Booking.com

25 Sep 2015

LEBIH MUATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lebih muatan. Bukan nak cerita pasal lori bawa batu lebih muatan atau keretapi dinaiki sampai atas bumbung macam di Bangladesh tu. Tapi.... teka dulu apa yang terlebih muatan tu...


Lebih kat perut. Hehe. Musim Raya Aidiladha nie banyak yang buat korban. Zumal setiap tahun menerima sedekah daging korban. Alhamdulillah.

Semalam Zumal dapat daging dari Masjid Tuanku Syed Putra. Hari nie pula dapat daging korban daripada Abang Hambali. 

Bila dapat banyak daging, Zumal mula fikir menu yang sesuai untuk masak semua daging tu. Semalam dah ada sup tulang rusuk. Dan hari nie terfikir nak bakar daging. Tapi nak lain dari yang lain. 

Dalam memunggah dapur terjumpa pes tomyam dan telur mate. Lepas Zumal basuh daging tu dengan tepung gandum. Zumal peram daging bersama pes tomyam, telur mate dan serbuk kunyit. Lepas sejam Zumal bakar dalam oven selama 30 minit. Akhirnya terhasillah menu fusion Daging Bakar Tomyam. Haha...

Daging Bakar Tomyam

Sup Tulang Rusuk 
Inilah antara menu Hari Raya Korban tahun ini yang menyumbang kepada penambahan lelemak. Apa pun, Zumal rasa sangat bersyukur atas rezeki yang Zumal dan tok perolehi. Alhamdulillah... Korang makan apa pula ???

Sebelum terlupa, Zumal turut kongsikan cara hilangkan lelemak DI SINI

5 comments:

  1. Ya Allah bestnya zumal tgk daging tu.... time raya haji je blh nk daging bnyk2 pasal lebih muatan tu letak tepi dulu.. hihihihih

    ReplyDelete
  2. sis punya sup kambing masih tak terusik lagi . dok panaskan memanjang je ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  3. First time jumpa resepi ni. Mesti sedap kan terutama kepada penggemar tomyam

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok daging tu....tetiba rasa lapar...eehhh

    ReplyDelete
  5. sedap tengok daging bakar tom yam tu....

    ReplyDelete