Booking.com

8 Jul 2015

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai siapa ingat logo kat atas tu? Ali baba. Siapa yang melalui zaman kanak-kanak pada tahun 90 an pasti pernah jumpa atau beli produk yang berlogo ali baba tu. 

Pada yang tak ingat tu mai Zumal nak cerita, biasanya produk di atas tu bungkusannya putih dan ada logo ali baba tu. Di dalamnya ada jajan bersama sesuatu yang dibaluti akhbar. Zumal memang peminat setia jajan nie. Masa tu 20 sen je sebungkus. Kalau lepas raya tauke kedai runcit pasti senyum lebar sebab Zumal peruntukkan duit raya untuk beli jajan tu. Membazir betul Zumal nie.

Ha, dah ingat? Dulu Zumal beli bukan sebab nak makan jajan dalam tu. Lagi pun jajan tu macam masuk angin je.  Zumal beli semata-mata untuk dapat mainan kat dalam tu. Selalu ada mainan askar, payung terjun, gasing kecil dan macam-macam juga la. Kekadang mercun pun ada kat dalam bungkusan tu. Ruginya kan???

Sekarang nie syarikat Hwa Eik Trading pengeluar jajan tu makin maju. Bukan sekadar jajan ali baba je dorang keluarkan tapi pelbagai lagi kotak permainan yang berisi hadiah dalam pelbagai nama dan bentuk bungkusannya. 

Tengok kotak kat atas tu, ini la antara pembaharuan yang dibawa oleh syarikat Hwa Eik Trading. Ilustrasi pada kotak memang power. Tapi dalamnya tak ada seperti tu pun. Pandai memperdayakan budak-budak. Tak marah pun. Tu strategi dorang. Kita yang jadi ibu bapa kena la pulak tengok betul-betul barangan yang anak nak beli. Jangan terpedaya. Sebabnya sekarang harganya bukan 20 sen tau, RM1.00 dan ke atas.

Elok beli kotak mainan Tora, Dendang dan JoJo kerana makanan kat dalam tu agak puas hati. Jadilah pengguna bijak. Selamat berbuka puasa...




8 comments:

  1. haha betul jajan tu klu beli mesti rasa mcm masuk angin je, ke rasa die mmg mcm tu erk

    Jom Terjah : Kisah Sedih di Pagi Raya


    ReplyDelete
  2. perubahan produk...tanda kita pun semakin tua kan zumal ;-)

    ReplyDelete
  3. ekin ingat yg Tora tu ada dapat hadiah gak hihihihi

    ReplyDelete
  4. Hehehe..tau2 jajan yg mana...hikhik..memang macam msuk angin jajan tu..biasa x mkn pun..amik hadiah je..hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha... Sha memang x bagi anak-anak beli nie.. Tapi zaman sha dulu sha suka yang Tora datang lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Dulu2 mmg teruja sgt bila beli jajan yg ada hadiah dalamnya.. :D

    ReplyDelete
  7. ahaksss...sama lah...bukan nk mkn sgt pun tetapi nk hadiah kat dalam tu

    ReplyDelete
  8. rasanya x pernah nampak jaja tu ...

    ReplyDelete