Booking.com
Booking.com

4 Jul 2015

MENU BERBUKA NASI HENTAM SAJALAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sementara menanti waktu berbuka puasa, Zumal nak share resepi berbuka Zumal untuk hari nie. Menu nie terjadi disebabkan ada kacang kuda yang tak habis kat dalam peti sejuk. Sayang nak buang.

Bahan-bahan
1. Beras secukupnya
2. Kismis
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Kacang kuda yang telah direbus dahulu
6. Cili padi
7. Garam secukup rasa
8. Sedikit serbuk kunyit

Caranya
Korang basuh beras macam biasa dan masukkan mengikut sukatan yang korang nak makan. Sementara tu, potong bawang2, tumiskan bersama cili padi di secara berasingan. Biar hingga bau wangi. Kemudian campur bahan tumisan bersama beras, kacang, kismis dan garam. Masakkan di dalam rice cooker. Jangan lupa kacau semua bahan sebelum korang tutup tudung periuk yer. Periuk dah tendang korang boleh hidangkan yer. Zumal berbuka bersama lauk ayam masak kicap, papedom dan telur dadar telur mate adabi. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.


10 comments:

  1. Kismis tu buat PC terliur..suka kismis..

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je bnyak campuran..

    jemput join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
  3. respi baru ni zumal... hihihihih macam best nasi ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Zumal tak tau nasi apa, Zumal hentam ja semalam tapi ada la masukkan kacang kuda...

      Delete
  5. nampak sedap juga zumal.. hehhee

    ReplyDelete
  6. look great :D
    want to have some to try too

    ReplyDelete
  7. Wahh meriah... nampak kesedapannya di situ.. :)

    ReplyDelete
  8. kismis lama tak makan kena p Cari nanti ni

    ReplyDelete