Booking.com

30 Aug 2015

HADIAH BIRTHDAY PALING DIINGATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Esok hari jadi untuk negara kita yang ke 58 kan? Alhamdulillah la. Hari kemerdekaan la. Disebabkan mood kita mengenai ulang tahun, Zumal pun nak cerita pasal hadiah yang pernah Zumal dapat masa birthday dalam 3 atau 4 tahun lalu. Tapi hari nie bukan birthday Zumal yer. Saja nak cerita ja.

Zumal ada sorang sepupu, umur memang jauh beza la. Zumal nie tua dah tapi dia masih sekolah. Dia nie suka bili abang sepupu dia nie k. Macam-macam la yang dia buat termasuk hantar sms yang mengutuk ex Zumal. Haha. Perangai tak leh blah. Bila dikenang bukan rasa nak marah dia tapi tergelak sorang-sorang. Kerana sepupu Zumal tu, Zumal dan ex tu selalu gaduh. Perkara nie jadi tahun 2009 hingga 2011. Sebab masa banjir Zumal, tok dan arwah tok wan akan pindah ke rumah dorang. Masa tu la kejadian pelik sering terjadi. Misalnya phone hilang, beg hilang dan macam2 la yang hilang. Memang Zumal dah tau kerja adik sepupu yang nakal tu. 

Pada tanggal 2 Januari beberapa tahun yang lalu, adik sepupu Zumal ada bagi hadiah untuk Zumal. Memang Zumal tak pernah dapat hadiah birthday. Apatah lagi kek atau majlis sambutan birthday. Korang nak tahu apa hadiah yang adik sepupu Zumal bagi? Cer tengok gambar nie, walaupun itu bukan gambar hadiahnya tapi benda tu la yang dia bagi.


Inilah hadiah yang adik sepupu Zumal beri. Vicks inhaler. Suatu masa dulu Zumal sentiasa guna inhaler tu kerana selalu selsema. Maybe akibat resdung. Itulah hadiah paling rare seingat Zumal dan paling diingati hingga kini. Terima kasih Ami atau nama sebenar Zulfahmi. Hehe...


29 Aug 2015

TRAGEDI POS DIPANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa Zumal menulis entri ini Zumal sedang menonton Detik Tragik TV3. 9 Ogos 2015, sengaja Zumal kongsikan semula sebagai Koleksi Hari Ini Dalam Sejarah dan Zumal schedule entri ke hari ini sempena memperingati 19 tahun Tragedi Pos Dipang.

Tragedi banjir lumpur di Pos Dipang 1996




Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang.

Mengorbankan 44 mangsa.

Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.

Perkampungan itu mempunyai kira-kira 60 rumah yang dibina dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan mempunyai kira-kira 1,500 penduduk.

Penempatan itu dibuka pada 1978 apabila dusun buah-buahan yang mereka usahakan di situ mengeluarkan hasil. Sebelum ini penduduk tinggal di Batu 19 Jalan Cameron Highlands, tidak jauh dari situ.

28 Aug 2015

#SEHATISEJIWA


Hari Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke 58. Usia 58 tahun menunjukkan betapa matangnya usia kedaulatan negara kita. Perkembangan kemajuan negara kita kini dapat menandingi negara yang lebih tua kemerdekaannya berbanding negara kita. 

Sehati Sejiwa


Tahun ini tema kemerdekaan 2015 adalah sehati sejiwa. Bagi memastikan kemerdekaan ini berterusan jadi wajarlah kita punyai sikap sehati sejiwa. Bersama kita tanam semangat sehati sejiwa dalam diri kita. Agar kita dapat bersama memaju dan membangunkan negara kita untuk generasi akan datang.

Sebagai menunjukkan rasa cinta kepada negara, bersamalah kita kibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ke 58 ini. 

Bukan sahaja di kereta, motor, basikal, bas, lori, kediaman sahaja yang boleh kibarakan Jalur Gemilang tapi Zumal juga menghiaskan Jalur Gemilang di kiosk perniagaan Zumal.


