Booking.com

17 Sep 2015

MINDA KITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga hari ini adalah hari yang indah buat korang. Insha Allah. 

Minda Ibarat MAGNET


Apa yang kita fikirkan, itulah yang kita akan nampak. Lagi kita berfikir, ia semakin banyak nampak, lagi kita fikir, ia semakin “menarik” banyak lagi dan lama-lama ia menjadi sebati serta menjadi REALITI.

Jika FOKUS tu perkara POSITIF, best dan menggembirakan dan kita gembira serta bersyukur dengannya, maka itulah yang semakin banyak kita akan nampak.

Begitulah sebaliknya, kalau FOKUS NEGATIF & MASALAH, maka “jawablah” sendiri lebih banyak masalah & negatif menjadi realiti dalam hidup mereka. Sumber.

Minda Positif


Sebagai usahawan atau pun bukan kita seharusnya berminda positif. Kerana setiap kali kita berfikir kepada positif kita akan jadi lebih kuat dan semangat. Andai kita pekerja yang berfikir negatif pasti sentiasa malas bekerja, ada saja alasan. Begitu juga usahawan pasti tak akan maju.

Bila kita positif, kita nampak masa depan yang cerah dihadapan walaupun sedar adanya rintangan bakal mendatang. Kita akan lebih fokus agar rintangan boleh dihadapi. Yang penting kejayaan yang kita impikan tu.

Setiap langkah pasti bermula dengan bertatih dan bukannya berlari. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Nak jadi PM pun bermula dari bawah. Begitu juga nak jadi CEO. Bermula dari bawah membuatkan kita lebih arif tentang selok belok kerja atau apa saja. Begitulah jika kita bergiat dalam bisnes konvensional dan networking, bermula dari A dan menuju ke Z. Kita akan lebih matang sebagai leader. Organisasi kita pasti bertambah kukuh.

Yang pasti tiada jalan pintas untuk berjaya. Tetapkan tekad, bermulalah sekarang apa yang korang fikirkan. Insha Allah pasti kejayaan menanti. 

Lagi topik berkaitan DI SINI


13 comments:

  1. keja mn2 pon kena pk positif...klau x asik rs diri ni kuli spnjg zaman...hik3

    ReplyDelete
  2. KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN...

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua sentiasa berfikiran positif :)

    ReplyDelete
  4. Sentiasa positif dan ketepikan perkara yang negatif termasuk jauhkan diri dari orang yang mempunyai aura negatif

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sejak akak join Shaklee akak dah mula belajar berfikir positif. masa mula2 join dulu asyik cakap dan fikir negatif sahaja..tak pandai laa..tak tau laa..takut laa..malas laa..tak ada masa laa..semuanya TAK!!! Tapi loni Alhamdulilla dah tukar dari TAK kepada BOLEH!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ke shaklee.....macam mana nak join

      Delete
  6. Betul tu zumal, dalam apa pun situasi yes tarik seberapa banyak aura positif, ,in sya Allah segala urusan jadi mudah. .

    ReplyDelete
  7. Wow....berfikiran positif.....dan...satu lagi....
    BIG THINKING.....

    ReplyDelete
  8. Tak keje kena fikir positof dgn org sekeliling huhuhu

    ReplyDelete
  9. Minda positif akan menjadikan badan sentiasa sihat juga... setuju!!

    ReplyDelete