPP Padang Besar. 

Jika korang dari Changlun pula bila tiba di simpang 3 terakhir di jalan ladang tebu Chuping tu, hanya belok kiri dan straight sahaja sehingga melepasi pos pemeriksaan UPP, UniCITI Alam akan berada di kiri jalan. 
UniCITI Alam

UniCITI Alam

Jika korang nampak bangunan macam di atas ini bermakna korang dah berjaya sampai di UniCITI Alam. Tapak terbuka juga kepada semua usahawan, terutama yang ada produk sediri di alu alu kan. Untuk info niaga boleh whatsapp 019 5595 998 @ call 0113 8083663. Selamat membeli-belah di Karnival Siswa Niaga UniMAP. 

SOFY COMPACT : CPUV NUFFNANG #123

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat memulakan minggu baru. Mulakan dengan bismillah dan senyuman, Insha Allah murah rezeki korang. 



Sofy Compact 

Bagi para wanita tentu tidak asing lagi dengan produk Sofy nie kan??? Tahukah korang Sofy telah memperkenalkan Sofy Compact yang hadir dalam saiz gengaman dan mudah dibawa. Jadi korang tak perlu risau untuk usung bungkusan tuala wanita ini kerana ia cukup sempurna untuk disimpan di dalam handbag. Sofy Compact dilengkapi dengan penyerapan teras, lubang penyerapan dan pengawal belakang yang lebar dan lebih meyakinkan walaupun semasa aliran banyak.

Bwincessnana

Iklan Sofy Compact ini dibawakan oleh Nuffnang. Untuk maklumat lanjut sila lihat pada paparan iklan.

18 Oct 2015

MOH - EXCLUSIVE BREASTFEEDING CAMPAIGN : CPUV NUFFNANG #122

Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan kempen penyusuan badan atau Breastfeeding Campaign bagi menggalakkan breastfeeding untuk mengelakkan serangan kanser payudara di kalangan para ibu. Kempen ini juga menerangkan manfaat kesihatan terhadap bayi yang diberikan penyusuan badan. Kempen juga menggalakkan para suami menyokong para isteri melakukan breastfeeding.

Kempen Kementerian Kesihatan Malaysia ini dibawakan khas oleh Nuffnang di blog Dunia Zumal. Bersama kita sokong kempen yang dijalankan. Terima kasih...



DA'I FINAL MALAM INI

Da'i


Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua. Setelah 10 minggu bersiaran di TV3, hari ini Da'i Pendakwah Milenia bakal menentukan siapa bakal juara Da'i. Setiap Ahad jam 9.00 malam Da'i bersiaran di TV3 menampilkan 10 orang Da'i pada episod pertama dan malam ini malam penentuannya dan bakal membariskan 3 orang finalist iaitu Da'i Hamidah, Da'i Hidayu dan Da'i Fuad.

Malam ini para Da'i bakal memberi tazkirah Ringgit Ke Syurga, Berapa Kali Jumaat Lagi dan RnR VIP untuk pusingan pertama. Pada pusingan kedua para Da'i perlu menjawab soalan spontan dari Mursyid mereka sendiri iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias. Bersama kita saksikan Da'i Peringkat Akhir pada 9.00 malam ini di TV3 dan jangan lupa taswit Da'i pilihan anda di www.tv3.com.my/dai

16 Oct 2015

LUX OBSESSION : CPUV NUFFNANG #121

Assalamualaikum   dan salam sejahtera  semua. Sejak 15 Oktober lalu Zumal duk nampak wajah Namee Roslan  berlegar di ruang iklan Nuffnang. Rupanya pada tarikh tu Nuffnang kasi CPUV baru Lux Obsession. Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang...


Lux Obsession 


Kalau korang nak tahu Lux yang terkenal dengan produk penjagaan diri seperti sabun tu dah keluarkan produk terbaru mereka. Produk dinamakan Lux Magical Spell. Keistimewaannya produk nie, ia disertakan bauan yang tahan lama. Selama 8 jam beb!!! Lama tu...

Namee Roslan

Cuba tengok wajah Namee Roslan selepas guna Lux Magical Spell tu. Nampak lain kan? Nampak lebih berseri gitu. Harus cuba.