Jom semarakan semangat kemerdekaan kita bersama-sama. Abaikan setiap fahaman politik kita. Malaysia negara kita bersama, bersamalah kita sehati sejiwa.

26 Aug 2015

DINNER DENGAN PASTA DAN MACARONI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam Zumal berdinner dengan tok dengan citarasa ala orang putih. Zumal tak masak pun. Penat tau balik dah malam pastu nak masak pula.

Dalam melayan facebook malam sebelummya terjumpa iklan pasta fettuccine dan macaroni goreng. Terfikir nak order sebagai menu dinner keesokkan harinya. Mesti sedap...




Zumal pun order macaroni goreng dan pasta fettuccine. Dalam jam 5.00 petang semalam menu yang Zumal order sampai seperti dijanjikan. Free delivery tu. Lagi satu yang best dapat air mineral percuma lagi.



Bila sampai je, rasa tak sabar nak makan. Disebabkan masih kat kiosk, Zumal terus nekad tutup awal untuk pulang dinner bersama tok. Alhamdulillah sangat sedap kedua-dua menu yang Zumal order. Rasa macam nak lagi jer. Maybe lain kali nak order cheesekut oreo pula.

Bagi orang Perlis, korang juga boleh order yer. Sure puas hati. Just WhatsApp Puan Ati 0174468481. Selamat menjamu selera...

25 Aug 2015

PILIH UNTUK BAHAGIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pilih untuk bahagia. Bahagia di sini bukan pasal pilih pasangan tapi pilihan jalan hidup kita. Zumal juga bukan nak mengumpat atau mengata tapi sekadar perkongsian apa yang terlintas di fikiran Zumal hasil perbualan dengan tok pukul 1 pagi tadi. 12 jam yang lalu.

Bahagia atau derita itu kita yang memilih. Bukan kerana ia ditakdirkan kepada kita. Setiap sesuatu ada jawapan dan ada penyelesaian. Dari pengalaman Zumal sendiri sejak kecil. Boleh dibuat pengajaran.

Kisah keluarga pertama, punya hanya dua orang cahaya mata, gajinya cukup kerana keduanya bekerja. Tapi mereka pilih hidup yang selesa. Bahagia pada mereka. Sentiasa pilih makanan segera, makanan mewah saban hari. Anak tak kenal nasi, tak kenal gulai. Hanya pizza dan ayam goreng pilihan menu. Kekadang donut berjenama. Bahagia. Cukup umur bersara hanya duit pencen yang ada. Tak bahagia macam dulu. Sekadar cukup sahaja. Tiada yang disimpan. 

Kisah keluarga kedua, punya tiga cahaya mata. Kerjaya yang sama seperti keluarga pertama. Berdua bergaji. Tanggung untuk tiga anak. Mereka pilih hidup sederhana. Walaupun mampu makan mewah, mampu melaram sakan. Tapi sentiasa makan di rumah hanya kekadang makan yang segera dan yang mewah. Kenal dapur, tahu makan nasi, gulai juga petai. Bahagia juga. Cukup umur bersara, ada pencen, ada perniagaan keluarga. Kekal juga bahagia bahkan lebih selesa dari dahulu. Simpan pun ada.

Nampak bezanya, cara kita menjaminkan bagaimana masa depan kita. Bagaimana kita pilih jalan untuk bahagia. Tepuklah dada tanyalah selera. Anda berhak tentukannya, selebihnya kuasa Yang Esa...

BAKAL DAPAT BABY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu Zumal ada kongsikan dalam facebook pasal nak bagi anak kucing yang 8 ekor tu kat sesiapa yang mahu tapi hanya 3 berjaya mendapat keluarga angkat dan selebihnya masih bersama Zumal. Bila dah direnung kembali rasa sedih nak bagi kat orang. 

Antara sebab nak bagi kat orang kerana Teh bakal melahirkan anak lagi. Fuh kerap betul Teh beranak. Aduhai.




Tengok Teh tengah testing kotak. Kiranya macam wad bersalin dia ler. Kalau orang mengandung, muka dah hilang seri tu sebab nak dapat baby girl kan. Kucing nie camtu gak ke? Hehe...

