Booking.com
Booking.com

15 Sep 2015

BUKAN SESIAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah semalam hujan sepanjang malam. Moga dapat menyuci segala kotoran dan jerebu. Insha Allah...

BUKAN SESIAPA


Pemilik blog Dunia Zumal bukanlah sesiapa. Insan biasa yang serba kekurangan. Zumal bukan insan sempurna mana. Perjalanan hidup Zumal juga tiada yang dapat dibanggakan. Dari sudut hati ini Zumal malu untuk orang kenal Zumal. Lebih malu jika orang kenal siapa Zumal masa dulu.

Perjalanan hidup Zumal memang tak mudah. Tapi tiada kesedaran dalam diri untuk mengubahnya menjadi lebih baik. 

Zumal hidup sejak kecil bersama arwah tok wan dan juga tok. Berjauhan dengan ibu bapa. Bukan ditinggalkan tapi Zumal memang pilih tok wan. Keakraban tu lebih dengan tok wan. Tok wan dah pencen masa tu, tok wan boleh bela. Kalau tinggal dengan parent pengasuh yang jaga. Malam baru nampak parentnya. 

Manja. Cucu yang cukup manja dengan tok wan. Kalau tak nampak muka tok wan sekejap pasti Zumal meraung. Dari tadika sampai darjah satu tok wan teman. Masa rehat makan dengan tok wan. Manja sangat. Nak beli kat kantin pun tak tahu.

Minat. Zumal nie hobi lain dari orang lain. Mungkin hobi korang kumpul setem, kumpul kotak mancis, main layang-layang, dan macam-macam lagi kan. Tapi Zumal lain sikit. Kenapa? Zumal jadikan berniaga sebagai hobi. Tu pun setelah darjah 6. Dah tau belanja kiranya. Semua benda fikir nak jual ja.

Sampai satu tahap tok wan buatkan kedai mini untuk Zumal di depan rumah. Disebabkan masa tu kedai runcit di kawasan kampung Zumal tinggal dah tutup jadi kedai Zumal pun berganjak jadi seperti kedai runcit. 

Simpan. Alhamdulillah bisnes memang laku. Duit pun sentiasa tebal sebagai pelajar sekolah. Masuk sekolah menengah siap jual di sekolah. Lagi la banyak income Zumal. Tapi kalau korang nak tau Zumal nie tak pernah menyimpan. Ada duit belanja sampai habis. Beli mainan. Maklum la budak2 lagi. 

Masa dah masuk universiti Zumal kenal pula bisnes topup dan mlm. Tu pun laku juga. Hidup kat hostel nie macam setiap masa orang berjaga. Setiap masa ada orang ketuk pintu bilik nak beli topup. Mlm masa tu Zumal join CNI. Senior dari Kelantan yang kenalkan. Teringat pula kat dia dan roommate dia. Roommate dia tu antara insan yang jadi korban masa peristiwa Lahad Datu, sedih bila teringat arwah. Kami sebaya. Dia suka mengusik dan lucu orangnya. 

Ha, kalau nak tau sampai kat universiti buat bisnes tapi simpan tu haram seduit pun tak ada. Bila difikir semula betapa ruginya masa dan wang ringgit yang berlalu. Kalau simpan maybe dah dekat status jutawan kot.

Pengalaman. Lepas keluar universiti Zumal terus berniaga. Buka kedai di Kompleks Kangar yang lebih dikenali pejabat Mara Negeri Perlis. Alhamdulillah menjadi. Simpan. Memang tak. Buang jer. Jalan-jalan setiap minggu dengan bekas tunang. Siap sewa kereta lagi. Alahai. 

Dulu tak rasa. Sekarang baru terasa betapa ruginya. Itulah pengalaman. Zumal berniaga sampai arwah tok wan meninggal. Stop. Pindah di Klang, kerja. Mulanya pergi kerana sepupu tawar kerja. Pergi sana tak ada kerja seperti dijanjikan. Hanya kosong kerja welding. Yang tu memang Zumal tak pernah belajar. Dan memang tak boleh la.

Di sana Zumal kerja sebagai jurujual DNMC. Tahu ke apa tu? Ala yang jual kupon diskaun tu. Kalau korang jumpa bebudak jual, beli la memang berbaloi dengan RM yang korang keluaarkan tu. DNMC nie tak tipu. Iklan pulak.

2012 balik Perlis kerja di syarikat kawan. Dulu la kawan kot. 7 bulan di situ. Dia yang call suruh Zumal balik tolong setup kedai dia. Janji orang kekadang tak boleh pakai pun.

