12 Aug 2015

HIKMAH BERMADU

Madu Alshifa 125gram

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kenduri tak pernah jemput tetiba nak cerita pasal hikmah bermadu pulak kan??? Memang Zumal bermadu. Tapi bukan kahwin tu yer. Just pengguna madu. Zumal still single and available k. Sebab ada orang tanya encik Zumal dah kahwin ke? Belum ada rezeki sebab tak ade yang suka encik Zumal. Hehe...

Madu Alshifa 1kg

Kalau korang nak tau sejak Zumal berniaga bersama rakan Zumal itu buat Zumal bermadu. Zumal berniaga permainan dan dia berniaga makanan sunnah. Bukan rakan Zumal promote madu tau tapi semua hasil ilmu yang dikongsi dan hasil pembacaan dari buku Rasulullah Is My Doctor tulisan Jerry D. Gray. Review buku DI SINI. Banyak kebaikan madu yang Zumal perolehi. Dan kini kesihatan pun agak memberansangkan tau. Zumal juga gantikan madu sebagai gula. Madu memang kurniaan Allah yang ajaib. Rasulullah juga menggunakan madu dan berubat dengan madu. 

Madu bersama habatussauda


Zumal bukan saja guna madu secara berasingan tapi ada juga yang zumal campurkan bersama habatussauda. Habatussauda juga makanan sunnah yang tertulis di dalam Al Quran. Ianya dikatakan penyembuh segala penyakit kecuali mati. Rugi la kalau kita tak guna kerana Rasulullah sendiri menggunakannya sebagai ubatan. Apa khasiat madu bersama habatussauda? Madu yang dicampur habatussauda boleh digunakan untuk mengubati mata rabun atau masalah katarak dan apa-apa yang berkaitan mata. Madu dan habatussauda yang dicampur bersama dengan kuantiti yang sama banyak boleh dititiskan di atas mata. Hanya 1 titis semasa bangun tidur dan 1 titis semasa 45 minit sebelum tidur. Insha Allah mata kita akan lebih jelas penglihatannya tapi buat permulaan kita akan berasa sedikit pedih. Tapi bila dah beberapa hari penggunaan kita akan rasa biasa. 

Madu bersama serbuk kayu manis


Selain tu Zumal juga menggunakan madu bersama serbuk kayu manis. Sekarang Zumal kongsikan khasiat madu bersama serbuk kayu manis. 

Gigitan serangga

Ambil sedikit madu, campurkan bersama air panas dan satu sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian letakkan pada  bahagian yang gatal sambil menekan secara perlahan. Rasa sakit mulai hilang selepas 1 atau 2 minit. Insha Allah.

Selesema

Sekiranya kita mengalami selesema yang teruk, minum satu sudu madu panas dengan satu per empat sudu serbuk kayu manis selama tiga hari. Resepi ini dapat menyembuh bukan sahaja selesema tapi hampir semua jenis batuk yang teruk dan melegakan rongga hidung. Insha Allah.

Sakit perut

Minum madu bersama serbuk kulit kayu manis. Insha Allah ia dapat menyembuhkan sakit perut dan membersihkan kotoran dalam perut sehingga akarnya. Korang akan rasa ringan je.

Turun berat badan

Alhamdulillah beberapa hari nie Zumal campurkan madu dan serbuk kayu manis dengan air panas secawan setiap hari. Sekiranya amalan ini dilakukan secara konsisten ia dapat mengurangkan berat badan. Zumal berjaya turunkan sekilo je dalam beberapa hari nie. Kena maintain lagi amalan nie ia akan dapat menjaga pengumpulan lemak pada tubuh. Zumal amalkan pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur. Mengikut apa yang Zumal baca, jika nak lagi baik amalkan juga setiap setengah jam sebelum makan. Nanti kongsikan hasilnya pada Zumal yer.

Lelah

Kajian menunjukkan kadar gula dalam madu lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Madu original tau. Madu tiruan tu adalah gula jadi bahaya digunakan. Mereka yang lanjut usia, bila amalkan madu dan serbuk kulit kayu manis, Insha Allah dapat memberikan badan yang lebih cergas. Insha Allah campuran ini sesuai mengubati lelah.

Ini sahaja perkongsian Zumal untuk korang, banyak lagi khasiat madu sebenarnya. Setebal novel boleh dikongsikan tapi lenguh Zumal nak taip. Lebih mudah dapatkan la buku yang Zumal review tu. Boleh rujuk setiap masa. Yang paling penting dalam perubatan Islam, korang kena yakin hanya Allah yang menyembuhkan kita. Benda yang kita guna pun adalah kurniaan Allah.


28 comments:

  1. CP memang amalkan madu setiap pagi.

    ReplyDelete
  2. banyak khasiat madu n sgt baik utk kesihatan...

    ReplyDelete
  3. una selalu guna kayu manis kalau ttbe ade jerawat datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur dengan madu sapu pada jerawat sebelum tidur, esok cuci. Berkesan juga ^-^

      Delete
  4. madu sedap sebab manis.. and bagi tenaga

    ReplyDelete
  5. akak suka mkn roti canai & penkek dgn madu..tp ayat bermadu tu yg tak menahan tuuu

    ReplyDelete
  6. dulu zmn blm kawen, selalu minum madu ni... tp dah kawen ni, payah pulak nk jumpa madu asli.. kalau ada mahal... dulu sy beli dgn membe, menbe tu pergi beli direct dgn org asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal guna madu alshifa dari arab... cari kat kedai barangan sunnah Insha Allah ada. Murah. Tapi hati-hati dengan produk tiruan...

      Delete
  7. makan madu takpe..bermadu ramai ngamuk kangg...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan je, madu yang satu lagi tak sanggup

      Delete
  8. Apa saja makanan sunnah memang tak dinafikan tentang khasiat fan keberkesanannya..

    ReplyDelete
  9. Salam singgah petang zumal...terkejut tadi akak baca tajuk entri zumal...ingatkan bermadu betul...rupanya makan madu....hihi...hubby Diana suka makan madu setiap awal pagi...

    ReplyDelete
  10. Madu dengan serbuk kayu manis ni pertama kali PC dengar tau zumal..terima kasih sharing tau..seronok dapat tambah ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal dapat pun dari pembacaan dan Zumal dah cuba sendiri ^-^

      Delete
  11. aRz juga pengamal madu tapi belum bermadu. Terima kasih di atas perkongsian khasiat madu ini zumal

    ReplyDelete
  12. sama la dok amal jugak.. tapi selalu dok campur ngn air lemon..sedap! =D

    ReplyDelete
  13. Assalam zumal,
    terkezut iols masa mola baca title entry :P

    ReplyDelete
  14. sis suka campurkan madu dengan limau . selepas tu minum segelas air suam ...

    ReplyDelete
  15. madu dgn serbuk kayu manis menjadi?nk try la

    ReplyDelete
  16. Baguslah zumal..tapu skrg susah nak cari madu asli..kebanyakkannya palsu..huhuhu..

    ReplyDelete
  17. kah kah kah tajuk entri mengundang kontroversi tau

    ReplyDelete
  18. hikmah madu maksud nye berbeza dengan hikmah bermadu hahahah...sabar je lah

    ReplyDelete
  19. banyak khasiat madu nih.. hehehe tajuk dah mencetuskan kontroversi tuh..

    ReplyDelete