Booking.com

8 Jul 2015

KISAH BAJU RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Disebabkan tak ada apa Zumal nak merapu hari nie, kita kongsi pasal baju raya yer. Mulanya Zumal rasa tak nak shopping baju raya disebabkan kekurangan bajet. Tapi Ahad lepas masa pergi check balance duit kat atm terkejut tengok banyak. Rupanya gaji terakhir masa kerja di jabatan kerajaan hari tu baru masuk. Alhamdulillah. 

Bila tengok duit banyak teringat nak beli pamoga untuk tok. Masa masuk kedai tu terfikir nak beli jubah. Kedai tu jual macam-macam. Daripada kitab, minyak angin dan pakaian. Kedai Haji Shukri sebelah Avon Kangar. Dulu pernah beli jubah kat situ untuk event jabatan. Zumal ingat jubah hari tu je buat pakai hari raya. Disebabkan duit dalam tangan kita shopping aje. Lagi pun kat Kedai Haji Shukri nie semua murah.

Sebenarnya Zumal bercita-cita nak beli jubah ala Hafiz Hamidun. Jubah keluaran  Mikraj Concept. Jubah Mikraj Concept nie mahal. Tak ada bawah RM100. Tapi designnya cukup cun dan fashionable. Designnya dah macam baju kemeja. Boleh la pakai bila-bila masa je. 


Tapi sayang sekali jubah Mikraj Concept tak dijual di situ. Zumal pilih ja apa yang ada, lagi pun harga yang ditawarkan untuk Zumal murah juga. Alhamdulillah la. Zumal pilih dalam 15 minit juga. Lama tak? Tapi hanya grab 1 sahaja. Jubah yang event dulu pun elok lagi. Jom tengok jubah yang Zumal beli.

Inilah hasil tangkapannya

Jubah yang Zumal beli untuk event jabatan dulu
Insha Allah ada income lebih Zumal nak cari lagi jubah. Maybe lepas nie nak beli Mikraj Concept pula. Korang dah beli baju raya? 

11 comments:

  1. wah dh tangkap jubah ikut tren pesen semasa ya..lawa tu. sakan bergaya raya.

    ReplyDelete
  2. Berjubah ye raya tahun ni. cantik2 (y)

    ReplyDelete
  3. Amboi, beraya sakan la zumal ye thn ni, 15minit utk selai baju xlama la zumal cepat jgk tu...

    P/S : Nak duit raya boleh.....;-)

    ReplyDelete
  4. Ekin baju raya tempah jahit dah.siap alhamdulilah

    ReplyDelete
  5. Wah.. berjubah zumal tahun nie.. Sha tempah jer.. baru siap semalam..

    ReplyDelete
  6. smart jubah tu. 15 minit ok la, standard untuk lelaki ... kalau lebih masa tu haru la, cam pompuan lak :p

    ReplyDelete
  7. Wah, smart sgt design dia :)

    ReplyDelete
  8. Mmg smart.. nampak macho lah...

    ReplyDelete
  9. ingatkan zumal beli yg warna hijau tu...jgn lupa pose gambar di hari raya nanti

    ReplyDelete