Tapi Teh still cute mute je maybe dapat baby boy la. Lagi satu Teh jadi cam pemalas je sekarang nie. Haha...



Pernah kengkawan suggest memandulkan Teh. Memang nak tapi banyak gak kosnya. Tak mampu la. Lagi satu tak ada kenderaan nak bawak Teh ke klinik. Naik motor tak boleh, Teh ganas sangat. Moga lepas beranak nie Teh dah tak miang lagi...

24 Aug 2015

PERKHIDMATAN PERSONAL TUTOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang nie musim peperiksaan dah bermula dengan UPSR. Pasti anak-anak kita sibuk mentelaah pelajaran. Dan yang Zumal pasti para ibu bapa juga pasti sibuk nak memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran selain menjadi insan yang berguna di masa depan. 

Pelbagai usaha kita lakukan bagi mendorong anak-anak ke arah kejayaan. Di samping tuition untuk anak-anak jangan pula lupa untuk solat hajat memohon hati anak kita terang dan mudah belajar. Insha Allah dengan pelbagai usaha pasti bakal membuahkan hasil yang baik. 

Hari ini Zumal ingin mengajak para ibu bapa yang berada di kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitar UPM menggunakan khidmat personal tutor untuk anak-anak anda. 

Personal tutor apa? Ianya seperti cikgu di rumah. Kaedah ini lebih memberikan impak yang berkesan terhadap pelajar kerana pengajaran lebih fokus untuk anak kita sahaja. Bila cikgunya fokus pada mereka sahaja dah tentu mereka lebih mudah mendalami pelajaran yang diajar. Anak-anak juga tak malu untuk bertanya berbanding di dalam kelas. 

Selain tu, dengan menggunakan khidmat personal tutor nie, anak kita terjamin selamat di rumah, dapat elak mereka ponteng kelas tuition dan kita juga tak perlu bersesak dalam traffic jam untuk hantar anak ke pusat tuition. 

Bagi anda yang berada di kawasan UPM, Bangi, Kajang dan Putrajaya anda boleh melantik Nurul Husna sebagai tutor anak anda. Jika berminat boleh la menghubungi Nurul Husna di talian 011-2321 1021. Booking segera, kerana beliau perlu menyusun jadual untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Nurul Husna juga adalah pelajar tahun akhir di UPM. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak anda...

WELCOME TO SHELL CAMPAIGN : CPUV NUFFNANG #107


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie pergi kerja dah isi petrol full tank tak? Kalau belum Zumal cadangkan korang isi petrol di Stesen Shell. Kenapa Shell??? Shell sedang menjalankan Welcome To Shell Campaign. Dalam kempen ini korang bukan sekadar dapat petrol jer. Nak tahu? Sila kunjungi Stesen Shell berhampiran korang hari ini juga...

Welcome To Shell Campaign ini dibawakan oleh Nuffnang untuk blog Dunia Zumal. Terima kasih.

TIPS SHOPPING YANG PERLU ANDA TAHU

Ihsan Pak Cik Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Shopping. Pasti semua akan berpengalaman bershopping. Suka? Dah tentu yang suka shopping adalah para wanita kan??? Zumal pun suka shopping. Oleh itu Zumal nak share tips shopping untuk korang.

1. Tawar menawar
Kalau korang ke tempat peranginan atau mana-mana destinasi yang banyak peniaga macam kat Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, Langkawi, Padang Besar dan lain-lain, mulalah beramah mesra dengan penjual kat situ. Harga bukan harga tetap selalunya, mintalah diskaun. Sure dapat. Jangan cuba tips nie di Tesco yer.

2. Beli banyak
Kalau korang nak murah belilah secara pukal. Borong la ceritanya. Kekadang walaupun korang beli barang berlainan tapi banyak jenis kat penjual yang sama sure dapat diskaun.

3. Berpakat dengan rakan
Kekadang kita pergi ke sesuatu tempat dengan rombongan. Masa nie berbincang la dengan rakan-rakan korang mana yang nak beli barang yang sama macam korang tu, beli dalam kuantiti banyak mesti murah. 

