Booking.com

29 Sep 2015

12 - 3 + 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Busy saja setiap hari sekarang nie, tapi jangan risau Zumal akan tetap berblogwalking ke blog korang cuma sedikit lambat. Maaf tau.

12 - 3 + 4. Apa tu kan? Bukan formula baru matematik tapi itu kiraan penghuni berkaki 4 di rumah Zumal. Sebelum nie kucing Zumal ada 12 ekor. 4 dewasa dan 8 ekor masih anak-anak. Zumal pernah tawarkan untuk memberikan 8 ekor anak kucing Zumal kepada mereka yang berminat tapi hanya 3 ekor berjaya dilepaskan. Jadi kucing Zumal masih berbaki 9 ekor. Pada 8 September 2015 yang lalu, Teh menghadiahkan 4 ekor lagi. Sekarang kucing Zumal dah jadi 13 ekor. 


Alhamdulillah anak Teh nie memang cute mute jer. Tak lama lagi Kabu pula bakal bersalin. Berapa ekor lagi nak mai tu??? Tak tau la kan...

Kalau korang yang minat kucing boleh singgah rumah Zumal untuk ambil yang mana korang minat yer. Cuma Boboy jer tak boleh sebab Tok sayang sangat. Jika berminat contact ler Zumal. Percuma jer.

18 comments:

  1. wah..da mkin ramai ler anak bulus zumal kan..

    ReplyDelete
  2. moga semuanya baik2.. bkn mudah nk jumpa org nk amk anak kucing skg ni..

    ReplyDelete
  3. wah murah rezeki zumal...comelnya anak2 meow kecil kiut tu...

    ReplyDelete
  4. salam singgah petang zumal...wahh...anak2 bulus semua comel2 lah...

    ReplyDelete
  5. salam zumal, lama sy tak singgah sini :)
    amboii meriahnya anak2 buluss..kembirikan la mana yg patut, insyaAllah makin sihat gebus mereka mereka tu nnti (leh google fatwa jakim, hukumnya harus untuk kemaslahatan umat).. jom sama2 bantu kurangkan populasi kucing jalanan.. nnti dok membiak sakan, kita pun x larat nak jagaa, kann?

    ReplyDelete
  6. hihi meriah rumah zumal dengan tangisan anak2 kecil nanti hihi..memang comel sangat-sangatlah besar-besar ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rajin bunyi tu yang besar sekali jew...

      Delete
  7. Meriahnya dengan anak bulus...Pencinta haiwan rupaya zumal ni. Baru tahu

    ReplyDelete
  8. ingatkan kira apalah tdi... rupanya si bulus.. kucing mmg cute zumal.. saya pon suka.. InshaaAllah dapat barakah daripada membela kucing ni..

    ReplyDelete
  9. Si bulus yang comel-comel. Moga semakin murah rezeki Zumal sekeluarga memelihara haiwan kesayangan nabi ni =)

    ReplyDelete
  10. tu lah kalau byk kucing betina . kat sini pun sama . dok menambah je . tapi selalunya yg dpt hidup sampai besar cuma 1 - 3 ekor je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM rupanya... Banyaknye identiti, hehe. Sebelum nie anak-anak kucing Zumal banyak juga yang mati, tapi sejak hujung tahun lepas mereka banyak yang sihat ^-^

      Delete
  11. hopefully ada tuan baru datang nanti ... murah rezeki kalau bela kucing kan :)

    ReplyDelete
  12. hopefully ada tuan baru datang nanti ... murah rezeki kalau bela kucing kan :)

    ReplyDelete