Booking.com

14 Aug 2015

TELEMOVIE TRAVELLING BERUANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pasti ramai sudah tahu tentang Kempen Travelling Beruang yang selalu dipromosi di TV3 kan? Ianya bukan sekadar kempen biasa tapi TV3 telah membuat telemovie Travelling Beruang. Kisahnya kempen ini wujud hasil inspirasi Ungku Ismail setelah selesai pergambaran telemovie ini. Bermakna telemovie ini dihasilkan terlebih dahulu sebelum adanya kempen cuma ia belum ditayangkan lagi. 

TRAVELLING BERUANG  

Telemovie ini mengisahkan Adit, seorang ayah dan novelis, yang kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Pemergian anak tunggalnya itu juga menyumbang kepada institusi rumah tangganya bersama Lisa punah.

Dia bertemu Aishah, anak rakannya yang juga mengalami nasib sama. Aishah yang semakin kritikal keadaannya, memiliki satu impian iaitu untuk mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, dia hanya mampu mewakilkan Mr. Bear, patung beruang kesayangannya.

Adit yang selama ini hilang arah, tersentuh dengan permintaan anak kecil itu, lantas memulakan perjalanan mengembara bagi menunaikan permintaan terakhir Aishah.

Telemovie ‘Travelling Beruang’ dijangka menemui penonton di TV3 pada bulan 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015 ini pada jam 9.00 malam.

Travelling Beruang


Untuk memgetahui lebih lanjut tentang kempen travelling beruang, korang boleh KLIK SINI.

19 comments:

  1. Rare...PC ada juga terpandang kat tv ni zumal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... selalu nampak iklan kat TV, baru tahu ada telemovie sebenarnya :)

      Delete
  2. kisah yg menyentuh hati tu..

    ReplyDelete
  3. ooo.. ada kaitan dgn telemovie... nice..

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini zumal...selalu tengok iklan kat tv3...rupanya da ada juga telemovie dia...

    ReplyDelete
  5. macam best je cerita ni...cerita sedih.

    ReplyDelete
  6. ada baca kisah ni dalam majalah airasia / firefly :D begitu rupanya macam mana kempen ni terhasil

    ReplyDelete
  7. Menariklah..ada juga tgk ikkan dia..

    ReplyDelete
  8. wah ungku ismail! dahnyaa minat sgt ngn dia..
    jadi tak sabar lak nak tgok :)

    ReplyDelete
  9. Menarik juga baca sinopsis TB ni. Ungku Ismail pulak tu.

    ReplyDelete
  10. Ada telemovie eaaa ..Biasa tgk iklan ni kat TV je

    ReplyDelete
  11. ade tahu sikit2.. tngk kat utube waktu iklan hehe..

    ReplyDelete
  12. ohh ada kaitan dengan telemovie rupanya.. ingatkan iklan biasa jer..

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak tunggu travelling beruang CN sampai. hehe... boleh bawa travel dgn CN nnt :)

    ReplyDelete
  14. Dh x lama dah nk Ada kat TV.....wait for me Adit!!😁😁

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak tengok sabtu n ahad ni

    ReplyDelete
  16. Telefilem yg sangat simple jln cerita but sangat2 mendalam, lagu pun best.. Ada sape2 yg tahu ost utk telefilem ni tak?

    ReplyDelete