4. Beli masa kedai nak tutup
Tips nie sesuai bagi korang nak beli kuih, ikan dan apa-apa makanan di pasar tani, nat, pasar malam dan seumpamanya je. Dorang yang jual tu memang nak habiskan barang yang dijual. Jadi berbaloi korang pergi masa dekat dorang nak balik atau nak tutup kedai.

5. Cuaca
Kalau korang seorang yang cekal korang boleh cuba tips nie, beli di pasar harian, nat, pasar tani atau pasar malam semasa hujan. Masa nie pelanggan pun tak ramai. Mungkin peniaga akan lelong je jualan mereka. Itu pun kalau ada yang menjual masa tu. 

Itu saja tips yang dapat Zumal kongsikan untuk korang. Selamat bershopping yer. 

23 Aug 2015

SEMUA NAK PERFECT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kita nie semuanya nak sempurna kan? Sebenarnya kita semua dah cukup sempurna dijadikan Maha Pencipta. Dah perfect. Syukurlah.

Eh kenapa Zumal cerita pasal perfect yer? Al maklum la Zumal sentiasa tak lekat rumah. Berniaga la katakan. Masa berniaga nie kekadang Zumal kebosanan juga. Selain berblog Zumal layan bosan dengan berzikir dan layan kudapan yang simple tapi cukup perfect.

Eh apakah kudapan yang Zumal maksudkan tu yer??? Mesti korang juga nak tahu kan??? 

PERFECTO 

Perfecto sememangnya kudapan yang amat perfect dan menyelerakan. Apakah itu Perfecto? Perfecto adalah jenama keluaran Mamee Double Decker. Jenama Perfecto ini terdiri daripada pelbagai pilihan kerepek kentang dan juga popcorn.

Ianya sesuatu yang simple tapi sedap dan amat perfect. Pelbagai pilihan citarasa tersendiri. Sesuai dimakan ketika travel, menonton wayang atau tv, picnic dan sebagainya. Ianya jadi pilihan Zumal ketika berniaga. Simple but perfect.

Suka yang Chili & Spice Infusion

Kepingan yang rangup 

Popcorn perisa caramel

Popcorn yang diselaputi penuh dengan caramel

Moga Perfecto boleh menjadi pilihan korang juga. Dapatkan di mana-mana pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka berhampiran korang...

I'M BACK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. I'm back again. Selalu hilang kan dan Insha Allah Zumal kembali meneruskan perjalanan bersama blog Dunia Zumal. Alhamdulillah urusan yang Zumal lakukan hampir selesai cuma membalas kunjungan korang masih belum selesai sepenuhnya. Tak sangka walaupun tak publish entri blog Dunia Zumal masih dikunjungi. Syukur. Terima kasih buat semua terutama rakan-rakan blogger serta rakan-rakan dari #bloggerutara. Terima kasih sekali lagi. 

20 Aug 2015

TUNGGU SEKEJAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tunggu sekejap yer. Bukan nak review rancangan Tunggu Sekejap yang dihoskan oleh Awie yang bersiaran setiap Khamis jam 11.00 malam di TV3 yer. Tapi Zumal harap korang tunggu sekejap bagi Zumal membalas setiap kunjungan korang yer. Hari nie Zumal tak dapat membalas kunjungan lagi. Jangan marah k. 

Entri malam nie juga bagi menjawab beberapa soalan di entri Zumal yang sebelum ini. Tentang apa? Tentang #bloggerutara yang panas korang tanya tu. Terima kasih kerana menunjukkan minat korang terhadap group #bloggerutara yer. Terima kasih juga kepada yang like Facebook rasmi #bloggerutara yer. Bagi yang berminat bertanya lebih lanjut tentang #bloggerutara boleh menghubungi admin yer. Untuk ke blog admin sila klik SINI

Terima kasih atas sokongan korang terhadap blog Dunia Zumal yer. Terima kasih juga rakan-rakan #bloggerutara dan semuanya. Insha Allah dalam masa terdekat Zumal akan aktif kembali berblogwalking yer. 