Namee Roslan

Nak tahu lebih lanjut korang  klik memana gambar macam kat bawah nie atau terus ke blog nameeroslan.blogspot.my 




KETURUNAN PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua. Ini adalah entri sambungan dari entri INI. Kenapa nak buat entri macam nie? Macam poyo aje kan? Sebenarnya banyak faedah buat entri macam nie sebab Zumal boleh simpan sejarah nie. Manalah tahu suatu masa nanti dah tua tak dapat nak cerita lagi mungkin dah nyanyuk pula. Banyak faedah tu kan???

Sebelum nie bercerita tentang asal usul mama. Hari nie bermulalah cerita pasal asal usul ayah Zumal pula. Ayah Zumal dilahirkan di Felda Lenga, Muar, Johor. Ayah Zumal berketurunan Jawa. Semasa arwah nenek di sana ada, kalau mereka borak anak beranak memang  Zumal tak faham. Sebabnya mereka guna bahasa Jawa. Ayah Zumal anak sulung dari 12 orang adik beradik. 

Arwah atok meninggal sejak ayah kecil jadi ayah la banyak membantu nenek untuk membesarkan adik-adiknya. Nasib juga ayah anak Felda, banyak kemudahan untuk ayah menampung keperluan keluarga.

Sejujurnya Zumal memang  tak rapat dengan keluarga ayah. Last Zumal balik Muar pun pada tahun 1999. Mungkin kerana jarak. Bila jarak jauh memang perlu modal yang besar. Zumal pula bukan orang senang. Kekadang keluarga sebelah sana tak faham dan selalu membuat Zumal naik angin bila mereka berbunyi. Zumal kat Perlis nie banyak tanggungjawab. Zumal nie seperti nyawa untuk tok. Makan minum dan bergerak tok perlukan Zumal. Kekadang tok macam nak Zumal sentiasa kat rumah. Tok asyik tak sihat dan semakin tak sihat. Semua perlukan bantuan. 

Ayah Zumal bekerja di Lembah Klang dan begitu juga mama. Dan dengan itulah utara dan selatan bersatu. 

Gambar kahwin ayah dan mama

Teringat kembali masa nak masuk UUM dulu kena sertakan surat beranak ayah. Disebabkan ada tulis keturunan Jawa tu dalam transkip Zumal ada tulis bangsa Melayu Indonesia. 

Masa sekolah dulu, Zumal nie bersekolah di sekolah yang ramai budak nakal, jawa tu selalu dipermainkan. Geram sampai sekarang. Lagi pula nama ayah beza sangat dengan nama ayah dorang. Zumal sering diperli datang ke Malaysia naik sampan dan macam-macam lagi...

#tak seronok jadi keturunan Jawa kat Perlis hokeh...


15 Oct 2015

SEGMEN BLOGLIST BLOGGER BARU 1437H

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Klik untuk join 



Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua. Teruja sebenarnya nak join segmen anjuran blogger otai Hasrul Hassan atau lebih glamour  dengan singkatan HH. Kalau diterima penyertaan nie kita akan dimasukkan dalam bloglist bro HH. Maybe kita boleh terima limpahan trafik bro HH yang mencecah 40k sehari tu. Sempat ke tidak yer. Semoga penyertaan ini diterima. Terima kasih bro HH...

U FOR LIFE LAUNCH : CPUV NUFFNANG 120




Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Korang  pernah dengar U For Life??? Insurans U For Life tawarkan hanya serendah RM9.85 sebulan. Jadi tak ada sebab mengapa korang tak ambil insurans nyawa.

Tahukah korang insurans nyawa nie amat penting tau. Kalau kita jatuh sakit dapat jaminan kewangan dan juga rawatan yang baik. Mana taknya, korang boleh dapat rawatan di hospital swasta yang sudah tentu rawatannya berkualiti tapi harganya sendiri mau ingat laa. Dengan ada insurans nyawa, perbelanjaan perubatan boleh claim. Itu paling penting.






12 October lalu Zumal dapat CPUV Uforlife nie dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang dan korang semua...

KETURUNAN PART 1

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Dari mana kita sebenarnya? Siapa kita? Apakah asal usul kita? Pasti kita semua arif tentang keluarga kita. Kerana bila kita lebih kenal siapa keluarga kita pasti kita akan lebih akrab dengan keluarga dengan terbinanya jalinan ukhwah yang baik.

Arwah Tok Wan 

Hari nie tergerak nak bercerita tentang asal usul Zumal disebabkan topik nie jadi bualan kami dalam group WhatsApp  #BloggerUtara. Untuk part 1 Zumal nak cerita pasal asal usul sebelah mama. Sebab Zumal lebih rapat dengan keluarga  sebelah mama. Zumal juga dibesarkan oleh arwah tok wan iaitu ayah mama.

