Booking.com
Booking.com

18 Aug 2015

JALAN ITU



JALAN ITU

Hamparan bumi terbentang meluas
Terbuka pelbagai lorong dan jalan
Yang pasti 
Destinasi kita
Hanya satu

Tapi
Ku tahu ada satu jalan
Ia penuh liku
Penuh cabaran
Jika
Di jalan itu
Kuasa milikku
Semua gengamanku

Tapi
Aku tak rela
Pilih jalan itu
Walau
Bukan aku yang merana
Merana akibat liku-likunya

Aku pasti
Jalan itu
Akan buat mereka yang lain
Turut merana
Rasa terseksa
Tertindas

Biarlah
Aku dengan jalanku
Menuju yang satu
Destinasi akhir...


Nukilan dari hati : Dunia Zumal

23 comments:

  1. susah jugak nak paham entry ni..hehhe

    ReplyDelete
  2. jalan yg berbza sbb laluan kt lain.. wahh gitu..

    ReplyDelete
  3. Assalam zumal,
    oohoooiiiiiiiiiii
    puitis bebenor zumal lately ni nooooooooooooo :)

    ReplyDelete
  4. Kalau pilih jalan A, mungkin orang disekeliling akan merasa impaknya. Bila pilih B, kita tak untung, mungkin juga rugi, tapi orang disekeliling tidak terkesan. Betul ke interpretation tu? Hehe

    ReplyDelete
  5. puisi yg indah...jln yg ditentukan tiada pilihan...

    ReplyDelete
  6. pilihlah jalan itu zumal... jalan yg dirasa jauh daripada gelita dan gempita gelap..

    ReplyDelete
  7. perjalanan kita semua tak sama, tapi tujuan yang satu, walau apa jua keadaan kita tetap kena hadapi demi sebuah impian...
    betulkan ZUMAL...

    ReplyDelete
  8. berbakat.. dan kreatif.. dah macam fyn jamal..hehee.boleh buat lagu

    ReplyDelete
  9. Tapi destinasi akhir kita semua sama..syurga..

    ReplyDelete
  10. Salam singgah petang zumal...wahh..hebatnya zumal..jalan yang kita lalui penuh onak dan duri..semoga kita tabah dan sabar menghadapi dan bertemu d jalan yang lurus...

    ReplyDelete
  11. Dalam kembara perjalanan
    Pasti ada cabarannya
    Moga jalan yang dipilih
    Membawa bahagia ke destinasi abadi

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum En.Zumal, Lama saya tak ke mari.. selamat hari raya!

    Diet Diary: Salmon Panggang bersama Brocolli Goreng

    ReplyDelete
  14. karya sendiri ke zumal?
    terbaikk lah lu
    kipidap

    psttt x abis2 ngan kipidap ekeke

    ReplyDelete
  15. Pilih lah jalan yg betul..heheheh

    ReplyDelete
  16. JALAN ni kat mana..lengang je...takut plak kalau drive sorang2 di waktu malam yg sunyi

    ReplyDelete