19 Aug 2015

WORDLESS WEDNESDAY : #BLOGGERUTARA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampak tak logo tu??? Itulah logo #BloggerUtara. #BloggerUtara ditubuhkan pada 20 Jun 2015. Zumal turut serta dalam group #bloggerutara sejak bulan puasa lalu. Dan hari ini secara rasmi kami dah ada official logo. Alhamdulillah sejak join #bloggerutara semangat Zumal untuk terus berblog berkobar-kobar. Kalau korang nak tahu #bloggerutara menggabungkan 30 orang blogger yang berada di utara tanah air iaitu dari Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kami juga sentiasa berkongsi pendapat, maklumat bersama di dalam WhatsApp group dan #bloggerutara juga telah mempunyai Facebook Fanpage diberi nama Blogger Utara. Jangan lupa like page Blogger Utara yer.



18 Aug 2015

JALAN ITU



JALAN ITU

Hamparan bumi terbentang meluas
Terbuka pelbagai lorong dan jalan
Yang pasti 
Destinasi kita
Hanya satu

Tapi
Ku tahu ada satu jalan
Ia penuh liku
Penuh cabaran
Jika
Di jalan itu
Kuasa milikku
Semua gengamanku

Tapi
Aku tak rela
Pilih jalan itu
Walau
Bukan aku yang merana
Merana akibat liku-likunya

Aku pasti
Jalan itu
Akan buat mereka yang lain
Turut merana
Rasa terseksa
Tertindas

Biarlah
Aku dengan jalanku
Menuju yang satu
Destinasi akhir...


Nukilan dari hati : Dunia Zumal

17 Aug 2015

CPUV NUFFNANG #105-106

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama dah terniat nak review CPUV nie tapi terlupa. Bila teringat Zumal usaha terus taip dan sebelum tu kena kaji apa CPUV yang Nuffnang beri kali nie.


Alhamdulillah kali nie Zumal terima 2 CPUV baru. Walaupun korang tengok 4 tapi ada benda yang sama kan??? CPUVnya KFC - Zinger Rice Wrap dan KFC - KA$H Card Launch. Semua KFC. Rindu kat KFC pula.

KFC MASAK MERAH RICE WRAP

Setelah diteliti rasanya promosi terbaru KFC adalah Masak Merah Rice Wrap. Masak Merah Rice Wrap nie dibaluti bersama nasi. Memang feel makan nasi tomato dan ayam masak merah tu. Tak sabar nak try. Menu tradisi tu.


KFC KA$H Card Launch

Teruja tak bila dengar KFC nak buat card ahli gitu. Peminat KFC tegar mesti suka. Pelancaran akan diadakan pada 21 Ogos 2015 nie. Kepada korang yang ingin turut serta boleh klik iklan yang ada gambar macam kat bawah.


Nampak tak? Ada Asfan pada hari tu. Selain tu ada Drama Band. Selain hidangan halwa telinga. Korang yang hadir akan dihidangkan menu KFC beb. Dan korang akan dapat goodies bag bernilai RM25 tiap sorang. Menarik kan??? Cara lebih mudah nak daftar, KLIK SINI.

Terima kasih untuk Nuffnang atas anugerah CPUV nie. Terima kasih juga untuk korang semua. Sekian.

CARI PENYAKIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat bekerja k. Apa kaitan penyakit dan gambar? Nanti Zumal cerita.

Mee Udang Pak Long

Family Zumal memang cukup suka makan mee kuah dan meemee rebus. Lagi satu menu yang menarik minat Zumal yang termasuk kategomeemee adalah Mee Udang. Semalam tok request nak makan mee udang. Mee udang yang paling rare kat Perlis nie adalah Mee Udang Pak Long. Warung Pak Long nie dekat je dengan rumah Zumal. Warung Pak Long nie terletak di Medan Selera Repoh bersebelahan Petron. 

Mee udang nie dipenuhi udang yang besar-besar. Yang buat Zumal suka adalah kuahnya yang sangat sedap. Bila kuah sedap segalanya yang terendam dalam tu jadi sedap. Kiranya habis licin Zumal belasah. Sangat sedap.

