23 Oct 2016

PENGINAPAN DI PADANG BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum nie Zumal telah buat review tentang Padang Besar DI SINI. Disebabkan ada pertanyaan oleh rakan-rakan baru Zumal sedar yang entri tersebut masih belum lengkap. Disebabkan hujung minggu nie sekolah akan cuti panjang jadi Zumal buat entri khas untuk rujukan korang ke Padang Besar yer.

PENGINAPAN DI PADANG BESAR


Teratai Putih Resort



Teratai Putih Resort terletak di No. 2, Lorong Teratai, Kampung Kolam, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-949 3549

Lokasi resort ini berdekatan dengan Stesen Keretapi Padang Besar. Zumal terlupa masukkan resort ini dalam entri sebelum ini sedangkan Zumal sendiri pernah makan di sini. Menu Siakap 3 rasa dan tomyamnya sangat sedap. Lagi pun makan free memang sedap sebab Pak Long yang belanja masa beliau baru jadi Pengarah Biro Tatanegara Perlis.

Tasoh Lake Resort and Retreat


Tasoh Lake Resort and Retreat ini berada di KM 17 Jalan Kaki Bukit beralamat di Lot 3082, Kampung Bukit Manik, 02100 Padang Besar, Perlis. Nombor untuk dihubungi 04-938 7186.

Terinai Lakeview Resort


Terinai Lakeview Resort ini berkonsep RnR di tepi jalan menghala ke Padang Besar iaitu di KM17, Jalan Kaki Bukit, 02100 Beseri, Perlis. View di sini amat menarik untuk beristirehat bersama keluarga. Cafenya juga terkenal di Perlis.

Tok Mek Restaurant and Motel


Tok Mek Restaurant and Motel ini berada di hadapan Terinai Lakeview Resort sahaja. Restaurant Tok Mek pernah direview oleh rancangan JJCM semasa Maria Tunku Sabri menjadi hosnya. Nombor untuk dihubungi 019-477 5999.

Homestay


Terdapat juga homestay berdekatan dengan arked niaga Padang Besar iaitu homestay milik Puan Norazam. Homestay ini berada di hadapan Balai Polis Padang Besar. Hubungi 012-420 3613 untuk tempahan.

Motel Arked Niaga Padang Besar





Info terkini yang Zumal dapat pada 21 Oktober 2016, ada sebuah motel baru bersebelahan Arked Niaga Padang Besar. Lagi senang untuk anda shopping di Padang Besar. Anda turun bawah motel pun ada kedai-kedai pelbagai barang seperti cenderahati perkahwinan, pakaian, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi. Anda hubungi 019-569 3228 untuk tempahan. Pemilik motel juga ada sediakan homestay...

17 comments:

  1. asalam Zul ..kiranya akan merujuk sini jika ada rezeke nak ke sana..tahnia

    ReplyDelete
  2. aah betul tu nti boleh stay kt situ lau jln2 ke perlis
    zumal jd hantu guide k
    eheh hantu lak almaklumlah baru pergi ghost museum hari tu
    jd tour guide weols nti ye
    #janganmarahaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Bgs gak entry cmni.. blh buat rjukan.

    ReplyDelete
  4. Sha belum pernah sampai ke apdang besar. TQ untuk entry ni, inshaAllah ada rezeki, boleh rujuk sini =)

    ReplyDelete
  5. wow
    nak tengok gambar semua resort ni lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emily pernah tengok gambarnya dalam entri sebelum ini http://duniazumal.blogspot.co.uk/2015/07/jom-ke-padang-besar.html

      Delete
  6. Puan Norazam tu CP kenal..satu course masa di UUM.

    ReplyDelete
  7. Menarik ni klu ke sana... mmg ada bercadang nak ke utara sekeluarga jln2... mungkin cuti sekolah kot, inshaa Allah. Thanks sharing Zumal... :)

    ReplyDelete
  8. zumal mcm dah bg hint tu nak #bloggerutara ramai2 ke Padang Besar tu..InshaAllah kalau ada rezeki sampai juga kami kesana..

    ReplyDelete
  9. penah pi kem bina negara belia kmpg pandan KL kt tasoh.time tu xda apa lg

    ReplyDelete
  10. boleh jadi rujukan ni kalau nak ke padang besar

    ReplyDelete
  11. boleh buat rujukan kalau pegi sana nanti.. thx

    ReplyDelete