Booking.com
Booking.com

12 Jul 2015

KERANA DURIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam Zumal cerita pasal nak cari durian kan. Selalu kalau tak nak beli, mudah jer nampak orang jual durian di tepi-tepi jalan. Tapi hari nie lain sebabnya Zumal nak beli durian tu. Bila cari tempat yang biasa nampak orang jual hari nie tak ada pun. Sepanjang jalan pulang dari tempat berniaga memang tak jumpa satu pun penjual durian.

Bila Zumal dah putus asa, Zumal terus pergi Pasar Ramadhan untuk beli juadah berbuka. Tempat yang sama Zumal beli santan tu. Parking je motor, eh ada durian. Betul-betul depan Zumal parking tu. Alhamdulillah rezeki tok.

Selonggok RM 10.00 je. Dapat 4 biji durian yang comel. Durian kampung je. Bukannya musang king or musang berjanggut (ade ke?). 

Mulanya nak buat untuk berbuka. Tok kata makan nanti sahur la. Pukul 1.30 pagi mengopek durian sambil makan. Alhamdulillah elok duriannya.



Penuh gak semangkuk durian tu. Walaupun dah makan banyak juga. Pastu dalam 2.00 pagi terus buat pengat durian seperti yang tok mahukan tu.

Mudah je nak buat pengat durian. Masukkan durian dalam periuk, masukkan air, gula pasir dan gula gerek. Masak sehingga gula hancur. Lepas tu campurkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
Siap pun hidangan bersahur Zumal. Sorry la ek sebab entri nie bersiaran jam 10.00 pagi. Rasanya banyak juga pengat durian nie jika hanya untuk kami berdua. 

#kerana durian, jari pun terluka.


19 comments:

  1. Wah, untuk tok . Alhamdulillah bagus betul cucu seperti zumal ni . Amboi Nik pun dah lama cari durian tapi belum ada kesempatan untuk makan . Hahaha Boleh cari ni untuk berbuka nanti . Pengat durian tu mohon pos . hahaha

    ReplyDelete
  2. Rezeki tok. wah rajinnya pukul 2 masak. hihi

    ReplyDelete
  3. sedap serawa durian.. kena pulak dgn pulut heheheh

    ReplyDelete
  4. sedapnya pengat durian makan dgn pulut buat sahur...raajin zumal

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tok dapat makan durian..

    ReplyDelete
  6. kalau kami panggil bubur durian. cicah dengan roti tu alahaiiiii sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. ish ish pengat durian.. terangkat betulllll

    ReplyDelete
  8. lama mkan sebab xboleh makan byk nanti demam

    ReplyDelete
  9. Wah sedapnya durian.. Buat pengat pun sedap

    ReplyDelete
  10. mujur ekin kurang mkn durian ni hihihi

    ReplyDelete
  11. sedapnya pengat durian..bln puasa ni x mampu nk mkn durian bnyk2 tkt sakit tekak

    ReplyDelete
  12. Cicah lempeng sedap nie..pandai zumal jaga tok :-))

    ReplyDelete
  13. Sha panggil kuah durian..cicah ngn roti best nie..

    ReplyDelete
  14. dapnya lahai...kami dok ratah ja durian bln posa ni.tu yg Aqil demam pns tu.mkn durian byk sgt

    ReplyDelete
  15. calit kat pulut pun ok juga tu zumal ...

    ReplyDelete
  16. sedapnya durian kg...pengat durian tu mkn dgn pulut sedap kan

    ReplyDelete
  17. jari terluka? sianya..nape x pakai sarung tangan ishhh

    ReplyDelete