Tinggal kerja tu kerja di kedai serbaneka sebulan kemudian dapat kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis sebagai Pekerja Sambilan Harian. Alhamdulillah kekal beberapa tahun. 1 November 2012 sampai bulan puasa lepas. Lama juga. Sempat selit bisnes juga masa tu. Memang nasib badan la sebab tak ada kesedaran menyimpan.

Sekarang berniaga semula. Insha Allah akan Zumal perbaiki kelemahan lalu. Terima kasih Abang Fauzi kerana beri tapak untuk Zumal tumpang berniaga.

PERANCANGAN MASA DEPAN


Melihat pembangunan Perlis pun makin pesat. Abang Fauzi ingin membuka cawangan di Giant Kangar. Moga ada rezeki Zumal juga berniaga di dalam Giant tu nanti.

Selain tu Zumal ada dapat peluang lagi. Bisnes juga. Zumal nampak ianya berpotensi untuk dikembangkan lagi. Zumal juga ingin buka peluang ini kepada korang yang berminat. Bisnes networking yang dah kukuh. Memang dikenali tapi tak banyak yang tahu pasal peluang yang ditawarkan. Berminat nak tahu? Terbuka untuk yang betul-betul serius ja. WhatsApp Zumal 0125747869...



22 comments:

  1. ruginya zumal.. but xpe xsalah mula menabung dr sekrg... btw gud luck zumal... :)

    ReplyDelete
  2. insya allah...segalanya pasti akan berjalan lancar! chaiyok!

    ReplyDelete
  3. betul tu zumal..mayb skrg zumal dah jadi jutawan..boleh kami tumpang tepi hihi
    its ok zumal..jdkan ianya sebagai pengalaman dan pedoman
    dulu2 tu mayb zumal masih remaja or x matang
    skrg bolehlah pikirkan masa depan dan plan kehidupan seterusnya
    semoga hidup zumal lebih berjaya kelak amin

    ReplyDelete
  4. mesti ada simpanan serba sikit tu xkan nk citer nanti ramai pula yg nk pinjam heh..heh..gurau jer..moga trus sukses dgn kerjaya pilihan sbg bisnesmen...

    ReplyDelete
  5. Bismillah,

    good luck Zumal...pengalaman itu yang mematangkan bisnes Zumal.

    ReplyDelete
  6. Yang penting, kita belajar dari kesilapan lalu. Better late than never =)
    All the best Zumal. =)

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya dipermudahkan Zumal..sebenarnya semua itu bukan kesilapan tetapi pembelajaran..

    ReplyDelete
  8. bagus la zumal dah mula business dari kecik..harap lepas nie urusan dipermudahkan dan jgn lupa menyimpan tau..hehehe

    ReplyDelete
  9. dulu-dulu masa kecik2 mmg suka juga simpan setem,
    siap ada album lagi,tapi syg dah kemana enta...pergi setem2 tu,
    selamat maju jaya...

    ReplyDelete
  10. Tak apa..yang lepas biarkan.pandang terus kehadapan..pasak azam baru.in sya Allah boleh.

    ReplyDelete
  11. Perkara yang sudah jangan dikenang..mulakan hidup baru dengan lebih bersemangat

    ReplyDelete
  12. Yui pn skg bru ada otak fkir psl smpn.. yg lama jdkan kngn..

    ReplyDelete
  13. semangat terus ya mas zumal sukseeeeees :)

    ReplyDelete
  14. tahniah Zulmal..teruskan usaha..anggap kisah lalu sebagai penguat kan lagu usaha dan usaha..begitulah ragam hidup...moga perniagaan maju ya

    ReplyDelete
  15. lagi typo lah sorry ya ..
    sedap pula baca ya pengalaman Zul mal ni..rasa nak pula ikut buat cerita Etuza pula...kenangan lalu

    ReplyDelete
  16. banyak ikhtibar baca kisah zumal ni.. Akak pon baru berjinak2 buat bisness jual shaklee..dapat ler sedikit bonus tiap2 bulan lepas laa nak beli susu pampes anak. akak ni sbnrnya tak minat lgsung bual bisnes..tetapi tu laa orang kata tak cuba kita xtau..ape2 pon semoga Zumal terus suksess..& jangan lupa untuk Menyimpan (sedikit2 lama2 jd bukit).. Aamiiin!

    ReplyDelete
  17. Salam singgah sini zumal...semoga segala yang zumal usahakan berjaya dan teruskan usaha...

    ReplyDelete
  18. Saya selalu jeles dengan orang yang ada skill dan semangat untuk berniaga..sbb saya tak ada skill dan semangat yang sebegitu lagi.
    All the best Zumal. Semoga dimurahkan rezeki selalu..aamiin

    ReplyDelete
  19. dah syat zumal. smoga lebih terus sukses..

    ReplyDelete
  20. moga trus suksess zumal...masing2 ada jln ceritanya

    ReplyDelete