25 Aug 2015

PILIH UNTUK BAHAGIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pilih untuk bahagia. Bahagia di sini bukan pasal pilih pasangan tapi pilihan jalan hidup kita. Zumal juga bukan nak mengumpat atau mengata tapi sekadar perkongsian apa yang terlintas di fikiran Zumal hasil perbualan dengan tok pukul 1 pagi tadi. 12 jam yang lalu.

Bahagia atau derita itu kita yang memilih. Bukan kerana ia ditakdirkan kepada kita. Setiap sesuatu ada jawapan dan ada penyelesaian. Dari pengalaman Zumal sendiri sejak kecil. Boleh dibuat pengajaran.

Kisah keluarga pertama, punya hanya dua orang cahaya mata, gajinya cukup kerana keduanya bekerja. Tapi mereka pilih hidup yang selesa. Bahagia pada mereka. Sentiasa pilih makanan segera, makanan mewah saban hari. Anak tak kenal nasi, tak kenal gulai. Hanya pizza dan ayam goreng pilihan menu. Kekadang donut berjenama. Bahagia. Cukup umur bersara hanya duit pencen yang ada. Tak bahagia macam dulu. Sekadar cukup sahaja. Tiada yang disimpan. 

Kisah keluarga kedua, punya tiga cahaya mata. Kerjaya yang sama seperti keluarga pertama. Berdua bergaji. Tanggung untuk tiga anak. Mereka pilih hidup sederhana. Walaupun mampu makan mewah, mampu melaram sakan. Tapi sentiasa makan di rumah hanya kekadang makan yang segera dan yang mewah. Kenal dapur, tahu makan nasi, gulai juga petai. Bahagia juga. Cukup umur bersara, ada pencen, ada perniagaan keluarga. Kekal juga bahagia bahkan lebih selesa dari dahulu. Simpan pun ada.

Nampak bezanya, cara kita menjaminkan bagaimana masa depan kita. Bagaimana kita pilih jalan untuk bahagia. Tepuklah dada tanyalah selera. Anda berhak tentukannya, selebihnya kuasa Yang Esa...

27 comments:

  1. Betul..ada baiknya sentiasa besederhana..tak rugi pun..bila ada yang lupa ingat ketika tiada..

    ReplyDelete
  2. pilihlah untuk bahagia kerna kita mmpu mengubahnya...

    ReplyDelete
  3. betul tu zumal.. apa2 pun, saya suka dengan cara keluarga no.2 tu.. biar hidup tak mewah, janji cukup makan pakai & ada simpanan untuk hari tua kelak

    ReplyDelete
  4. ye..hidup sederhana tu lebih baik.lagi pun makanan kat rumah lebih sihat dari kat luar.untuk anak2 pendedahan cara hidup macam tu tak baik untuk mereka..besar nanti jadi boros.

    ReplyDelete
  5. Pilih bahagia..biar hidup penuh dengan kesederhanan yang penting bahagia di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  6. Betul tu...biar bersederhana asalkan bahgia...

    ReplyDelete
  7. setuju dengan zumal...kebahagiaan tu letaknya di tangan kita.

    ReplyDelete
  8. saya pilih utk bahagia..hiduplah bersederhana & membuat perancanngan utk masa depan..pastikan ada simpanan utk hari tua..tanpa wang, kebahagian pasti akan hilang hehe

    ReplyDelete
  9. mmg betul , bahagia atau derita , kitayg pilih . itulah yg saya katakan pd seseorang sama ada utk terus kekal bersama pasangan atau berpisah shaja kerana sudah tiada kepercayaan dan kasih sayang . yg ada cuma tanggungjwb pada anak2 ...

    ReplyDelete
  10. lagi2 dgn ekonomi skarang.. dah kena bijak pilih bahagia jenis mcm mna kita nak.. :)

    ReplyDelete
  11. Jalan kehidupan ini kita yang pilih nak bahagia atau tidak

    ReplyDelete
  12. Janji kita bahagia cukup..jgn pkr org lain..hehe

    ReplyDelete
  13. Bersederhana lebih baik..masa depan walaupun tak tahu apa kejadiannya..tapi kena sedia payung sebelum hujan :-))

    ReplyDelete
  14. Kita yang memilih jalan hidup kita, begitu juga nak pilih bahagia atau derita. We always have a choice

    ReplyDelete
  15. Sederhana dan bahagia..janji selesa dalam kehidupan tu yang penting

    ReplyDelete
  16. kebahagiaan adalah pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  17. kena rancang kehidupan dari muda.. bila da berkeluarga lagi bnyak cabaran..

    ReplyDelete
  18. use wisely and spend moderately
    sure we will live easily without worry later

    ReplyDelete
  19. saya mahu bahagia dan bersederhana

    ReplyDelete
  20. Setuju..bahagia itu kita yang tentukan dan pilih..

    ReplyDelete
  21. biar duit x banyak janji bahagia

    ReplyDelete
  22. Assalam zumal,
    bahagia dunia akhirat yang paling baik :)

    ReplyDelete