Booking.com

24 Aug 2015

PERKHIDMATAN PERSONAL TUTOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang nie musim peperiksaan dah bermula dengan UPSR. Pasti anak-anak kita sibuk mentelaah pelajaran. Dan yang Zumal pasti para ibu bapa juga pasti sibuk nak memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran selain menjadi insan yang berguna di masa depan. 

Pelbagai usaha kita lakukan bagi mendorong anak-anak ke arah kejayaan. Di samping tuition untuk anak-anak jangan pula lupa untuk solat hajat memohon hati anak kita terang dan mudah belajar. Insha Allah dengan pelbagai usaha pasti bakal membuahkan hasil yang baik. 

Hari ini Zumal ingin mengajak para ibu bapa yang berada di kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitar UPM menggunakan khidmat personal tutor untuk anak-anak anda. 

Personal tutor apa? Ianya seperti cikgu di rumah. Kaedah ini lebih memberikan impak yang berkesan terhadap pelajar kerana pengajaran lebih fokus untuk anak kita sahaja. Bila cikgunya fokus pada mereka sahaja dah tentu mereka lebih mudah mendalami pelajaran yang diajar. Anak-anak juga tak malu untuk bertanya berbanding di dalam kelas. 

Selain tu, dengan menggunakan khidmat personal tutor nie, anak kita terjamin selamat di rumah, dapat elak mereka ponteng kelas tuition dan kita juga tak perlu bersesak dalam traffic jam untuk hantar anak ke pusat tuition. 

Bagi anda yang berada di kawasan UPM, Bangi, Kajang dan Putrajaya anda boleh melantik Nurul Husna sebagai tutor anak anda. Jika berminat boleh la menghubungi Nurul Husna di talian 011-2321 1021. Booking segera, kerana beliau perlu menyusun jadual untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Nurul Husna juga adalah pelajar tahun akhir di UPM. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak anda...

16 comments:

  1. saya lebih SPM pernah jadi personal tutor untuk budak UPSR...ajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. setuju!! bila ada personal tutor budak2 pon akan lebih fokus dan tak malu utk bertanya jika mreka tak ffaham..:)

    ReplyDelete
  3. masa anak kak ana ambil upsr dulu pernah ada personal tutor untuk subjek maths nya,alhamdulillah cemerlang.

    ReplyDelete
  4. Bagus..lebih mudah guru nak terangkan..lebih senang pelajar nak fokus..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. bila ada personal tutor ni bgus sbnarnya.. tutor boleh bagi 100% fokus bila mngajar nnti....

    ReplyDelete
  6. personal tutor turut membantu kejayaan anak2 dlm exam mrk.

    ReplyDelete
  7. Personal tutor memang bagus. Anak-anak akan diberikan lebih tumpuan.

    ReplyDelete
  8. Assalam zumal,
    Penang ni pun ghamai yang guna home tutor tau3 :)

    ReplyDelete
  9. saya pun duduk area upm ni.. saya pun boleh jadi personal tutor tapi buat masa ni personal tutor untuk anak sendiri je lah dulu. hehe

    ReplyDelete
  10. Betul. Personal tutor ni dapat memberi lebih impak positif dalam pembelajaran anak-anak. Tumpuan untuk anak sorang, jadi semua masalah senang nak detect

    ReplyDelete