14 Aug 2015

DUNIA



Dunia


Kau terbentang bagai permadani
Asalnya kau indah
Tak terperi
Laman hijaumu
Mendamai hati
Langit biru memayungi
Dihiasi pelbagai air mengalir
Menyejuk jiwa

Dunia
Kini tak seperti dulu
Bukan salahmu
Tapi
Tapi kerana tangan-tangan mereka
Mereka yang menghunimu

Tak puas dengan kurnia Ilahi
Masih
Masih lagi menodaimu
Merosakkan indahmu
Hanya kerana
Kau tak bersuara

Dunia
Aku tahu ia perit
Aku tahu ia pedih

Wahai manusia
Sudahlah
Hentikan seksaan pada dunia
Satu hari buruk padahnya
Ingatlah
Dunia untuk kau
Hanya sementara


Nukilan : Dunia Zumal 

15 comments:

  1. Wow...
    Hebat boleh berpuisi macam ni

    ReplyDelete
  2. Wah....ada puisi di situ..

    Sesungguhnya masih ramai manusia yg belum mengerti...hakikat hidup di dunia semantara ini

    ReplyDelete
  3. dunia yg sementara jgn dizalimi sesuka rasa...puisi zumal yg indah.

    ReplyDelete
  4. Dunia ini bukan milik kita sendiri..ia bakal diwariskan..ingatlah sentiasa..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ye ke Una, nanti vote untuk AJL k...

      Delete
    2. Kalau Zumal masuk..CP vote zumal

      Delete
  6. kadang-kala, manusia tidak sedar akan perbuatan mereka.
    maka dunialah mangsanya.
    kerana manusia terlalu leka, akan 'indah'nya dunia.

    good job zumal! ;)

    ReplyDelete
  7. Dasyatlah zumal nie..artistik tau..

    ReplyDelete
  8. Zumal berkaryaaaaaaa *tepuk2 tangan*

    ReplyDelete
  9. perghh...berbakat rupanya boleh cipta lirik lagi lah mcm ni

    ReplyDelete
  10. wah pandainya zumal berpuisi
    ada bakat :D

    ReplyDelete