Mama Zumal dilahirkan di Kulim, kampung arwah tok lama (tok asal Zumal). Kemudian dibesarkan di Perlis.

Tok asal Zumal anak seorang pegawai polis yang berasal dari Kulim dan ditugaskan di Perlis. Tok wan kenal pun kerana ada satu kes polis melibatkan adik tiri tok wan. Jadi bila pegawai polis tu tolong kes tu bermulalah persahabatan tok wan dengan arwah tok.

Setelah berkahwin mereka dikurniakan 8 orang anak. Tapi seorang daripada mereka meninggal kerana sakit perut dan demam panas.

Bercerita pula tentang arwah tok wan pula. Arwah tok wan dibesarkan oleh bapa tiri. Bapa kandung tok wan seorang penggiat teater bangsawan dan sentiasa berada di luar negeri Perlis. Kejadian ini membuatkan bapa tok wan berpisah dengan mak tok wan, iaitu moyang Zumal la.

Disebabkan tok wan hidup dengan bapa tiri jadi tok wan mencari duit belanjanya sendiri. Bapa tiri tok wan juga seorang penggiat teater bangsawan dan juga nelayan. Tok wan pernah menceritakan beliau cari daun (tak ingat nama daun tu) untuk dibuat tali dan dijual ke kedai runcit berdekatan.

Arwah juga pandai membuat bakul dan tikar dari mengkuang untuk dijual untuk menampung keperluannya seharian. Tok wan pernah cerita bila beli seluar panjang, beliau akan potong seluar tu jadi dua bahagian dan dijadikan seluar pendek.

Bila dah meningkat belasan tahun, tok wan dapat tawaran menjadi guru. Beliau melanjutkan pelajaran di SITC, sekarang nie UPSI la kan. Walaupun dah jadi guru, beliau lakukan part time buat perabot dan menjadi tukang rumah setelah berkahwin.

Tok wan pernah supply perabot untuk sekolah di dalam Perlis nie dan rumah kampung Zumal yang duduk dulu tok wan buat seorang diri ja. Selain tu tok wan buat kuih jual dan pelbagai part time lain.

Arwah tok wan bersara dalam jawatan guru besar pada tahun 1988. Tahun tu juga arwah tok pula meninggal. Zumal baru berumur 4 tahun. Hujung tahun 1988 tu arwah tok wan berkahwin pula dengan tok Zumal sekarang nie yang beasal dari Bagan Serai, Perak.

Zumal dan tok

Setelah arwah tok wan tak ada, Zumal hanya tinggal berdua dengan tok. Nantikan Part 2 Zumal nak cerita pasal asal usul ayah pula...

14 Oct 2015

JADILAH YANG TERAWAL

GANONI WAYLIFE


Assalamualaikum dan salam  sejahtera  semua. Pernah lihat produk di atas? Semestinya korang dah baca DI SINI kan? 


Untuk pengetahuan korang produk tersebut belum ada di pasaran. Dan korang adalah antara yang terawal tahu tentang produk Ganoni.


Adakah korang berminat dengan produk Ganoni??? Adakah korang ingin menjadi agent produk Ganoni??? Hari ini Zumal mencari sesiapa yang ingin meneroka bisnes bersama Zumal. Jadilah yang terawal pasti peluang hebat menanti korang???


Takut nak join??? Modal besar??? Jangan risau, korang boleh jadi dropship Zumal secara percuma. Dropship ini PERCUMA!!! Peluang ini Zumal hanya buka untuk 10 orang terawal. Ingat yer hanya 10 orang!!! Jom rebut peluang ini. Siapa cepat dia dapat. WhatsApp atau SMS Zumal 0125747869 SEGERA!!!


13 Oct 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437


Assalamualaikum  dan Salam Maal Hijrah 1437. Masuknya azan Maghrib nanti maka bermulalah tahun baru hijrah 1437 bagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia ini. 

Masuk je tahun baru pasti bertambah juga umur kita. Semoga pertambahan umur ini seiring dengan amalan kita juga. Insha Allah...

Azam Zumal pada tahun 1437 ini adalah untuk berhijrah kepada hidup yang mengikut syariat Islam. Insha Allah Zumal akan istiqamah melakukan segalanya.

Doakan semoga Zumal menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat...

TAK PEDULI BAHAYA MENANTI

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Korang  ada anak kecil? Tolonglah ambil berat tentang anak-anak korang yer. Tak peduli, bahaya menanti. 

