Booking.com
Booking.com

14 Sep 2015

MAKSUD SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie hari permulaan minggu yang indah. Semoga korang semua memulakan tugas dengan baik. Hari nie Zumal nak kongsi tentang maksud SEO.

APAKAH MAKSUD SEO


Pengoptimuman enjin carian ataupun search engine optimization (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin carian  ke sesuatu laman sesawang melalui hasil carian "semula jadi" ("organik" atau "algoritma"). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil carian atau lebih tinggi "tempat"-nya, lebih banyak trafik yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis carian, termasuk carian imej, carian setempat, dan carian menegak khusus industri.

Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana algoritma carian berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang atur cara pengindeksan enjin carian daripada backlink sepenuhnya sesuatu tapak.

Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh robot enjin carian, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO Black Hat atau pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti ladang pautan dan penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin carian. Justeru, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.

Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri.

Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagian kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan reka bentuk laman sesawang. Istilah "mesra enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk, menu, sistem pengurusan kandungan dan kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah. Diubahsuai dari Wikipedia.

Bagi para blogger seperti Zumal sememangnya mengimpikan SEO yang baik untuk blog masing-masing. Setelah belajar bersama rakan #bloggerutara Zumal juga dapat meningkatkan peratusan mesra SEO Zumal dari 38% ke 68% dan kini 89%. Alhamdulillah. Semak SEO blog DI SINI.


Usaha ini sedikit sebanyak bagi membantu Zumal menyerlahkan blog Dunia Zumal kepada umum dan meningkatkan potensi pengiklanan di blog ataupun potensi pendapatan melalui iklan yang memerlukan trafik yang baik di blog. Semoga ianya berhasil. Insha Allah. 

14 comments:

  1. tq zumal ,, baru tau agak teruk jugak seo saya ..
    macam mana nak perbaiki seo ya

    ReplyDelete
  2. yui msih tak tgk hbs dlm group.. tak terkejar lg..huhu

    ReplyDelete
  3. Tahniah Zumal. Ada peningkatan. Harap dapat 100% lepas ni.

    ReplyDelete
  4. nampaknya banyak juga post kak yg mesra seo ni setiap hari...insyaAllah...rasanya kena pilih tajuk2 mudah yg senang utk seo agar seo xpening nk cari heh..heh..

    ReplyDelete
  5. sedikit info seo..tq zumal..sshnya nak faham bg blogger new mcm sy hehe..menulis je pandai..laian2 zerro...:)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.berkat usaha dan sabar.tahniah.in sya Allah akan datang menjadi 100% seo.amin.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Zumal, SEO memang penting unuk mendapat tempat di carian enjin.. :)

    ReplyDelete
  8. salam singgah petang zumal...Alhamdulillah dan tahniah zumal...89% dah menghampiri 100% tu zumal...teruskan usaha...

    ReplyDelete
  9. tahniah zumal . sis dah cek 2 hari lepas , alhamdulillah ... teruskan usaha ...

    ReplyDelete
  10. tahniah zumal.... lupa nk g check aritu... haha

    ReplyDelete
  11. insya allah kelak akan menjadi lbh baik!

    ReplyDelete
  12. akak pon...dr 27% ke 48% skrg dh 90%...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. Tahniah zumal perbaiki lGi jdi 100% ya

    ReplyDelete