Penyakit

Apa yang penyakit. Zumal alergik dengan makanan laut. Ia buat Zumal gatal satu badan. Antara yang Zumal kena pantang adalah udang, ketam, sotong dan kerang. Kalau makan bukan setakat gatal tapi kaki Zumal akan rasa cramp dan mungkin demam. Dulu masa kerja JKM, dorang selalu buat makan-makan dekat restoren makanan laut. Pernah 3 hari demam sebab makan semua tu. Anak saudara tok pun pernah belanja Zumal makan sampai Zumal demam seminggu. Kenapa tak serik yer. Sebabnya sedap. Haha. Sekian.

16 Aug 2015

PERGI MASJID TAPI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Walau di mana jua berada kita kenalah berhati-hati. Di rumah, jalan raya, masjid pun ada bahaya tertentu. Baru-baru nie pada 12 Ogos 2015, cctv Masjid Jamek Taman Perling telah merakam seorang sukpek sedang mengumpil kereta. Sebagai langkah berhati-hati janganlah bawa barang berharga semasa pergi masjid atau jangan tinggal barang berharga semasa parking dalam masa yang lama. Misalnya ketika pergi Solat Jumaat, kerja dan shopping. Hati-hati yer.

15 Aug 2015

RAKSASA MUNCUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahu tak semalam tak ada raksasa yang muncul k. Jangan marah. Tapi tahukah dalam dunia nie pernah muncul beberapa raksasa yang ganas. Jom tengok gambar raksasa yang pernah menggemparkan dunia.

Pernah muncul dalam Godzilla

Ular raksasa Anaconda

Kelinci arnab, nie betul punya???

Arapaima ikan air tawar macam keli memang boleh jadi besar

Yang ni kat Jepun ja, Ultraman

Sejenis ikan

Timbul dalam kartun upin ipin Boboboy

Sotong kurita 

PROTON LANCAR SAGA PLUS





KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna. Katanya, ia termasuk rim aloi 14 inci, kit badan kenderaan penuh, spoiler, hiasan warna pada belakang kenderaan dan cap tanda gred 'Plus' pada kereta. "Perkataan 'Plus' mencerminkan ciri-ciri tambahan Saga Executive dimuatkan pada model sedia ada Saga SV, bermakna tiada kenaikan harga walaupun model Saga ini dipertingkat dari segi rekaan luarannya. 

"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini. 

Secara purata, PROTON menjual sebanyak 3,000 unit bagi model Saga sebulan. Abdul Harith berkata, penawaran varian baharu itu adalah usaha menjadikan Saga lebih memahami permintaan generasi dan pembeli muda untuk memiliki kereta pertama mereka. Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.

SUMBER

14 Aug 2015

DUNIA



Dunia


Kau terbentang bagai permadani
Asalnya kau indah
Tak terperi
Laman hijaumu
Mendamai hati
Langit biru memayungi
Dihiasi pelbagai air mengalir
Menyejuk jiwa

Dunia
Kini tak seperti dulu
Bukan salahmu
Tapi
Tapi kerana tangan-tangan mereka
Mereka yang menghunimu

Tak puas dengan kurnia Ilahi
Masih
Masih lagi menodaimu
Merosakkan indahmu
Hanya kerana
Kau tak bersuara

Dunia
Aku tahu ia perit
Aku tahu ia pedih

Wahai manusia
Sudahlah
Hentikan seksaan pada dunia
Satu hari buruk padahnya
Ingatlah
Dunia untuk kau
Hanya sementara


Nukilan : Dunia Zumal 

Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15

*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" .Kali ni korang bertuah sebab ada GIVEAWAY sekali dalam segmen ni.Wahhh~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Jom Support Kawan-Kawan Blogger :)

TELEMOVIE TRAVELLING BERUANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pasti ramai sudah tahu tentang Kempen Travelling Beruang yang selalu dipromosi di TV3 kan? Ianya bukan sekadar kempen biasa tapi TV3 telah membuat telemovie Travelling Beruang. Kisahnya kempen ini wujud hasil inspirasi Ungku Ismail setelah selesai pergambaran telemovie ini. Bermakna telemovie ini dihasilkan terlebih dahulu sebelum adanya kempen cuma ia belum ditayangkan lagi. 