PINTU AUTOMATIK


Dalam pemerhatian Zumal semasa berniaga kanak-kanak  amat suka bermain pintu automatik berdekatan kiosk Zumal. Kebanyakan mereka tanpa pengawasan orang dewasa. Bermakna keluarga buat tak tahu je anak-anak  berada di mana.

Walaupun sejak kebelakangan ini banyak kes anak-anak hilang tapi situasi macam tak takut pula. Bukan Zumal nak cerita tentang kes culik tapi nak kongsikan betapa bahayanya pintu automatik tu kepada anak-anak korang.


Pintu automatik di tempat Zumal berniaga ini mengesan pergerakan satu meter darinya untuk terbuka. Tapi jika korang makin hampir atau betul-betul di bawah pintu dalam masa yang lama ia akan kembali tertutup. Jadi ia berisiko untuk buat korang tersepit. Korang maybe tak la sebab punyai akal fikiran yang baik tapi bayangkan anak-anak di bawah 5 tahun yang dibiarkan bebas tu.

Mungkin selama ini korang dapati anak-anak korang selamat. Selalunya Zumal dan pengawal keselamatan akan perhatikan. Bukan nak jaga tepi kain orang tapi itulah tanggungjawab sebagai manusia.

Pengalaman Zumal di sana, kucing pernah tersepit dan hampir mati. Sekarang kucing tersebut dah mengalami kecacatan. Zumal kesian sangat melihat kucing tu. Kalau la perasan lebih awal mungkin kucing tu selamat. Beberapa hari lepas customer berbual di bawah pintu itu juga hampir menjadi mangsa. Bayangkan mereka yang dewasa pun hampir menjadi mangsa inikan kanak-kanak  yang belum tahu bahaya sekitar mereka.

Justeru itu Zumal nasihatkan ambillah peduli kerana bahaya menanti. Di mana sahaja ada risiko diluar kotak pemikiran kita... 

10 Oct 2015

BERKAT ADA GROUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir jam 3.00 pagi, Zumal gagahkan jua menaip entri ini. Mengantuk dan beberapa kali tersengguk.

Sejak akhir ini, Zumal hadapi masalah bila share entri blog ke facebook. Tengok la gambar berikut




Semua entri yang Zumal share pasti keluar gambar bro Ben Ashaari. Tak tahu la kenapa. Khamis lalu Arz ada beritahu Zumal tentang perkara nie. Arz beritahu kalau entri tak bergambar secara automatik akan dipilih gambar di sidebar. Ting!!! Maybe sebab tu keluar gambar bro Ben Ashaari sebab Zumal letakkan blognya di bloglist tu. Maybe sistem detect gambar tu sebab blog bro Ben Ashaari paling banyak post entri kan.

Risau sebenarnya bila kejadian macam nie berlaku. Takut disalahertikan oleh orang lain termasuk bro Ben Ashaari. Kot ada yang anggap Zumal mencari populariti murahan pula.

Oleh yang demikian Arz cadangkan Zumal buangkan gambar untuk bloglist. Arz kata ia juga dapat meringankan blog kita. Alhamdulillah try pertama dah tak ada gambar bro Ben Ashaari. Terima kasih atas bantuan Arz dan tak lupa Zumal ingin memohon seribu kemaafan buat bro Ben Ashaari. Maaf tau...

DAPAT JUGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu Zumal ucapkan. Dulu semasa beli Asus Fonepad 7 nie pada bulan April 2015, Zumal ingatkan guna android versi terbaru semasa tu. Rupanya tidak, Fonepad 7 nie masih pakai Android 4.4 Kitkat. 


Akhirnya semalam berjaya juga Zumal update Fonepad 7 nie ke Android version 5.0 lollipop. Kawan dekat JKM cakap update ke 5.0 jadi berat dan makan space. Tapi bila Zumal try sendiri, nampak gayanya tak seperti yang beliau cakap. Fonepad 7 nie jadi lebih ringan. Alhamdulillah...

Lagi satu Zumal suka sangat bila guna internet datanya makin laju. Sebelum update kelajuan data hanya sekadar 1-100 kb per second tapi lepas update terus cecah angka 1000 mb per second.

Lain kali tak nak dengar gossip lagi. Tapi letih gak update nie kerana perlukan data lebih 600 mb. Hentam aje la. Akhirnya dapat apa yang diidamkan. Nanti kita idam marshmallow pula.

Apa Zumal merepek? Nak faham lagi kena baca entri INI.