13 Jul 2015

LOW YAT LAGI

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menahan empat individu kerana kesalahan mencuri dan merusuh berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Setakat ini, polis telah membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

"Kami memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil melibatkan kedua-dua pihak.

"Beri masa polis melengkapkan siasatan sebelum membuat apa-apa kesimpulan," katanya ketika ditemui di Plaza Low Yat malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak percaya khabar angin yang disebarkan di media sosial.

Mengulas mengenai insiden kekecohan berhampiran Plaza Low Yat awal malam tadi, beliau berkata sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pintu besar pusat membeli-belah tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.

"Seorang suspek ditahan hari ini kerana cuba memprovokasi kumpulan terbabit," kata Tajuddin.

Saksi berdekatan memberitahu bahawa kumpuan terbabit mula berkumpul sejak jam 6 petang dan bergerak ke arah pintu hadapan Plaza Low Yat pada sekitar jam 8.30 malam.

Polis tiba pada sekitar jam 9 malam untuk mententeramkan keadaan dengan menutup beberapa laluan masuk
ke tempat terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter berkata tiada pergaduhan atau rusuhan di Plaza Low Yat pada malam Ahad. SUMBER



Moga-moga pihak berkuasa bertindak sewajarnya tentang kes rusuhan di Low Yat tersebut. Moga perkara ini tidak berulang lagi.

9 comments:

  1. Macam2 hal skrg nie..
    LowYat nie bkn lah tmpt yg bgs untuk membeli gadjet pun..

    ReplyDelete
  2. sapalah dalangnya ... saja je nak huru harakan negara ni ...

    ReplyDelete
  3. tak pernah p g law yatt.lagipun sana byk tiruan la..better beli yang ori biaq mahal asalkan hati puas kan..kalau beli yg tak ori..sat ja boleh pakainya..pastu ada saja yg tak kena t

    ReplyDelete
  4. LOYAT NI FEMES DGN JUALAN GAJET CANGGIH ...SELEPAS KEJADIAN NI MESTI RAMAI YG FIKIR BANYAK KALI NK BERURUSAN DI SINI..ADA HIKMAH TERSEMBUNYI YG ALLAH NAK TUNJUK TU...

    ReplyDelete
  5. semoga orang yang bersalah akan segera ditangkap.

    ReplyDelete
  6. x suka p low yat...dok sn 5 thn x penah beli pon gadget kt sana

    ReplyDelete
  7. ada gak dgr..katanya budak melayu lahir thn 90an...entah lah....harap2 x berpanjangan

    ReplyDelete