Booking.com
Booking.com

14 Jul 2015

KENAPA PERLU JADI POYO

Hasil jadi poyo
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Disebabkan Zumal belum terlelap, ini ada satu entri yang maybe pada korang sangat poyo or menjengkelkan.

Sebelum masuk kepada isi kandungan, kita cerita pasal maksud poyo. Korang cakap Zumal poyo kan? Korang tahu ke maksudnya? Ok. Menurut wikipedia edisi BM menyatakan poyo tu berasal dari perkataan proud of your own. Lebih kurang macam tak pasal2 membangga diri. Maksud poyo tidak ada dalam kamus dewan yang ada dalam rumah Zumal kerana poyo lebih kepada bahasa pasar dan digunakan meluas era tahun 2000an. Zaman cerita Ali Setan dorang tak guna lagi. Zaman P.Ramli lagi la tak ada. Menurut pak cik wiki lagi, poyo nie lebih kepada perasan  bagus la, suka temberang, dah cukup google sendiri je.

Berbalik kepada tajuk, kenapa perlu jadi poyo? Sebab pertama korang akan syok sendiri tulis blog bebanyak entri sehari. Kemudian korang ping ke semua media sosial yang ada. Manfaatnya trafik blog korang akan naik secara mendadak. Misalnya dulu Zumal tak rajin update blog, jadi pageview blog sehari tak sampai 200 pv. Rugi je ada blog kalau pageview kurang. Kalau pageview kurang mana mungkin unique view nak tinggi macam KLCC. Nampak dak ayat seorang mamat poyo?

Selain tu kenapa perlu jadi poyo adalah kerana sifat poyo tu membuatkan anda menonjol. Yer la, sikit2 muka mamat nie share pasal kucing demam, pasal kucing hilang, pasal kucing nak beranak dan macam2 lagi. Bila dah menonjol senang la orang nak kenal kita. Mungkin lepas tu korang boleh glamour cam retis. Zumal nie tak la sampai tahap tu.

Manfaat poyo seterusnya adalah earning iklan Nuffnang korang juga meningkat. Kalau korang boleh maintain jadi poyo bermakna korang akan cepat kumpul earning. Maklum la unique view dah tinggi macam KLCC. Dan sekarang sifat poyo itu memberi sumber pendapatan buat korang. Camne, nak jadi poyo dak?

Tapi, korang jangan la berterusan up entri poyo tu setiap masa. Sekali-sekala sulam la dengan entri bermanfaat juga. Poyo sangat nanti orang benci pula. Insaf2 la sama. Itu saja tips yang Zumal nak kongsi buat korang.

Kan Zumal dah cakap blog Dunia Zumal memang poyo, jangan muntah hijau dah ler. Batal posa weh...

17 comments:

  1. Tulisan tuan membangkitkan kepoyoan haji( padahal mmg dh poyo.) Tetiba lak.
    Salam sahur tuan . :)

    ReplyDelete
  2. Sila poyo..tapi poyo yang bermanfaat..gitukan zumal...huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. POYO utk kebaikan no hal...kipidap! hiihi

    ReplyDelete
  4. masa sis mula2 tulis blog , byk benda kena pertimbang . nak tulis camtu malu , nak tulis camni malu . nanti apa kata org yg baca , now , sis dah tak kisah . blog kita kan . suka kita lah nak tulis apa . janji x mengumpat dan malukan sesiapa ...

    ReplyDelete
  5. Poyo ke arah kebaikan ok je Zumal

    ReplyDelete
  6. ok.... baru tahu maksud POYO sebenarnya..... :P

    ReplyDelete
  7. Hahah insaf insaf la sama
    aliah pon kuat poyo gak sebenarnyaaa.. la ni insaf da sikit hahah

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah anggap zumal poyo walaupun sekali.

    ReplyDelete
  9. hahaha. mcm2 la DZ. selamat berPOYO

    ReplyDelete
  10. lol. dahnya nadya sgt suka sebut perkataan poyo dgn sesape yg rapat ngn nadya.hahahadoiii.. zumal poyooo! xP

    ReplyDelete
  11. Wah.. nice sharing Zumal...
    betullah tu.. sesekali memang kena jadi poyo.. hehehe...
    baru pageviews meningkat.. dan entry sentiap hari ada..

    ReplyDelete