TRAVELLING BERUANG  

Telemovie ini mengisahkan Adit, seorang ayah dan novelis, yang kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Pemergian anak tunggalnya itu juga menyumbang kepada institusi rumah tangganya bersama Lisa punah.

Dia bertemu Aishah, anak rakannya yang juga mengalami nasib sama. Aishah yang semakin kritikal keadaannya, memiliki satu impian iaitu untuk mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, dia hanya mampu mewakilkan Mr. Bear, patung beruang kesayangannya.

Adit yang selama ini hilang arah, tersentuh dengan permintaan anak kecil itu, lantas memulakan perjalanan mengembara bagi menunaikan permintaan terakhir Aishah.

Telemovie ‘Travelling Beruang’ dijangka menemui penonton di TV3 pada bulan 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015 ini pada jam 9.00 malam.

Travelling Beruang


Untuk memgetahui lebih lanjut tentang kempen travelling beruang, korang boleh KLIK SINI.

13 Aug 2015

KENAPA DENGAN ACHEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Eh kenapa dengan Achey. Muka dia nampak lain. Kenapa? 

Laki Aku Drakula 

Memang lain muka Achey kerana telemovie terbaru Laki Aku Drakula. Laki Aku Drakula bakal ditayangkan di TV9 pada 17 Ogos 2015 (Isnin) pada jam 8.30 malam.


Sumber Instagram Amy Mastura 


Telemovie Laki Aku Drakula dibarisi oleh Achey, Amy Mastura, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Dalam telemovie nie Achey membawa watak drakula. Nampak sebijik macam drakula orang putih kan??? Bila ada Achey mesti jalan ceritanya lawak kan? 

Bersama la kita menonton nanti. Korang juga boleh menonton di tonton.com.my.

DINNER DENGAN TURKISH KEBAB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam nie tetiba Zumal rasa lapar. Tok pula kenyang makan cucur ubi petang tadi. Zumal pun makan juga tapi tak kenyang lagi. Baru timbang turun 2kg tetiba duk teringin makan macam-macam pula.

Tak nak fikir lama, start motor terus meronda di depan perumahan Zumal. Rasa macam nak makan kebab. Nampaknya malam nie Turkish Kebab buka. Alhamdulillah. Zumal order kebab ayam special. RM5.00 je untuk kebab special. Untuk yang biasa RM4.00.

Tak sempat duduk lama, kebab yang Zumal order dah siap. Nasib Zumal datang awal, lepas Zumal balik dah berderet orang beratur nak order.

Turkish Kebab nie berbeza sikit dengan kebab lain. Biasanya kebab nie disumbat dalam roti tapi Turkish Kebab nie dibalut dengan roti yang macam roti arab tu.


Turkish Kebab nie sangat sedap tau. Dalam kebab nie selain ada isi ayam, ada juga fries, salad, sayur mayur lain di samping sos special dan maiyonis. Sehingga menjilat jari k.

Kalau korang sampai Perlis, lokasi Turkish Kebab nie adalah Taman Sena Indah. Gerai Turkish Kebab terletak berhadapan Agro Bazaar 1 Malaysia. Terpampang besar nama Turkish Kebab kat situ. Jom makan semua...

MENUDING JARI ITU SUNNAH


Assalamualaikum dan  salam sejahtera semua. Selama hidup kat dunia yang fana nie bermati-matian Zumal anggap cara A itu adalah baik, sopan tapi sebentar tadi dapat 1 WhatsApp dari rakan Zumal. Dan dibawah nie penerangan beliau  kepada Zumal.

Selama ini saya ingatkan lambang A sopan,lambang B kasar..Ternyata tidak..

SUNNAH YANG DITINGGALKAN


Assalamualaikum w.b.t
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut..

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia,kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.”ujar syeikh..

“Jadi,macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.


Bersamalah berkongsi maklumat penting ini yang selama ini kita tidak tahu.